Monday, February 18, 2013

POLIS DEDAHKAN DALANG MESEJ ANCAMAN BUNUH PSY!!


Polis mengesahkan pengurus Psy sendiri yang memaklumkan adanya ancaman terhadap penyanyi lagu "Gangnam Style" itu ketika membuat persembahan pada sambutan Tahun Baharu Cina 1Malaysia, di sini 11 Februari lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pengurus artis terkenal dari Korea Selatan yang hanya dikenali sebagai Dan itu ada mengirimkan khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada pihak polis bagi memaklumkan perkara tersebut.

"Polis terima satu SMS daripada pengurusnya memaklumkan mengenai ancaman bunuh ke atas penyanyi itu pada pukul 8 malam 10 Februari lalu, sehari sebelum penyanyi itu membuat persembahan.

"Dalam SMS itu juga, pengurus Psy meminta kawalan keselamatan yang ketat diberikan kepada penyanyi itu semasa beliau tiba di lapangan terbang sehinggalah beliau pulang," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Sahsiah Unggul Murid di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irsyad di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive