Sunday, March 10, 2013

Tahniah UMB Perak! Selamat Berjuang! @KhairyKJ @ZambryAbdKadir @tunfaisal @AzwanBro @Hairul_Own



Tahniah saya ucapkan kepada jentera Unit Media Baru (UMB) Negeri Perak kerana dengan jayanya dilancarkan pada hari ini. Semoga dengan 'mortar' baru naungan Exco Pemuda UMNO Malaysia, Tun Faisal Ismail Aziz ini, kita dapat kekalkan pemerintahan BN di Perak. Faham-faham saja lah, pembangkang kan sampai sekarang masih tak boleh terima kenyataan bahawa Nizar tu dah turun kerusi MB. Hehehe. Apa-apa pun saya doakan semuanya berjalan lancar. Saya tak tahu nak menulis apa sebab saya tak ada di majlis perasmian sebab ada tugas hakiki yang kena selesaikan di Kelantan ni. So, saya copy sikit dari blog sahabat. Selamat berjuang semua!

Petikan dari blog KULAAN NIRING:

Tahniah!!! Ucapan tahniah KN ucapkan kepada negeri Perak dengan tertubuhnya UMB Perak pagi tadi di Ipoh, Perak. Majlis perasmian Kursus Simulasi Jentera Siber Pemuda BN Perak yang dirasmikan oleh Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak yang juga merangkap Ketua Pemuda BN Negeri Perak, Khairul Azwan Harun. Majis perasmian turut juga dihadiri oleh Pengerusi Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Tun Faisal Ismail Aziz di samping Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Timur, Hairul Anwar yang turut hadir sama dalam majlis ini.  
KN dimaklumkan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Timur, Hairul Anwar secara rasminya telah dilantik menjadi Pengerusi UMB Negeri Perak dengan restu daripada Ketua Pemuda UMNO Perak. Tahniah KN ucapkan kepada Hairul Anwar di atas perlantikan ini. Dengan perlantikan ini KN rasa Hairul Anwar menggalas satu tanggungjawab yang amat besar dan berat kerana menjadi "Jeneral" kepada satu kumpulan tentera maya di bawah institusi Pergerakan Pemuda UMNO. 
KN rasa dengan suasana begitu hampirnya PRU13 yang bakal berlangsung bila-bila masa saja hanya menunggu pembubaran Parlimen oleh PM, Datuk Seri Najib kehadiran pasukan tentera maya ini yang juga merupakan sebahagian daripada jentera parti amat diperlukan bagi menguatkan lagi jentera BN negeri Perak dalam menghadapi peperangan yang begitu sengit dan mencabar ini tambahan pula BN Perak telah menghadapi detik-detik hitam dalam PRU12 lepas apabila BN Perak kalah kepada Pakatan Rakyat ketika itu. PRU12 pada tahun 2008 merupakan detik hitam dalam sejarah politik Perak bila BN Perak dikejutkan dengan kekalahan mengejut bila Perak juga ter"jerat"sama dengan Tsunami politik 2008. 
Selanjutnya...

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive