Friday, August 29, 2014

#KrisisMBSelangor: PAS DAN PKR 'BERLAWAN' MAIN 'U-TURN'?APA CER NI?



Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad menolak pencalonan PAS untuk menjadi calon menteri besar Selangor dan menyokong pendirian partinya untuk menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Timbalan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor itu bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat kerana mencalonkan dirinya untuk memimpin negeri terkaya dalam negara itu.

"Namun, saya ingin ulangi pendirian saya dari awal saya menyokong penuh calon yang dicadangkan PKR, presiden kami sendiri, Dr Wan Azizah untuk dilantik sebagai menteri besar Selangor," kata Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia itu dalam satu kenyataan hari ini.

Krisis menteri besar Selangor masih lagi buntu walaupun Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah bersetuju untuk melepaskan jawatannya.

PAS tidak sehaluan dengan rakan Pakatan Rakyat (PR) PKR dan DAP yang menyokong Dr Wan Azizah untuk menggantikan Khalid.

Bagaimanapun, Dr Wan Azizah sudah mendapat sokongan 29 daripada 56 Adun Selangor termasuk 2 Adun PAS.

Adun Hulu Klang Saari Sungib dan Adun Morib Hasnol Baharuddin menyatakan sokongan kepada Dr Wan Azizah kerana merasakan keperluan untuk menyelamatkan PR walaupun PAS masih berdolak-dalik dalam krisis menteri besar Selangor.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata parti Islam itu akan menghantar lebih daripada 1 nama kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk dipertimbangkan sebagai calon menteri besar Selangor.

PAS sebelum ini menamakan Dr Wan Azizah dan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai calon untuk memimpin negeri terkaya itu.- TMI

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive