Showing posts with label Kedah. Show all posts
Showing posts with label Kedah. Show all posts

Sunday, January 24, 2016

#KrisisMBKedah: ADAKAH @MukhrizMahathir MAMPU 'LAWAN' @ahmadbashahBB UNTUK KEKAL SEBAGAI MB?


"Setelah politik UMNO berantakan di selatan tanahair, fokus masyarakat Melayu UMNO kini tertumpu kepada negeri Kedah. DS Mukhriz menerima tempelak apabila lebih daripada 50 orang pemimpin yang terdiri daripada ADUN, Ahli Parlimen, Ketua Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO berkumpul dan sebulat suara mahukan beliau berundur daripada jawatan tersebut."

Mengapa?


Perkara ini bukanlah satu lagi rahsia kepada umum. Sebelum Datuk Bashah mengangkat senjata untuk berperang dengan Menteri Besar, ramai telah mempersoalkan kedudukan DS Mukhriz.

Kerana beliau adalah anak kepada Tun Dr. Mahathir yang memulakan persengketaan dengan DS Najib.

Ramai berpendapat sedemikian. DS Mukhriz perlu berundur kerana ayah beliau telah berperang dengan DS Najib dan sebagai gerak balas, DS Najib memulakan pergerakan untuk menyingkir DS Mukhriz dari tampuk kepimpinan Kedah menggunakan pengaruh beliau terhadap Dato Bashah.

Ini anggapan umum dan anggapan ini SALAH.

Punca pokok kepada permasalahan ini bermula seawal PRU 13 lagi apabila individu yang memperjuangkan UMNO sejak kejatuhan parti ini di Kedah pada PRU 12 adalah Dato Bashah. Beliau telah berusaha sedaya upaya untuk menangkis dan membongkar salah laku Kerajaan PAS di Kedah. Beliau juga telah menggerakkan jentera UMNO untuk menyebarluas manfaat sekiranya UMNO dipilih rakyat untuk penggal yang akan datang.

Beliau berjaya.

Namun, nikmat hasil kejayaan ini seolah-olah telah dirampas apabila Tun Dr. Mahathir sendiri telah meminta kepada DS Najib untuk mencadangkan DS Mukhriz kepada Istana Kedah untuk diangkat sebagai Menteri Besar.

Permintaan tersebut telah dipenuhi oleh DS Najib.

Aura dan populariti DS Mukhriz telah mengatasi usaha dan penat lelah Dato Bashah. Namun, atas dasar hormat kepada institusi parti, Dato Bashah menerima dengan hati terbuka dan merelakan DS Mukhriz dilantik sebagai Menteri Besar.

Setelah berbulan, didapati DS Mukhriz bukanlah seorang ahli politik yang baik. Beliau banyak menghabiskan masa di luar negara dan di Kuala Lumpur. Jarang-jarang sekali berada di negeri beliau melainkan ada urusan rasmi. Perkara ini turut didorong oleh isteri beliau yang juga tidak berminat untuk bercampur masyarakat dan memilih gaya hidup eksklusif dan tersendiri.

Perlu diingatkan, DS Mukhriz merupakan anak kepada individu paling berkuasa di Malaysia selama 22 tahun. Dan selama itu jugalah beliau tidak pernah menjadi seorang ahli politik. Beliau telah menikmati hidup sebagai seorang bangsawan dan tidak pernah mendampingi kesusahan rakyat ketika itu. Oleh kerana itulah, beliau tampak kekok apabila bersama rakyat dan tidak biasa dengan perkara-perkara yang bagi beliau adalah remeh.

DS Mukhriz juga terkenal dengan sikap beliau yang tidak mengamalkan pemberian wang kepada pengikutnya. Segalanya perlukan kertas kerja dan beliau sendiri akan memeriksa permohonan kewangan tersebut dengan sangat teliti. Ini adalah kerana penglibatan beliau bekerja di syarikat seperti Opcom Holding, Kosmo Tech dan lain-lain syarikat bertaraf antarabangsa

Memang tidak dinafikan bahawa ini adalah satu perkara yang bagus dan perlu dicontohi oleh pemimpin lain.

Namun, sikap beliau ini telah terbawa-bawa apabila untuk meluluskan peruntukan untuk kemudahan rakyat Kedah. DS Mukhriz jarang-jarang sekali meluluskan peruntukan kerana beliau sendiri mahu memeriksa kertas kerja tersebut. Pada hemat beliau sebagai seorang yang sudah lama hidup senang dan latar belakang sebagai pengarah syarikat, beliau tidak mempunyai satu naluri atau pemikiran bahawa permohonan tersebut adalah benar-benar untuk membantu rakyat.

Banyak permohonan peruntukan infrastruktur, program, bantuan dan lain-lain tidak diluluskan atau lambat diluluskan kerana gaya pemikiran beliau yang tidak sealiran dengan gaya pemikiran di peringkat akar-umbi.

Kelemahan DS Mukhriz ini tidak diketahui ramai kerana pasukan media beliau menjalankan tugas dengan sangat baik. Kelemahan beliau ini ditutup dengan gambar-gambar, berita-berita dan pelbagai lagi aktiviti DS Mukhriz yang bersama rakyat. Gambaran propaganda yang dimainkan oleh pasukan media beliau telah mengakibatkan DS Mukhriz disanjungi oleh rakyat di luar negeri Kedah.

Ini adalah kehebatan media sosial. Boleh menukarkan hitam kepada putih dan sebaliknya.

Yang menanggung derita adalah rakyat negeri Kedah yang selama ini tidak menerima apa-apa kemajuan yang bersasar ataupun bantuan daripada kerajaan negeri. Pemimpin masyarakat di peringkat bahagian terpaksa menutup kelemahan ini dengan bekerja lebih kuat lagi untuk meyakinkan rakyat akan kepimpinan DS Mukhriz.

Sekiranya DS Mukhriz terus kekal sebagai MB Kedah, rakyat Kedah akan terus menderita tanpa pembangunan yang kena kepada kehendak mereka dan juga bantuan.

Negeri membangun tetapi rakyat tersisih.


Ini telah mengakibatkan pemimpin tempatan yang membawa suara akar umbi untuk bangkit dan menyuarakan kekecewaan mereka. Dato Bashah telah diangkat untuk membawa suara ini untuk menolak DS Mukhriz sebagai Menteri Besar.

Kebangkitan ini adalah perlu untuk menukar gaya pentadbiran negeri. Dato Ahmad Bashah telah menggerakkan seramai 13 orang Ahli Dewan Undangan Negeri BN di Kedah untuk berkumpul di Hotel Grand Alora di Kedah untuk membuat sidang media menolak DS Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah. Hanya 8 sahaja Ahli Dewan Undangan Negeri yang tidak turut serta di dalam sidang media tersebut.

Adakah jumlah ini memadai untuk menurunkan DS Mukhriz?


Sudah tentu tidak, tetapi jumlah ini sudah cukup signifikan apabila lebih daripada separuh ADUN BN tidak bersama dengan DS Mukhriz. Walaubagaimana pun, untuk menolak DS Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah memerlukan sokongan 2/3 Ahli Dewan Undangan Negeri ataupun dengan kuasa Sultan sendiri.

Walau apapun, kembali kepada persoalan pokok, siapa layak untuk menggantikan DS Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah bukanlah satu tugas yang mudah dan popular kepada negara. Yang mestinya, DS Mukhriz tidak mampu untuk berkhidmat di negeri. Kemahiran seperti beliau perlu dimanfaatkan di peringkat persekutuan.

Sebagai menteri mungkin.

Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara.

SUMBER  - TRUTH VACCINE

Friday, October 17, 2014

#KDH11: "PERPADUAN, PROFESSIONALISME, PROGRESIF", CUBA TEKA SIAPA? #PBM #ParlimenBeliaMalaysia


Anak jati Kedah berusia 22 tahun ini antara calon Ahli Parlimen Belia Negeri Kedah (KOD: KDH011).

Saya yang mengenalinya secara peribadi melihat semangatnya yang begitu komited untuk memperjuangkan hak belia negeri Kedah. 


Berbekalkan PERPADUAN, PROFESSIONALISME, PROGRESIF iaitu perkara yang sangat bertepatan dan sinonim dengan golongan belia. 

Mengapa saya kata begitu? Sila rujuk gambar dibawah: 




Bio 

Media Sosial

Butir Diri 
Nama Penuh: Muhamad Nur Aizat Bin Noor Azam
Nama Samaran: Aizat Azam / Aizat Reko
Umur: 22 tahun
Lahir: Alor Setar, Kedah
Dibesarkan: Sungai Layar, Sungai Petani
Latar Belakang Pendidikan/Persekolahan
Sekolah Rendah: SK Tuan Syed Jan Al-JaffriSekolah Menengah: Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa & Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim
Kelulusan: Bachelor of Legal Studies (BLS), UiTM Shah Alam
** Kini sedang menyambung pengajian tahun akhir ijazah professional: Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dengan Kepujian (LLB) Hons, UiTM Shah Alam
Jawatan Disandang
  • Pengarah Kelab Penyokong Universiti BN Kedah (BNKedah4U)
  • Timbalan Koordinator BNYV Kedah
  • Ketua Biro Sukarelawan Yayasan Perdana Ummah
Penglibatan:
  • Majlis Dialog Santai Mahasiswa bersama PPUM di UiTM Shah Alam (2012)
  • Gerakan Mahasiswa Aktif & Waris Wawasan UiTM Shah Alam (2012)-Parlimen Belia Malaysia Percubaan mewakili P011 Pendang (2012)
  • Jelajah Aman Kampus (2012)
  • Penceramah Mahasiswa di 11 PDM seluruh Negeri Kedah PRU-13
  • Wakil Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Persidangan Mahasiswa Nasional 2013
  • Jurucakap Usul Politik di Persidangan Mahasiswa Nasional 2013
  • Perwakilan IPT di PAU 2013
  • Ketua Biro Sukarelawan Selawat Perdana Putrajaya Mac 2014
  • Pelancaran BNYV Kedah di Sg Petani (2014)
  • Skuad Medik BNYV Kedah 
  • Skuad "We Care, We Visit" BNYV Kedah
  • Pelancaran Kelab Penyokong Universiti BN Kedah di UiTM Shah Alam (2014)
  • Program Dialog Santai "Apa Habaq Orang Muda" bermula dengan sesi pertama di Gulai Stesen, Sg Petani (2014)
  • Program Dialog Santai "Apa Habaq Siswa Campus Tour 2014"
  • Biro Sukarelawan Yayasan Perdana Ummah, badan penganjur Jelajah "Selawat Perdana Semarak Mahabbah"

Misi:
  • Memartabatkan penglibatan belia di peringkat akar umbi
  • Memperkasakan penglibatan golongan professional belia menyumbang kepada masyarakat

Manifesto PBM (KEDAH) 2014:
Perpaduan Profesionalisme Progresif



Sunday, February 9, 2014

#KedahBerselawat: ALLAH MAHA KUASA! SAMBUTAN LUAR BIASA WALAUPUN DISABOTAJ ANASIR JAHAT! #MahabbatulRasul


Alhamdulillah, saya begitu tidak sangka sambutan terhadap Program Mahabbatul Rosul (Kedah Berselawat) amat luar biasa walaupun ada anasir yang cuba mensabotaj program keagamaan ini. Tahniah saya ucapkan kepada hampir 40,000 orang yang membanjiri Stadium Darul Aman, semalam. Meremang bulu roma saya tengok gambar diatas.

FYI, Program ini adalah untuk menyatu dan mengeratkan muhabalah sesama Islam selain memuji Rasulullah S.A.W (Selawat), ianya sama sekali tidak sama seperti ceramah Ustaz Azhar Idrus seperti yang diadakan di Stadium Darul Naim sewaktu PRU-13 tempoh hari & tiada surat untuk dipaksa hadir.

Anasir mana yang cuba mensabotaj program ini?

Sumber sahabat bloggers (rujuk SINI & SINI) mengatakan bahawa PAS Kedah cuba mensabotaj program ini dengan menukar 'template' banners yang digunakan. Hurm, bagi saya ini adalah sesuatu yang tidak patut dibuat oleh sebuah parti yang kononnya memperjuangkan dasar ISLAM

Banner yang disabotaj..

banner sebenar..

Selain itu, ianya cuba dipolitikkan kerana mereka menganggap program ini adalah untuk 'Mileage' politik Kerajaan BN yang menerajui negeri Kedah sekarang. Tak sangka begitu sempit otak saf kepimpinan PAS Kedah kerana tidak dapat membezakan Program Keagamaan & Program Politik.

Daripada nama pun kita sudah dapat tahu apa motif, visi & misi program ini. Syukur Alhamdulillah kerana ideologi penduduk Kedah tidak sesempit seperti saf kepimpinan bekas pemerintah negeri mereka itu

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Paduka Mukhriz Tun Mahathir turut hadir untuk berselawat bersama-sama rakyat dan seterusnya merasmikan program keagamaan ini. Gambar dibawah:

Sumber gambar dari blog KEDAH KE KL:

Dato Seri MB sendiri turun berarak

Alhamdullilah

berjalan lancar

walaupun cuba disabotaj..namun Allah tak mengizinkan kerja jahat pada kerja baik

Perasmian Mahabbatul Rasul.. oleh Dato Seri MB Kedah

Program seperti ini patut diadakan lebih banyak dan kerap lagi di negeri-negeri lain supaya dapat menyatukan semula islam/melayu di Malaysia yang semakin berpecah ini dek rancangan jahat DAP. Ini adalah supaya negara kita sentiasa dipenuhi barakah dan dapat menajamkan lagi dasar Islam di Malaysia.

Peringatan kepada PAS Kedah: Kalau program yang baik, walau disabotaj macam mana pun ianya tetap tidak akan berjaya kerana Allah Maha Mengetahui. Ikhlas dari saya, "Semoga Kedah diberkati".

Tuesday, April 16, 2013

#PRU13: SENARAI CALON BN PENANG, KEDAH DAN MELAKA...


PULAU PINANG

Parlimen
Pmtg Pauh-Dr Mazlan Ismail (Calon Baru)
Tsk gelugor-Shabudin Yahya
Nibong Tebal-Dato Zainal Abidin
Balik Pulau-DS Hilmi Yahya
Kepala Batas-DS Reezal Meerican

DUN
T.Air Tawar-Dato Jahara Hamid (penyandang)
Pmtg Berangan-Omar Hj Abd Hamid (calon baru)
Sg Dua-Mohd Yusof Mohd Noor (calon baru)
Bertam-Sariful Azhar (calon baru)
Penaga-Mohd Zain Ahmad (calon baru)
Pinang Tunggal-Dato Roslan Saidin (penyandang)
Batu Maung-Ir Mansor Musa
Sbrg Jaya-Datuk Nasir (Calon Baru)
Pmtg Pasir-Anuar Faisal Yahya (calon baru)
Penanti- Ibrahim Ahmad (calon baru)
Teluk Bahang- Shahidan Ayob (calon baru)
Pulau Betong – Mohd Farid Saad (Penyadang)
Bayan Lepas- Nordin Ahmad (calon baru)
Sg Bakap -Mohd Fuad
Sg Acheh – Dato Mahmud Zakaria (penyandang)

KEDAH

P04 Langkawi – Datuk Nawawi Ahmad
N1 Ayer Hangat – Mohd Rawi Abdul Hamid
N2 Kuah – Langkawi Youth chief Norsaidi Nayan
P05 Jerlun – Datuk Othman Aziz
N3 Kota Siputeh – Datuk Abu Hasan Sarif
N4 Ayer Hitam Datuk Mukhriz Mahathir
P06 Kubang Pasu – Datuk Johari Baharom
N5 Bukit Kayu Hitam – Ahmad Zaini Japar
N6 Jitra – Amiruddin Omar
P07 Padang Terap – Datuk Seri Mahdzir Khalid
N7 Kuala Nerang – Badrul Hisham
N8 Pedu – Kama Nooriah Ibrahim
Pokok Sena – Datuk Sahlan Ismail
Bukit Lada – Ahmad Lebai Sudin
Bukit Pinang – Mokhtar Md Noor (Pokok Sena Umno permanent chief)
Derga – Dr Cheah Soon Hai
Alor Star – Datuk Seri Chor Chee Heung
Bakar Bata – Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah
Kota Darul Aman – Loh Gim Hooi (Alor Star MCA division secretary)
Alor Mengkudu – Sharifah Maznah Syed Kassim Barakbah (Alor Star Wanita chief)
Kuala Kedah – Dr Zaki Zamani Abdul Rashid
Pengkalan Kundor – Norhasnita Md Isa (Kuala Kedah Wanita chief)
Kubang Rotan – Datuk Latt Shariman
Anak Bukit – Datuk Hashim Jahaya
Pendang – Datuk Othman Abdul
Sungai Tiang – Datuk Suraya Yaacob
Tokai – Najmuddin
Jerai – Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Sungai Limau – Fadzilah Mohd Ali (division deputy chief)
Guar Chempedak – Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail
Gurun – Dr Leong Yong Kong
Sik – Dr Mansor Abdul Rahman
Belantek Datuk Mohd Tajudin Abdullah
Jeneri
Merbok – Prof Ismail Daud
Tanjung Dawai – Datuk Tajul UrusMat Zain
Bukit Selambau – M. L. Maran
Sungai Petani Dr Shamsul Anuar Ismail (Sungai Petani Umno information chief)
Pantai Merdeka – Datuk Ali yahaya
Bakar Arang Dr Lee Yean Wang (Kedah MCA deputy secretary)
Sidam – Bee Shiong Heng (Sungai Petani Gerakan assistant secretary)
Baling – Datuk Abdul Azeez Rahim
Bayu – Datuk Azmi Che Husain
Kupang – Harun
Kuala Ketil – Khairul Azhar (Baling Youth chief)
Padang Serai – Datuk Heng Seai Kie
Merbau Pulas -
Lunas – S. Ananthan
Kulim Bandar Baharu – Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir
Kulim – Chua Thiong Ghee


MELAKA

P- Jasin Datuk Ahmad Hamzah
N-Merlimau Roslan Ahmad
N-Rim Datuk Ghazale Mohamad
N-Sg Rambai Datuk Hassan Rahman
N-Serkam Zaidi b Atan
N-Bemban Ng Choon Too

P-Kota Melaka Wee Kok Wah
N-Kesidang Lim Eng Teck
N-Kota Laksamana Datuk Chiew -PPP
N-Duyong Datuk Gan Tian Loo
N-Telok Emas Datuk Latiff Thamby Chik
N-Bandar Hilir Lee Swan Choo

P-Alor gajah Datuk Koh Nai Kwang
N-Rembia Norpipah Abdol
N-Gadek Mahadevan
N-Machap Lai Meng Chong
N-D. Tunggal Wahab Latiff
N-Asahan Abd Ghaffar Atan

P-Tangga Batu Datuk Dr Abu Bakar Md Diah
N-Krubong Lim Guan Ho
N-Paya Rumput Sazali
N-Pantai Kundor Abd Rahman Karim
N-Sg Udang Datuk Wira Idris Haron

P-M.Tanah Mas Emeryati
N-Taboh Naning Latifah Omar
N-Lendu Sulaiman
N-Air Limau Amiruddin Yusop
N-Tg Bidara Abd Karim Sulaiman
N-K. Linggi Ismail Othman

P-Bkt Katil Datuk Seri Mohd Ali Rustam
N-Ayer Molek Yunos Hussin
N-Ayer Keroh Yong Fu Yuan
N-Bachang Chua Yong Chai
N-Bkt Baru Karim Yaakob

Friday, April 12, 2013

#PRU13: #SaveKedah PROTES BENDERA HITAM BUKTIKAN PAS SUDAH TIDAK RELEVAN DI KEDAH!!


Drama pepecahan Pas di Kedah bersambung lagi, kali ini semakin parah. Peperangan diantara puak penyokong Phahrolrazi dan Azizan Razak semakin terbuka dengan jentera dan sokongan dari pihak masing-masing.

Penulis diberitahu dibeberapa tempat kawasan kuat Pas. Bilik Gerakan Peti Undi Pas telah ditutup kerana usaha memboikot Menteri Besar Kedah dan mereka meminta campur tangan Pas pusat.

Selain daripada 11 DUN yang membantah Azizan sebagai pesuruhjaya Pas Pas Kedah. Beberapa peti undi luar dari kawasan tersebut juga turut menutup bilik gerakan mereka seperti di Langkawi, Kuala Kedah, Baling dan beberapa tempat lain.

Menutup bilik gerakan peti undi adalah satu tindakan tragis dan kritikal bagi sesuatu tempat. Jika tiada bilik gerakan dipeti undi terbabit, kemungkinan besar jentera bagi kawasan tersebut akan lumpuh.

Semua ini berlaku disebabkan percakaran dalam diam diantara Phahrolrazi exco derhaka dengan Menteri Besar Kedah paling malang dalam sejarah si Azizan Razak. Masalah dalaman yang tidak mampu diselesaikan oleh Pas pusat, sebenarnya hanya disorokan bawah permaidani (seolah-olah begitu).

Masalah dalaman yang begitu teruk jika tidak diselesaikan lama kelamaan ianya akan meletup juga. Bangkai gajah mana boleh ditutup, tetap akan berbau akhirnya.

Mungkin Pas pusat menganggap semua ini boleh diselesaikan selepas PRU, namun kegilaan Phahrol dan orangnya untuk berkuasa menyebabkan Pas Kedah kini huru-hara. Masakan tidak Phahrol berani memberi kenyataan bahawa dia telah bersedia menjadi Menteri Besar Kedah yang baru.


Tanda pepecahan dalaman Pas Kedah makin nazak apabila muncul dua warna bendera Pas. Satu hijau, satu lagi hitam. Bendera Pas warna hitam sebenarnya dikatakan mewakili warna pemberontak (geng Phahrol).

Malah baru-baru ini, dimana ada bendera Pas warna hitam, disitu juga naik kain rentang menolak Azizan sebagai Menteri Besar. Penulis diberitahu, yang memasang kain rentang tolak Azizan tu juga adalah ahli Pas yang memberontak.

Jika pembaca tidak percaya, boleh pergi kekawasan Sungai Limau dan sekitar parlimen Jerai dikawasan tersebut banyak kain rentang dan bendera Pas hitam dinaikan. Malah puak pemberontak Pas akan memasang lebih banyak dikawasan lain.

Malah dikawasan Baling juga terdapat beberapa tempat bendera Pas hitam dinaikan. Apakah ini petanda awal Pas Kedah akan hancur sebelum DUN Kedah dibubarkan? Mustahil Pas Pusat dapat menyelesaikan masalah ini tanpa Azizan undur dari jadi MB.

Apakah Azizan akan mengalah dengan serangan psikologi puak pemberontak Pas? Atau Pas pusat mempunyai idea lain yang lebih bernas untuk menyelesaikan masalah Pas Kedah. Sama-sama kita lihat, apa yang akan terjadi selepas ini. 

Friday, April 5, 2013

#SaveKedah: BN BAKAL TAWAN KEDAH #PRU13 INI!! #TukarKedah


Apa guna mahu memerintah negeri lagi jika PAS Kedah diterajui pemimpin yang tua kerepot dan punyai kesihatan yang sangat teruk. Tambahan pula PAS Kedah tidak punyai apa-apa manifesto untuk meyakinkan rakyat bahawa mereka mempunyai 'TARGET' untuk memperaharui hidup rakyat. Dulu pun semasa PRU-12 PAS hanya menag tipis sahaja. Percayalah, statistik untuk PRU-13 ini BN akan mempunyai majoriti. Ini kerana kajiselidik Merdeka Centre mengatakan Kedah mungkin dapat ditawan semula oleh BN dengan kembalinya sokongan pengundi Melayu & Cina kepada BN.

Meh layan poster-poster dibawah:



Friday, March 16, 2012

Kedah Negeri Jelapang Babi?? [PROJEK KEBABINASIAN NEGERI]


Dengar kata kerajaan kedah mahu meluluskan projek kandang babi berhawa dingin? Alahai, sadis! Negeri Johor yang penuh dengan nenas pun dah dilabelkan negeri jelapang padi. Tetapi, Negeri Kedah yang telah tersedia dengan 'title' jelapang padinya, mahu membuat transformasi kebabinasian, iaitu transformasi kearah Jelapang Babi. 


MasyaAllah, inikah dasar pemerintahan Islam PAS?????????

MY SLIDESHARE UPLOAD