Showing posts with label rasuah. Show all posts
Showing posts with label rasuah. Show all posts

Sunday, April 10, 2016

ANGGOTA @PDRMsia MAKAN RASUAH LINDUNGI PEKERJA ASING? @KBAB51 @Zahid_Hamidi

Surat ni aku jumpa di tepi jalan berdekatan dengan Pejabat Pos Taiping sewaktu aku berjalan ke kereta aku di kotak parkir berhampiran selepas pekena cendoi lewat pagi tadi.

Aku syak mungkin ada hamba Allah yang tercicirkannya.

Tujuan aku up kan surat ni sebab aku pelik.....

Apa kaitan Pegawai PDRM dengan pekerja asing?

Aku syak kemungkinan berlaku korupsi (rasuah) oleh anggota polis tersebut bagi melindungi pekerja asing.

Setahu aku, pihak yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pekerja asing adalah majikannya, bukannya anggota polis!

Justeru, diharap perkara ini patut disiasat oleh pihak berwajib.

Friday, March 18, 2016

ISU BANGLO: @SPRMalaysia JANGAN 'DOUBLE STANDARD'!! KENAPA KHIR TOYO DIHUKUM, TAPI @CMLimGuanEng TIDAK?


Ahli Parlimen Tasik Gelugor, YB Datuk Shabuddin Yahaya menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar segera ambil tindakan dengan melakukan siasatan ke atas pendedahan rumah Lim Guan Eng. Rumah tersebut sebelum itu disewa kepada Lim dengan kadar RM5,000 sebulan setelah beliau enggan tinggal di rumah kerajaan negeri.


TONTON VIDEO DIBAWAH UNTUK TAHU LEBIH LANJUT:



Soalannya,
 "Adakah benar, adakah patut kadar sewaan RM5,000 dengan jumlah nilai rumah lebih RM3 juta...satu persoalan. Rumah ini disewa lebih kurang tujuh tahun, pada Oktober 2015 rumah ini dijual kepada YAB Bagan dengan harga yang begitu murah iaitu cuma RM2.8 juta. Rumah yang dibeli tujuh tahun dulu ialah RM2.5 juta dan ia satu kawasan utama di George Town setelah diubahsuai pula," - seterusnya
Satu lagi persoalan ialah kaitan di antara pemilik lama banglo Lim Guan Eng dan syarikat yang berniaga di Pulau Pinang.
Rumah berkenaan yang dimiliki oleh Phang Li Koon di mana beliau telah menyewakan serta menjual rumah tersebut kepada Ketua Menteri Pulau Pinang pada harga yang tidak masuk akal.

Sebagai rekod, Li Koon adalah seorang pemegang saham 20 peratus dalam syarikat WINDBOND Management & Consultant Sdn. Bhd dan 80 peratus lagi dipegang Datuk Tan Yong Chew yang juga merupakan pemegang shaam 60 peratus dalam Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn Bhd (KLIDC) dimana syarikat tersebut telah diberi kelulusan oleh kerajaan DAP untuk membeli sebidang tanah secara tender yang tidak telus dan boleh dipertikaikan.

“Perilaku YAB Bagan ini boleh mendorong kita semua mempercayai bahawa KLIDC seperti mendapat layanan yang istimewa dan adakah ianya berkait dengan penawaran harga-harga rendah rumah No 25 Jalan Pinhorn yang saya jelaskan.

“Perkara ini merupakan satu lagi perkara yang perlu disiasat oleh SPRM dimana berlaku perlanggaran syarat kelulusan dimana KLIDC tidak boleh mencagar tanah berkenaan kepada mana-mana pihak selagi mereka tidak memperoleh kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia,” tambahnya.

Katanya, kes itu mengingatkan beliau kepada kes bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo yang membeli rumah bernilai kurang RM5 juta dengan harga RM3.5 juta kononnya beliau mempunyai hubungan kewangan dengan penjual rumah banglo tersebut - bnbbc

Kita meminta agar pihak yang disebut oleh portal bnbcc tampil ke hadapan untuk menjawab dakwaan ini.


Esok kita akan lihat sendiri 'tai chi' Lim Guan Eng untuk menjawab pendedahan ini.
Kita sarankan kepada Guan Eng supaya tidak guna taktik 'cabar YB Shahbudin bercakap di luar parlimen' atau 'cabar saman' atau 'soalan dijawab dengan soalan' atau 'berdolak dalih' atau 'isu banglo ini untuk mengalih perhatian daripada isu semasa'.

Jika mahu saman, kita sarankan kepada Guan Eng supaya menyelesaikan dahulu saranan mahu menyaman isu parti DAP menerima bajet daripada zionis Israel.
Sumber: Dr MiM 


Dalam pada itu, Ketelusan SPRM turut dipertikai dan dikatakan bertindak 'Double Standard' apabila KES KHIR TOYO diungkit semula... Nak tahu lebih lanjut, sambung baca dibawah..

JIKA KHIR TOYO DIPENJARA, GUAN ENG BELI RUMAH HARGA MURAH DARI PASARAN TAK WAJAR TERLEPAS SPRM?

Berikut adalah pendedahan dari blog sahabat saya - CUCU TOK SELAMPIT

Tokong Lim mendakwa harganya murah disebabkan tiada kolam renang dan rumahnya lama. Sama ada adanya kolam renang ada tidak seperti dakwaannya tidak menjadi persoalan. Begitu juga jualan 'subsale' tidak bermakna harga jualan menjadi lebih murah daripada harga pasaran.
Malangnya Tokong Lim terlupa fakta di bawah:

1. Harga tanah sebanyak RM270 sq. ft. di tanah utama Pulau Pinang adalah tidak masuk akal dan terlalu murah.
2. Bagaimana harga banglo tidak banyak berbeza biarpun dikatakan diubahsuai dengan kos RM3.7 juta, hanya berbeza sebanyak RM300,000 sahaja selepas tujuh tahun?
3. Semakan rambang mendapati harga nilaian rumah berkenaan untuk harga jualan adalah senang-senang boleh dapat sekitar RM6.5 juta.
4. Adakah hanya kerana ketiadaan kolam renang, harga rumah yang sepatutnya dinilai harga pasaran sebanyak RM6.5 juta telah jatuh kepada RM2.8 juta? Itu kolam renang bertaraf olimpik ka apa Tokong?


Jika Mantan Menteri Besar Selangor dipenjara setahun akibat membeli rumah banglo yang harganya di bawah harga pasaran, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepatutnya tidak mengambil sikap pilih kasih dengan tidak mendakwa Ketua Menteri Pulau Pinang ini.

Jangan lupa, Ketua Menteri yang sama telah 'ditangkap' berbohong semalam oleh Datuk Abdul Rahman Dahlan berkenaan isu harga minimum rumah kos murah. Baca di bawah.




HARAM JADAH PUNYA DAP....!!

Saturday, April 26, 2014

ADUAN TERHADAP RASUAH OLEH KERJAAN P.PINANG? INGATKAN BERSIH SANGAT! @SPRMMalaysia


Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) bersama-sama dengan Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) telah membuat aduan tentang Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada SPRM di pejabat SPRM Pulau Pinang yang terletak di Jalan Sultan Ahmad Shah, Pulau Pinang.

Aduan yang dibuat oleh KMPP dan PMSP tersebut adalah berkenaan dengan salah guna kuasa & mengesyaki terdapat unsur rasuah untuk mendapatkan KELULUSAN untuk projek Kerajaan P.Pinang di Bukit Relau (Bukit Botak). 

Selain itu, aduan mengenai masalah parkir kereta (kupon dan elektronik) yang dikatakan mengenakan caj berharga 'luar biasa' kepada rakyat.

SUMBER

Antara individu yang hadir termasuklah Rahmad bin Isahak, Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang dan Ramesh Rao Krishnan Naidu, Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin serta ahli-ahli daripada kedua-dua NGO tersebut.

Ramesh Rao Krishnan Naidu, Presiden Pertubuhan Minda Sosial & Prihatin

Ini adalah tindakan yang berani oleh mereka. Kalau tidak ada tindakan seperti ini, pasti Kerajaan Negeri Pembangkang akan menjadi semakin rakus & lupa tanggungjawab mereka terhadap rakyat. Lihat sendiri di Selangor bagaimana.



Thursday, August 22, 2013

PANAS! CEO PUTRAJAYA HOLDINGS KANTOI MAKAN RASUAH!!

Datuk Azlan Bin Abdul Karim
CEO of Putrajaya Holding
Pendedahan oleh bloggers The Bebalians yang menceritakan CEO Putrajaya Holdings, Datuk Azlan bin Abdul Karim dikesan mtelah makan rasuah untuk membangunkan pusat komnersial baru yang dikenali sebagai Parcel F:

Beberapa tahun lalu, satu pendedahan telah dibuat oleh Malaysia Today tentang amalan diskriminasi yang diamalkan oleh Putrajaya Holdings Sdn. Bhd. (PJH), pemaju Putrajaya. Ia berkenaan kakitangan PJH disingkirkan semasa kemasukan pemegang-pemegang saham baru dari KLCC. Perkara pelik ialah PJH dan KLCC Holdings adalah anak-anak syarikat PETRONAS dan dikhabarkan ialah perstrukturan semula korporat.

Kini perkara aneh itu berlaku lagi dan melibatkan amalan mendiskriminasi kontraks untuk pembangunan kawasan komersial dikenali sebagai Parcel F yang terletak bersebelahan dengan Jambatan Gemilang di Putrajaya.

Nilai pembangunan yang dirancang untuk Parcel F adalah RM1.6 bilion. Parcel F telah dibahagikan kepada empat seksyen yang membolehkan setiap pemaju memperolehi RM400 juta setiap seksyen. Lapan syarikat telah terbabit dalam tender. Proses pemilihan dijalankan secara merit. Bermakna, tidak ada isu langsung membabitkan empat syarikat Melayu dan empat syarikat bukan Melayu.

Empat Seksyen dan lapan syarikat terlibat. Secara teorinya, empat daripada lapan syarikat berkenaan akan diberikan tender membina Parcel F.

Ada tiga syarikat Melayu yang cukup syarat kewangan termasuklah teknikal. Bagaimanapun, ketiga-tiga syarikat berkenaan telah ditolak dengan arahan daripada CEO PJH, Azlan Abdul Karim. Biarpun terdapat klausa yang menghalang perbuatan melobi projek, tetapi Azlan Abdul Karim lebih bijak menggunakan kuasa dan kedudukannya bagi memastikan projek pembangunan Parcel F diserahkan kepada syarikat-syarikat yang dipilihnya.

Tiga syarikat terakhir yang lambat menghantar borang tender adalah SUNCON, WCT Berhad dan MITRAJAYA. Azlan Abdul Karim telah keluarkan arahan supaya ketiga-tiga syarikat diberikan keutamaan kerana ketiga-tiga syarikat itu milik Cina.

SUNCON atau Sunway Construction adalah penerima sebenar kerja-kerja pembangunan Parcel F bagi pihak Persona Metro (Pesona). Pesona merupakan syarikat yang dicipta oleh SUNCON bagi mendapatkan projek-projek kerajaan atas keistimewaan Melayu dan Bumiputera. Operasi utama Pesona adalah dapatkan projek dan diserahkan kepada SUNCON. Pesona hanya mengambil upah dan komisyen daripada kerja-kerja SUNCON.

WCT Berhad adalah syarikat kejuruteraan berkaitan air dan Pengerusi Bukan Eksekutif syarikat ini adalah Dato’ Kapten (B) Ahmad Sufian.

Dalam kenyataan pada 18 Mac, WCT mengumumkan, syarikat itu telah menerima kontrak bernilai RM315 juta daripada PJH untuk membina dua blok bangunan komersial mengandungi podium pejabat setinggi tujuh tingkat dan dan menara setinggi 14 tingkat serta dua tingkat tempat letak kereta bawah tanah.

Syarikat-syarikat lain yang terbabit dalam tender Parcel F adalah KUB Malaysia Berhad menerusi syarikat pembinaan mereka, Hatimuda, Juruteras dan Perembun Sdn. Bhd. Berbanding enam syarikat lain yang terlibat dalam tender pembinaan Parcel F, KUB Builders dan Perembun Sdn. Bhd lebih berkelayakan dalam semua aspek.

Dalam dokumen tender, secara jelas menyatakan, lobi tidak dibenarkan tetapi WCT, Pesona (SUNCON) dan Mitrajaya telah pun melakukan hobi. Oleh itu, ketiga-tiga syarikat itu sepatutnya sudah hilang kelayakan.

Friday, March 1, 2013

#TukarKelantan : Port Geli-Geli 600m Dari Rumah Nik Aziz Beroperasi Kerana MPKB Disogok Wang Setiap Bulan?


Menurut sumber Utusan Malaysia, Blog TUKAR KELATE telah mendedahkan bukti video bahawa PAS Kelantan telah gagal mentadbir negeri islam. Respons Majlis Perbandaran Kota Bharu dan Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz sangatlah diperlukan agar segala maksiat cdisana dapat dicegah. Yang agak memalukan ialah kerana 'pusat karaoke kucing garong' ini beroperasi hanya 600m dari rumah Nik Aziz. Tak logik jika Nik Aziz cakap dia tak pernah tahu apa yang berlaku kerana itu adalah laluan harian beliau. Aku percaya bahawa MPKB telah disogok oleh wang ringgit oleh pemilik-pemilik 17 karaoke haram yang beroperasi sekarang. DIsebabkan itulah tiada apa-apa berita tangkapan yang berkaitan dengan 'maksiat' didengari selama 2 tahun ini.

Artikel ini berkait tentang video panas dari channel tukarkelantan13 yang dimuat naik di dilaman Youtube :

ARTIKEL BERKAIT : [TUKAR KELATE] dan [SINI]



ARTIKEL BERKAIT : [TUKAR KELATE] DAN [SINI]


Artikel dari Utusan Malaysia:


BO LA WEII PAS!!!!

MY SLIDESHARE UPLOAD