Thursday, November 28, 2013

KRONISME YANG TERSERLAH!! MB SELANGOR LULUSKAN KENAIKAN GAJI 100%!!! GILA!!


Gaji Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim naik lebih 100 peratus bermula 1 Januari depan, iaitu daripada RM14,175.15 kepada RM29,250.

Turut menikmati kenaikan mendadak ialah Speaker, iaitu daripada RM6,109.29 kepada RM22,500; Timbalan Speaker daripada RM3,327.50 kepada RM15,750; Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) daripada RM6,109.29 kepada RM20,250 dan Adun daripada RM6,000 kepada RM11,250.

Usul kenaikan gaji itu yang dibawa Abdul Khalid di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam, dipersetujui sebulat suara oleh semua ADUN ketika Rang Undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) Pindaan 2013. Abdul Khalid berkata, usul itu dibawa untuk membolehkan peruntukan dipinda dan pembayaran gaji baru dapat dibuat mulai 1 Januari.

“Cadangan kenaikan itu dibuat berdasarkan beban tugas yang dipikul ahli dewan tanpa mengira waktu serta keberkesanan pembaharuan dilaksanakan menentukan badan eksekutif dan legislatif.

“Di atas keberkesanan melaksanakan tanggungjawab iaitu menunjukkan hasil dan pendapatan negeri meningkat, pertimbangan sewajar diambil atas permintaan Adun sekalian,” katanya.

Beliau ingatkan semua pihak yang terlibat supaya melaksanakan tugas dengan lebih berkesan selepas kenaikan yang melebihi 100 peratus itu.

“Gaji yang kita berikan ini munasabah untuk tugas-tugas dilakukan, terutamanya jika dapat ambil alih industri air Selangor; aset kita jaga melebihi RM20 bilion.

“Jadi jika rakan-rakan tanya kenapa tiada air, maka Adun kena jawab mengenai perkara tersebut bukan lagi salahkan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) atau sesiapa.

Jadi tanggungjawab itu besar dan pampasan diberi berpatutan,” katanya.

Beliau berkata, kenaikan gaji dilaksanakan berpandukan Sarawak, selain gaji yang diberikan kerajaan pusat kepada pegawai Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Mei lalu, Dun Sarawak meluluskan kenaikan gaji Ketua Menteri daripada RM13,000 kepada RM39,000; Timbalan Ketua Menteri, RM11,500 kepada RM35,000.

Gaji menteri kanan dan Speaker Dun pula naik daripada RM9,000 kepada RM30,000; menteri, RM9,000 kepada RM27,000; menteri muda dan timbalan speaker, RM7,000 kepada RM21,000; Adun RM4,500 kepada RM15,000 dan setiausaha politik, RM3,000 kepada RM9,000.

Kerajaan Selangor mengumumkan pemberian setengah bulan gaji kepada semua kakitangan kerajaan negeri itu yang bakal dibayar pada awal Januari hadapan.
Abdul Khalid berkata, hasil pendapatan negeri bagi 2013 mencecah RM1,899,018,572 iaitu 16 peratus lebih daripada anggaran hasil.

“Pemberian bonus ini melibatkan peruntukan bonus RM14.8 juta yang bakal dibayar kepada 15,643 kakitangan kerajaan negeri.

“Ini bermakna, bagi tahun 2013, kakitangan negeri mendapat satu setengah bulan bonus termasuk bonus hari raya satu bulan yang telah kita berikan pada hari raya tahun ini,” katanya sebelum menangguhkan persidangan. - SINAR

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive