Saturday, January 5, 2013

PERPINDAHAN MAT YO : TMJ MINTA TS ANNUAR MUSA BUANG ANASIR POLITIK...

Tunku Mahkota Johor meminta Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa agar tidak lagi mempolitikkan isu pembayaran ganti rugi penyerang Darul Takzim FC, Norshahrul Idlan Talaha atau 'Mat Yo'.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berkata, arahan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hanya menghendaki Norshahrul menjelaskan bayaran ganti rugi sebanyak RM250,000.

"Pembayaran yang diarahkan oleh FAM adalah sebanyak RM250,000 kepada KAFA, yang akan dibayar hari ini," katanya pada sidang media di sini, Jumaat.

Tunku Ismail berkata, Norshahrul yang juga penyerang kebangsaan dan 'Pemain Paling Bernilai' Liga Super musim lalu telah melantik peguam yang akan mengendalikan isu pembayaran ganti rugi itu.

Katanya, Annuar perlu bertindak secara profesional di dalam bidang sukan dengan tidak mempolitikkan atau membesar-besarkan sebarang isu berkait perpindahan Norshahrul ke Darul Takzim FC. - BERNAMA
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive