Showing posts with label Tun M. Show all posts
Showing posts with label Tun M. Show all posts

Sunday, March 10, 2013

#TukarKelantan: Tun M Anjurkan Himpunan Tentang Nik Aziz? Adehh....

Gambar hiasan
Pasir Mas - Perhimpunan Orang Kelantan 'Naik Angin' anjuran PERKASA Kelantan yang turut disertai oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad dan isteri dihadiri oleh 20,000 rakyat dari seluruh pelusuk negeri Kelantan.

Tun Mahathir Mohammad dalam ucapannya berkata, beliau tidak pernah melihat perhimpunan yang begini besar lebih-lebih lagi di Kelantan dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada penganjur serta seluruh rakyat Kelantan di atas sokongan yang diberikan.

Selain Presiden PERKASA Datuk Sri Ibrahim Ali dan Tun Mahathir Mohammad, program anjuran PERKASA ini turut dihadiri oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan Dato Sri Mustapa Mohammad dan juga Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, YB Zulkifli Nordin.

Tun Mahathir dalam ucapannya turut mengakui bahawa aura kebangkitan rakyat Kelantan kini semakin dirasai, ia dapat dilihat melalui sambutan yang diberikan oleh rakyat Kelantan terhadap program-program anjuran UMNO dan ia berbeza daripada sebelum ini

Untuk foto-foto menarik sekitar perhimpunan Klik Sini!!

Monday, February 27, 2012

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Hubungan Israel & Malaysia???


Di bawah adalah kenyataan Tun M mengenai usaha pembangkang yang cuba mengaitkan negara in dengan Israel. Seperti yang diketahui, parti pembangkang cuba mengalihkan kemarahan rakyat Malaysia terhadap kenyataan Anwar Ibrahim yang menyokong keselamatan negara Israel.

Tetapi mereka gagal dan rakyat tidak akan lupa!



Di antara kenyataan Tun Dr Mahathir :

Mengulas mengenai dakwaan Malaysia mempunyai dagangan dengan Israel, beliau menegaskan negara tidak pernah membeli dan menjual barang kepada negara Yahudi itu.

"Kononnya ada minyak kelapa sawit dihantar ke Israel, kita tidak boleh tentukan. Di zaman dulu pun, kita tidak ada hubungan dengan Afrika Selatan tetapi orang lain beli getah daripada kita dan jual kepada Afrika Selatan.

"Kemungkinan minyak kelapa sawit kita dibeli oleh pihak ketiga dan mereka menjualnya kepada Israel. Yang saya tahu, buah pisang kaki masuk di sini tidak tulis ia dari Israel tetapi masuk Singapura dan orang Singapura jual kepada kita," ujarnya.



Untuk selanjutnya sila klik sini

MY SLIDESHARE UPLOAD