Friday, March 7, 2014

DS @NajibRazak UTAMAKAN NEGARA BERBANDING POPULARITI SENDIRI. VIDEO INSIDE!!


@MPKotaBelud #DialogEkonomi dipandang sepi oleh yang lain.

Saya utamakan kepentingan negara
mengatasi populariti sendiri - Perdana Menteri.


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menggariskan perancangan kerajaan dalam usaha menjadikan Malaysia lebih kukuh dan makmur, dengan berkata pengukuhan ekonomi akan memastikan negara kekal pada kedudukan untuk merealisasikan status negara pendapatan tinggi.

Berucap pada Sidang Kemuncak Dialog Ekonomi Kebangsaan di sini, Najib menegaskan bahawa sebagai Perdana Menteri, tanggungjawab utama beliau ialah melindungi rakyat Malaysia.

Najib berkata kepimpinan adalah membuat apa yang betul, bukan apa yang mudah, dan keputusan salah akan merencatkan pembangunan Malaysia.

"Saya memilih untuk menjaga kepentingan jangka penting negara, mengatasi populariti jangka pendek saya. Dan saya yakin perubahan ini akan berjaya. Rekod ekonomi kita membuktikannya," katanya pada sidang kemuncak anjuran bersama Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia) dan Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asli).

Pengukuhan ekonomi akan memastikan negara kekal pada kedudukan yang baik untuk merealisasikan status negara berpendapatan tinggi dan negara maju, kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

ini termasuk pelaksanaan pembaharuan subsidi yang menyaksikan pengurangan pembayaran untuk gula dan bahan api, selain peralihan daripada subsidi menyeluruh kepada sokongan bersasar bagi membantu mereka yang sangat memerlukannya.

Najib yang mengambil peluang ini untuk bercakap terus kepada rakyat, Perdana Menteri menjelaskan secara terperinci beberapa isu utama, termasuk pentingnya untuk melaksanakan subsidi bersasar, usaha untuk memerangi rasuah, pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan menarik pelaburan asing.
"Jika ekonomi mahu terus berkembang kukuh, kita bukan sahaja perlu mengurangkan perbelanjaan tidak produktif, malah meluaskan aliran pendapatan, yang membolehkan kita melabur pada masa depan.

"GST (yang akan diperkenal pada April 2015) akan membolehkan kita untuk meningkatkan perbelanjaan pembangunan. Daripada memberi subsidi, kita boleh membelanjakan lebih banyak wang untuk pelaburan produktif - ke atas infrastruktur, sekolah dan penjagaan kesihatan," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata semasa kabinet meluluskan reformasi subsidi, ia dilakukan hasil sokongan padu Perbendaharaan, Bank Negara, dan Unit Perancang Ekonomi.

Najib berkata beliau tidak memandang ringan terhadap keputusan untuk mengurangkan subsidi atau memperkenal GST.

"Saya memikirkan secara mendalam mengenai risiko, kemungkinan kesannya ke atas rakyat. Namun saya memutuskan kita perlu bertindak - untuk menjamin keselamatan, kemerdekaan dan pertumbuhan masa depan," kata Perdana Menteri.

Beliau berkata ini dilakukan berikutan Malaysia, yang sedang melakukan perjalanan, sudah pun menetapkan destinasinya - sasaran merealisasikan negara berpendapatan tinggi.

Najib bagaimanapun berkata kerajaan mendengar kebimbangan yang dihadapi rakyat, dan akan membuat penyesuaian dasar apabila diperlukan.

"Mentadbir adalah untuk membuat keputusan yang betul untuk esok, dan bukan hanya untuk hari ini. Kegagalan bertindak sekarang adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Sambil menyatakan bahawa memang mudah untuk ahli politik membuat janji manis, menawarkan apa yang dikehendaki rakyat dan menangani akibatnya kemudian, Najib menegaskan bahawa 'kepimpinan adalah melakukan apa yang betul, bukan apa yang mudah." - BERNAMA
KOMEN:  

Sedar atau tidak, begitu ramai yang mengecam PM tak kira daripada pembangkang mahupun BN sendiri. Rasionalis subsidi merupakan salah satu langkah yang amat penting bagi menjamin pendapatan negara untuk jangka masa panjang. Namun begitu, ramai MT, Menteri tidak sedar akan itu. Mereka hanya mahu populariti dan keuntungan ke poket mereka sendiri sahaja. Betul?

Berapa ramai Menteri, Ahli MT dan KSU yang sanggup membantu dengan mengulas dan menyebarkan ucapan Perdana Menteri seperti yang dilakukan oleh Datuk Abdul Rahman Dahlan (@MPKotaBelud)?

Bukankah mereka menjawatkan pegawai media sosial yang dibayar gaji oleh kerajaan untuk melakukan tugas-tugas seperti ini untuk jabatan mereka?

Rahman telah mengambil satu inisiatif untuk menulis tweet (@MPKotaBelud) sendiri dan itu menjadikan beliau lebih peka berbanding Menteri, Ahli MT, KSU dan mana-mana ahli politik dan penjawat awam yang lain.Dalam membantu menyampaikan dasar perlaksanaan negara oleh YB PM.

Ada ke ketua GLC yang buat perkara yang sama?

*Kalau cerita naik gaji bukan main laju dorang tweet@retweet..

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive