Thursday, June 19, 2014

#PermataSeni: PERSEMBAHAN KHAS ANAK KECIL DIPENTAS ISTANA BUDAYA.


Bersempena 40 Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia - China, persembahan khas berprestij, iaitu PERMATA Seni akan diadakan. Ini adalah merupakan simbolik ucapan terima kasih dan pengiktirafan dari penaung PERMATA, iaitu Datin Seri Paduka Rosmah Mansor dan PM Najib Razak.


Berikut adalah sedikit info mengenai program tersebut:

TARIKH: 20 & 21 JUN 2014
MASA:  8.30 Malam
TEMPAT: Istana Budaya

TARIKH: 22 JUN 2014
MASA: 3 Petang
TEMPAT: Istana Budaya

PENGIKTIRAFAN KERAJAAN CHINA
Berkait dengan artikel saya sebelum ini [SINI] yang berkaitan MULUT BUSUK MP PAS RANTAU PANJANG yang telah burukkan program ini tanpa tahu pokok pangkal mengapa ianya diadakan. 


KENALI DAN FAHAMKAN APAKAH Program PERMATA Seni
Sumber: Laman Rasmi PERMATA
Program PERMATA Seni mempunyai tiga kategori iaitu PERMATA Seni Koir, PERMATA Seni Muzik dan PERMATA Seni Tari. 
Di antara fokus Program PERMATA Seni adalah untuk mendedahkan generasi pelajar sekolah rendah kepada keindahan seni serta nilai sesuatu seni termasuk impaknya kepada masyarakat sekeliling.
Selain itu, ia bertujuan untuk menghasilkan generasi yang berbudaya, bertamadun dan celik inovasi serta berkebolehan menghasilkan idea yang kreatif dengan penuh keyakinan diri. 
Program ini mempunyai beberapa matlamat diantaranya ialah : 
  1. Mencelikkan generasi kanak-kanak Malaysia kepada seni secara matang supaya pemikiran otak kiri dan kanan mereka aktif serta mempertingkatkan tahap keyakinan diri.
  2. Menggilap bakat seni di kalangan kanak-kanak tempatan sehingga ke tahap yang lebih cemerlang, (c) Memperkasakan sahsiah dan jati diri kanak-kanak menerusi aktiviti berkumpulan dalam bidang seni dan budaya.
  3. Menghasilkan modal insan yang berkualiti dan dapat menyumbang kepada pertumbuhan negara secara positif, dalam jangkamasa panjang. 
Dalam pada itu, melalui program ini juga, Malaysia bakal melahirkan generasi muda yang berani menghasilkan karya secara kreatif, berdisiplin, boleh mengurus masa dengan seimbang, boleh bekerjasama dan yakin terhadap kebolehan diri serta cekal menghadapi cabaran. 
Kehidupan yang harmonis di kalangan Warga Malaysia yang berbilang kaum dan kaya dengan kepelbagaian adat, seni dan budaya turut dapat diperkukuhkan. 
Pada hakikatnya, perkembangan dunia sejak beratus tahun dahulu membuktikan bahawa pembelajaran seni sama ada muzik, nyanyian mahupun gerak tari memainkan peranan penting dalam membentuk manusia yang lebih inovatif dan pintar.. 
Golongan ini seterusnya akan mendatangkan kebaikan kepada pertumbuhan ekonomi dan semua bidang-bidang lain secara sejagat.

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive