Thursday, February 25, 2016

VIDEO #CNY2016 DAP: ALMARHUM RAJA ARAB SAUDI DIHINA, TAKKAN NAK TENGOK JE KOT?

ALMARHUM RAJA ARAB SAUDI DIHINA!

Video bertajuk "God of Fortune: Special Edition" itu telah dimuat naik melalui YouTube baru-baru ini, bertujuan meraih sokongan bagi pilihan raya negeri Sarawak akan datang.

Ia memaparkan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching dan watak God of Prosperity, yang cubaannya memberi angpow tidak dihiraukan orang ramai akibat kehadiran lelaki berpakaian seperti orang Arab yang memegang cek bernilai RM2.6 bilion yang ditujukan kepada Najib.

Orang ramai dilihat berebut-rebut menuju lelaki Arab yang sedang menghulurkan wang, tanpa mempedulikan God of Prosperity itu.

Selanjutnya: bit.ly/1Q0ifPD

Kalau tak percaya, tonton sendiri video tersebut dibawah:


Dipetik dari My News Hub:
KURANG ajar dan biadap. Tindakan DAP menyebarkan video klip dengan mesej antikerajaan ketika sambutan Tahun Baharu Cina awal bulan ini nyata berlawanan dengan semangat tradisional perayaan kaum itu sendiri.

Ia bukan sahaja menimbulkan rasa kurang senang kaum bukan Cina, malah parti komponen BN iaitu MCA juga mengutuk video itu sebagai nyata menghina almarhum Raja Arab Saudi, Allahyarham Raja Abdullah sendiri.

Paparan video yang menyindir derma baginda kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2013 tidak sahaja boleh mencetuskan perasaan kebencian ketika musim perayaan itu, bahkan dianggap amat jijik.

Selain itu DAP sengaja mencaci pemerintah Arab Saudi yang menjaga dua kota suci umat Islam iaitu Makkah dan Madinah, walhal baginda turut derma ratusan bilion riyal kepada negara-negara Muslim lain sejak sekian lama.

Ini bukan sahaja mencemarkan nama baik raja negara tersebut, malah menunjukkan DAP tidak sensitif dengan hubungan diplomatik akrab Malaysia-Arab Saudi hanya kerana marah dalam isu dana peribadi baginda itu.


Menurut Bendahari Kebangsaan Pemuda MCA, Michael Lee, DAP sepatutnya menggalakkan perhubungan baik sesama rakyat dan bukannya menjaja ‘sentimen antikerajaan’ ketika musim Tahun Baharu Cina yang mulia.

“Tindakan pemimpin DAP Pusat, Tony Pua dan Teo Nie Ching menerbitkan klip video ini menyebarkan sentimen antikerajaan ketika sambutan Tahun Baharu Cina berlawanan dengan semangat tradisional perayaan tersebut.

“Tindakan mereka adalah menjelikkan dan tamparan bukan sahaja terhadap sambutan perayaan itu tetapi akal mereka itu sendiri,” kata Lee dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan di Kuala Lumpur pada Isnin.

Katanya, mereka sepatutnya mengurangkan kelakuan buruk ketika musim perayaan ini daripada buat video jijik mempersenda lagu popular Tahun Baharu Cina, Cai Shen Dao yang bermaksud ‘Tuhan kemakmuran sudah tiba’.

Dalam video itu, Pua dan Teo dilihat mengalu-alukan ketibaan Tuhan Kemakmuran dengan paket angpow merah yang diubah menjadi seorang lelaki berpakaian tradisi Arab sambil memegang cek Ambank bernilai RM2.6 bilion.


Video itu juga menunjukkan sekumpulan orang baling ke udara sejumlah duit palsu, manakala Pua mempamerkan cek Ambank beralamat kepada ‘Perdana Menteri’ dan Teo bersama beg tangan dengan cincin berlian besar.

Beberapa portal berita tempatan melaporkan, video biadap DAP menerusi YouTube tersebut sudah ditonton lebih 160,000 kali dengan kira-kira 1,043 pengguna memilih butang ‘like’ manakala hanya 51 lagi sebagai ‘dislike’.

Lazimnya, taktik cerca pemerintahan Arab Saudi popular dilakukan pihak Zionis Israel dengan aktif menyebarkan berita palsu mengenai negara kaya minyak itu bagi menyemai kebencian umat Islam kepada pemerintah Riyadh.

Baru-baru ini beberapa bekas pemimpin Melayu yang pernah menyertai DAP mendedahkan parti itu menerima RM1.2 bilion dana rejim Tel Aviv untuk menguasai pemerintahan Malaysia daripada BN yang diterajui UMNO.

Tindakan biadap Pua dan Teo dijangka bakal menyebabkan mereka dikenakan perintah ‘persona non grata’ daripada memasuki Arab Saudi seperti pernah dikenakan ke atas beberapa individu dari Malaysia sebelum ini. Namun, apa yang hendak dihairankan kerana kedua-dua pemimpin DAP ini tidak mungkin mahu melaksanakan ibadah umrah, haji atau ziarah ke Arab Saudi sekali gus bebas hina raja negara itu tanpa langsung rasa bersalah.
P/S: JANGAN JADI KAYU

Saturday, February 20, 2016

WAJARKAH GANJA DIHALALKAN DI MALAYSIA? INI JAWAPANNYA!


Memang tidak dinafikan bahawa kita semua (rakyat Malaysia) terkesan dengan tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat kini. Pelbagai langkah telah diambil oleh pihak kerajaan bagi mengatasi masalah ini (Rujuk slide dibawah)


Namun, adalah menjadi sesuatu KEGILAAN apabila individu berstatus AHLI PARLIMEN BELIA menyampaikan usul agar kerajaan mengkaji semula PENGHARAMAN GANJA (MARIJUANA) di negara kita (baca: stim ganja dapat menghilangkan stress tekanan kerja)


Patutkah Kita Benarkan Penggunaan Marijuana Dengan Sah Dalam Negara?


Dipetik dari artikel Malaysian Digest


Suatu scenario yang tidak masuk akal namun jika kita sudah bersedia, tidak mustahil untuk kita ‘menghalalkan’ marijuana di negara kita. Majoriti rakyat di Amerika Syarikat sudahpun percaya bahawa ganja perlu disahkan dan perlu dikawal selia oleh kerajaan.

Dalam bulan Disember tahun lepas, sebuah lagi negara, Uruguay telah meluluskan undang-undang perintis untuk membenarkan penggunaan marijuana, sekali gus menjadi negara pertama di dunia 'menghalalkan' pengeluaran dan penjualan dadah jenis berkenaan. 

Link: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/hisap-ganja-untuk-hilangkan-tekanan-kos-sara-hidup-syed-rosli-94927

Menurut Presiden Uruguay, Jose Mujica seperti yang dilaporkan oleh media antarabangsa, pelaksanaan tersebut akan memastikan undang-undang memberi kawalan kepada kegiatan import, perkembangan, penanaman, pengedaran serta penjualan dadah di negara tersebut.

Tambahnya, negara terpaksa membelanjakan hampir RM8 bilion untuk membanteras gejala dadah yang menular di negaranya termasuk penempatan banduan yang disabitkan dengan dadah.

Apa itu Marijuana?

Menurut Wikipedia, ganja (atau ganjika dalam Bahasa Sanskrit) berasal daripada sejenis pokok hem yang bergelar Cannabis sativa.

Ganja sativa adalah bunga tumbuhan yang kering dan salai, mengewap, atau digunakan dalam makanan untuk memasak dengan mentega.
INFOGRAFIK 
How long does Marijuana‬ stay in your system?

Biasanya, ganja berwarna kehijauan hingga keperangan, dengan berbau tengit dan boleh dimakan atau dihisap (tanpa atau bersama tembakau).

Ganja juga merupakan salah satu ratusan ubat-ubatan terlarang yang sering ditemui di Amerika Selatan malahan mula terkenal diseluruh pelosok dunia.

Kenapa Marijuana Perlu ‘Dihalalkan’?

Satu tinjauan yang dilaporkan oleh akhbar antarabangsa, Huffington Post baru-baru ini, buat pertama kalinya rakyat Amerika Syarikat (AS) lebih memilih untuk mengesahkan ganja berbanding dengan jenayah-jenayah lain yang sedang berlaku.

Kini 58 peratus daripada rakyat AS nyata berbesar hati untuk menjadikan dadah jenis tumbuhan itu dibawah seliaan undang-undang.MARIJUANA telah disahkan oleh beberapa negara Barat/Pic:npr.org

Memetik kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama sebagai berkata, pentadbirannya bersetuju untuk memberikan ‘lampu hijau’ kepada industri tersebut bagi membiayai dan menjalankan perniagaan dengan wujudnya undang-undang menjual ganja dan ianya satu langkah yang boleh memastikan industri berkembang.

Persoalanya sekarang, jika Malaysia membenarkan marijuana di jual atau diuruskan dalam negara, adakah kita mampu untuk mengawal penularan gejala dadah dan seterusnya memberi kebaikan kepada ekonomi negara?

Berdepan Risiko

Pada 2013 lalu, Presiden Pertubuhan Sukarelawan Pembangunan Sosial, Pencegahan Jenayah dan Anti Dadah Kuala Lumpur (Pencegah), Jeevan S. Ramamurthy berpendapat bahawa, sekiranya Malaysia bersetuju untuk membenarkan undang-undang negara meluluskan kegiatan marijuana seperti negara-negara barat sebagai salah satu sumber ekonomi, maka negara akan berdepan dengan situasi genting yang mungkin akan melibatkan banyak pihak terutamanya remaja sekolah.

“Saya faham perkara ini di luar negara, jika kita sehaluan untuk mengikut negara-negara barat, dengan ini kita akan berdepan dengan risiko agak tinggi kerana melibatkan remaja serta anak-anak sekolah.

“Cukup dengan undang-undang yang sedia ada, ianya tidak wajar dilaksanakan di Malaysia.

“Walaupun kita dapati proses pemulihan di Malaysia dilihat kurang berjaya, namun jika kerajaan ingin melaksanakan, ia akan menghancurkan negara,” katanya kepada Malaysian Digest ketika dihubungi baru-baru ini.

Tambahnya, beliau tidak menolak bahawa di sesetengah negara barat lain membenarkan individu untuk membawa bersama mereka dadah, tetapi kuantitinya agak sedikit dan undang-undang di negara tersebut memang tegas.

Penguatkuasaan Longgar




Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 6B, seseorang itu adalah dianggap melakukan kesalahan sekiranya ia didapati menanam atau mengusahakan pokok ganja ( walaupun sepohon) dan boleh dihukum penjara seumur hidup.

Berdasarkan akta tersebut, Jeeven mengakui bahawa sejarah negara membuktikan bahawa dadah sebelum ini memang terkawal, namun ekoran keadaan penguatkuasaan kini dilihat semakin longgar, ianya telah kembali berleluasa dan semakin sukar untuk dibendung.

“Sekitar tahun 1980, mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengumumkan dadah sebagai musuh nombor satu negara. Dan ketika itu, kita perang habis-habisan sehingga negara luar memandang kita sebagai sebuah negara yang cukup tegas membanteras najis ini.

“Namun, jika dilihat sekarang, penguatkuasaan semakin longgar dimana undang-undang tidak tegas dan hukuman dilihat tidak setimpal,”katanya lagi.

Melihat senario tersebut, beliau mengambarkan hukuman yang diberikan kepada pesalah yang menjalani hukuman pemulihan sebagai tidak begitu berkesan.

“Individu yang disabitkan dengan kesalahan menagih, akan diberi hukuman selama 12 bulan sahaja walaupun dalam Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan), 1983 menetapkan pesalah perlu menjalani hukuman selama 2 tahun.

“Tambah lagi, dengan adanya Pusat Cure & Care yang hanya memberi tempoh 2 minggu kepada mereka yang mempunyai masalah dadah seakan memberi kesan positif yang boleh mendorong individu terlibat dengan dadah,” ujarnya kepada mD.

Walaubagaimanapun, Jeevan berkata, beliau tidak menolak kebaikan marijuana dalam perubatan mampu untuk meningkatkan ekonomi sekiranya ia digunakan dengan baik memandangkan ianya banyak berfungsi dalam perubatan.

Jenayah Meningkat

Penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim

Manakala Penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim pula berkata, kebanyakkan negara di dunia beranggapan bahawa sekiranya mereka ‘menghalalkan’ marijuana, maka secara tidak langsung negara tersebut mampu menterbalikkan keadaan kearah yang lebih positif.

Penganalisis jenayah, Kamal Affendi“Sekiranya kita berjaya melaksanakan undang-undang untuk ‘legalise’ marijuana, kita merupakan negara kedua didunia yang berjaya merealisasikannya.

“Namun saya percaya, kadar jenayah akan meningkat kerana penagih-penagih dadah tiada punca pendapatan untuk mendapatkan bekalan, jadi tidak mustahil mereka akan mencuri atau meragut bagi membelinya”, ujarnya kepada sumber.

Penerima anugerah Asisten Supritendan Kehormat juga menambah, akan timbul satu masalah sekiranya negara ingin mengikut langkah yang telah dilaksanakan oleh beberapa negara barat tersebut dalam mengekang masalah dadah.

“Sekiranya kartel dadah membiayai ekonomi negara, pengedar dadah antarabangsa ini juga akan meminta hak mereka dalam pelaksanaan polisi dadah negara.

“Namun, adakah kita akan membenarkan mereka membuat dasar negara,” soalnya yang merasakan agak mustahil untuk dilaksanakan di Malaysia.

Mengulas mengenai gejala air ketum yang dilihat semakin berleluasa kini, beliau mengklasifikasikan bahawa marijuana lebih bahaya daripada air ketum, namun itu tidak bermakna kita harus membenarkan ianya mencemari negara.

Marijuana – Perubatan Tidak Sah

Pegawai Farmasi, Teoh Khee Wei berkata, dalam sudut perubatan Malaysia, marijuana tidak diiktiraf kegunaannya berbanding ubat-ubatan yang lain yang diiktiraf kegunaan yang dalam perubatan.

“Kerajaan Malaysia tidak menetapkan enakmen penggunaannya jika dibandingkan dengan dadah jenis lain yang diluluskan. Ini mungkin kerana kita mempunyai perspektif negatif terhadap ganja itu sendiri,” katanya.

Teoh bercakap, kegunaan marijuana dalam dunia perubatan negara juga dilihat tidak begitu meluas memandangkan system ubat ‘penganti’ lain yang lebih efisen terdapat di Malaysia.

“Sebagai ubat tahan sakit misalnya, kesan perubatannya tidak standing dengan ubat-ubatan lain.

“Justeru, bagi pandangan saya, saya merasakan untuk membenarkan marijuana dalam negara adalah tidak perlu,” jelasnya yang kini sedang berkhidmat disebuah Hospital, Pulau Pinang.

Teoh menambah, meskipun sudut perubatan kita tidak membenarkannya, namun mungkin jika dilihat dari sudut rekreasi ianya adalah lebih baik berbanding dengan alcohol dan rokok.

Ekonomi

Kebanyakkan negara yang berhasrat untuk meluluskan undang-undang terhadap marijuana dalam negara mereka adalah tidak lain tidak bukan kerana beranggapan dapat menigkatkan ekonomi negara melalui pungutan cukai.

Memetik kenyataan yang keluarkan oleh pakar ekonomi antarabangsa yang berkata, tindakan ‘menghalalkan’ marijuana mampu menyelamatkan AS sehingga USD14 bilion setahun.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Cato (Contract Research Organisation) pada tahun 2010, tindakan mengesahkan ganja akan menjana USD8.7 billion dalam pendapatan cukai persekutuan dan negeri di Amerika Syarikat setiap tahun.

Para penyelidik menganggap bahawa ganja disisi undang-undang akan dikenakan cukai sama seperti alcohol dan tembakau dan pendapatan yang diperolehi oleh pengeluar ini tertakluk kepada pendapatan standard dan cukai julan.

Mampukah Kita?

Penyalahgunaan dadah telah dikenal pasti banyak menggugat dan memudaratkan keadaan sesebuah negara sama ada dalam bidang ekonomi, sosiobudaya, politik mahupun keselamatan.

Seperti yang telah termeterai, negara ASEAN telah diputuskan untuk bebas dadah sejak tahun 2015 lagi dan perkara tersebut tidak terkecuali kepada negara kita.

Cuba untuk berfikir sejenak, mampukah kita mencapai tahap sifar?

Jelas, ia kelihatan sedikit sukar untuk dicapai. Patut kita sahkan marijuana di negara?

- Malaysian Digest, 4 Mac 2014

Wednesday, February 10, 2016

BLACK MONEY LAUNDERING: KERAJAAN SELANGOR BERPAKAT DENGAN @SPRMMalaysia? @AzminAli SILA JAWAB!

Projek Masjid Selangor untuk cuci duit haram?
Umumnya rakyat Selangor mengetahui bahawa Belanjawan Negeri Selangor pada tahun ini bertemakan“Membangun Smart Selangor Yang Peduli” berhasrat untuk melakukan anjakan paradigma bagi menggalakkan ‘knowledge economy‘ dengan ‘smart infrastructure’, melahirkan ‘smart people’ dan mewujudkan‘smart government’?

Namun hakikatnya, nasib rakyat Selangor langsung tidak pernah dipedulikan oleh Azmin dek keghairahan melakukan pembaziran dan mengaburi mata rakyat bahawa kerajaan negeri di bawah pimpinannya sedang‘berjoli katak’ dan berterusan memperdayakan rakyat yang memberi mandat kepada mereka selama 2 penggal memerintah Selangor.
Baca: SPRM Tidak Akan Siasat “Skandal Gerbang Selangor”?
“Biar Indah Dipandang Mata Walau Rakyat Terus Sengsara” mungkin ini tema yang paling sesuai bagi bajet yang telah dibentangkan tempoh hari. 
Kalau dikaji dengan teliti maka kita akan dapat perhatikan semua kerja yang menelan kos yang besar itu hanya semata-mata kerja-kerja memperindahkan sahaja sedangkan keperluan rakyat sebenarnya ialah memperkemas serta mempertingkat kemudahan prasarana di seluruh negeri. 
Link: http://snapshot2016.blogspot.my/2016/02/projek-masjid-selangor-untuk-cuci-duit.html

Itu yang lebih utama tetapi kenapa hanya sedikit perbelanjaan yang diperuntukkan bagi tujuan berkenaan? 
Rakyat Selangor saban waktu sedang melalui jalan-jalan yang berlubang di sana sini. Ia semakin buruk apabila ditambah dengan sistem perparitan dan longkang yg tidak disenggara dengan baik dan amat mendukacitakan apabila kerajaan negeri Selangor di bawah PKR hanya bermegah dengan slogan hebat tetapi di manakah projek membasmi kemiskinan yang sepatutnya menjadi teras serta agenda utama selaras dengan bajet pedulikan rakyat? 
Adakah rakyat mendapat manfaat langsung daripada projek-projek pengindahan yang bersifat mega dari segi peruntukan ini? Selain mahu ia dipandang cantik dan menerbitkan rasa bangga ‘gila’ bila menjadi tumpuan orang ramai untuk menjadikan ia kenangan bersejarah semata-mata, tidakkah Azmin sedar semua ‘pembaziran’ ini bercanggah dengan pernyataan ‘Smart Budget’ yang dibentangkan Azmin pada tahun lalu?
Baca: Gerbang RM9.8juta, Haniza Sengaja Menipu Rakyat Selangor?
Jika dalam projek yang digelar ‘Pintu Gerbang Azmin’, beliau memperuntukkan bajet lebih kurang RM9.8 juta dan terkini projek kubah masjid RM32.4 juta hanya semata-mata untuk memperindahkan monumen tersebut, Azmin pun tidak mampu untuk menjawap dengan baik persoalan yang dibangkitkan oleh Che’gu Bard malahan Azmin cuba menggunakan sentimen istana dan agama untuk menghalalkan keputusan yang telah beliau lakukan sedangkan masih terdapat ratusan ribu rakyat Selangor yang belum mempunyai rumah sendiri? 
Persoalannya di manakah ketelusan Azmin Ali selaku Ketua Kerajaan Negeri dalam mentadbir kewangan negeri agar tidak berlaku ketirisan jika kos yang begitu besar terpaksa diambil hanya untuk melakukan pengindahan dan pengubahsuaian sebuah masjid yang menelan belanja keseluruhan sebanyak RM 65,723,576.00 juta?

MY SLIDESHARE UPLOAD