Monday, March 4, 2013
#PrayForSabah: TERKINI!! CEMAS... SEMBOYAN EKSEKUTIF AKHIRNYA DIKELUARKAN!!
#PrayForSabah : BOOM! Website Rasmi Kerajaan Sulu Dihacked!! Perang Siber Telah Tercetus!!
dibawah adalah screenshot yang sempat diambil:
Bukti gambar lain:
TERKINI! IDENTITI MAYAT ANGGOTA POLIS YANG TERBUNUH DIKENALPASTI! #PrayForSabah
- Supritendan Ibrahim Lebar (Cawangan Khas E1, Bukit Aman)
- ASP Michael, (KCKD Semporna)
- Sarjan Aziz, (PGA Btn 14 Semporna)
- Koperal Azrul, (PGA Btn 14 Semporna)
- Sarjan Baharin, (Cawangan Khas E1, IPK Sabah)
- Koperal Salam, (Cawangan Khas, IPD Tawau)
Sunday, March 3, 2013
#SempornaBackfire: UPDATE! LAGI SEORANG ANGGOTA POLIS TERBUNUH! AYUH BANGKIT SEMUA!! #PrayForSabah
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata enam anggota kumpulan bersenjata itu juga terbunuh dalam kejadian pukul 8 malam di perkampungan atas air itu.
Dalam operasi 'menyelamat' yang dilancarkan hari ini dan berakhir kira-kira 7 malam, Ismail berkata polis turut berjaya mengeluarkan 19 anggota polis dengan selamat dari Kampung Sri Jaya Simunul itu.
Dalam sidang media kira-kira 9 malam Ahad di Felda Sahabat, Kampung Tanduo di sini, Ismail berkata enam mayat anggota polis yang terkorban itu di hantar ke Hospital Semporna.
"Identiti mangsa akan dimaklumkan kepada anggota keluarga terlebih dahulu sebelum dipaparkan di laman web rasmi PDRM," katanya.
Dalam sidang media terdahulu pagi Ahad, Ismail mengumumkan lima anggota polis terkorban dalam insiden itu manakala dua anggota kumpulan itu terbunuh.
Dalam sidang media sebelum ini, beliau berkata kelima-lima anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna itu ditugas untuk menjalankan siasatan di kampung berkenaan berikutan polis mendapat maklumat mengenai sekumpulan lelaki bersenjata di kampung itu.
Ismail juga memberitahu sidang media terdahulu itu bahawa anggota polis itu ditembak semasa menuju ke sebuah premis di kampung berkenaan dan mereka membalas tembakan untuk mempertahankan diri.
Beliau turut menafikan terdapat insiden anggota polis yang didakwa menjadi tebusan kumpulan bersenjata itu dipenggal kepalanya.
"Itu hanya khabar angin dan saya minta orang ramai supaya tidak mempercayai sebarang khabar angin," katanya.
Beliau memaklumkan keadaan di kampung berkenaan kini kembali seperti biasa.- BERNAMA
#TukarKelantan : Bagi BN Masa 4 Tahun Jer, Confirm Kelate Akan Maju!!!
Rakyat Kelantan perlu memberi mandat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memerintah negeri ini pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) bagi membolehkan Kelantan menjadi negeri maju bersama-sama negeri lain menjelang tahun 2020 yang hanya tinggal tujuh tahun lagi.Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Malaysia mungkin boleh mencapai status negara maju lebih awal daripada sasaran itu dan kerajaan mahu semua negeri sama-sama mencapai status negeri maju termasuk Kelantan yang kini jauh terkebelakang daripada segi pembangunan.Pentadbiran kerajaan negeri yang tidak sehaluan dengan kerajaan persekutuan akan menjadi penghalang kepada usaha kerajaan persekutuan untuk memajukan negeri itu termasuk apabila sesuatu pembangunan itu melibatkan soal tanah yang di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, katanya.Muhyiddin yang dalam lawatan kerja sehari ke negeri ini berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Rakyat 1Malaysia di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kelantan di Tunjong di sini, hari ini.Turut hadir pada majlis yang dihadiri lebih 30,000 orang itu ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin. Timbalan Perdana Menteri berkata rakyat Kelantan sekarang berada dalam "mood" serta gelombang perubahan yang semakin membesar untuk menukar kerajaan negeri pimpinan Pas kerana mereka sudah sedar Pas tidak mampu memerintah dan hanya menabur janji kosong serta menghabiskan khazanah negeri seperti pembalakan yang tidak terkawal."Kalau tidak ada sokongan kerajaan pusat untuk projek pembangunan...Kelantan akan tinggal ke belakang, kalau kerajaan (negeri pimpinan Pas) tidak ada visi hanya pentingkan soal lain bukan untuk pembangunan ummah, kemajuan untuk rakyat tidak boleh disempurnakan oleh mereka," katanya.Beliau berkata kerajaan BN adalah sebuah kerajaan yang berkemampuan untuk memajukan negara termasuk berjaya meningkatkan hasil pendapatan rakyat, mengurangkan kadar kemiskinan, memberi ilmu pengetahuan dengan membina 11,000 buah sekolah di seluruh negara untuk 5.4 juta pelajar dan 460,000 guru.Katanya kerajaan persekutuan telah memberi peruntukan sebanyak RM100 juta kepada sekolah agama rakyat bantuan kerajaan pada tahun lepas dan jumlah yang sama akan diberikan kepada sekolah tersebut pada tahun ini.Berikutan masalah bekalan air bersih yang masih gagal diselesaikan oleh kerajaan negeri Kelantan, Muhyiddin berkata kerajaan pusat akan menambah lagi peruntukan sebanyak RM2.9 juta bagi memasang alat penapis air di 654 buah prasekolah dan 137 asrama sekolah yang menghadapi masalah bekalan air kotor. Katanya bantuan itu dihulurkan bagi memastikan pelajar tidak terjejas pelajaran mereka dan berjanji masalah tersebut akan selesai apabila kerajaan BN kembali memerintah negeri ini.Muhyiddin turut membidas pemimpin Pas termasuk Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memperkecilkan bantuan yang dihulurkan kerajaan persekutuan kepada rakyat termasuk menyifatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) seperti memberi makanan kepada haiwan.Katanya Pas yang kononnya mendakwa sebuah parti memperjuangkan Islam tetapi gagal menyediakan kemajuan kepada umat Islam termasuk menyediakan masjid kerana masjid yang terdapat di Kelantan ini adalah usaha kerajaan persekutuan.Beliau berkata kejayaan perjuangan kerajaan BN untuk menegakkan Islam di negara ini menjadi contoh kepada negara Islam lain dan Malaysia juga memainkan peranan untuk mewujudkan perdamaian di selatan Filipina dan di wilayah selatan Thailand yang sedang bergolak yang dihuni ramai umat Islam. - KakiRayauKB
#PrayForSabah : UPDATE! Penduduk Semporna Bangkit Tentang Pengganas Sulu!!!
#PrayForSabah : TERKINI! 2 PENGGANAS SULU BERJAYA DITEMBAK MATI!
Apa-apapun marilah kita sama-sama mendoakan keselamatan mereka. Allahuakbar!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
#PrayForSabah : TERKINI! PEGAWAI SB DARI BUKIT AMAN PULA MATI DITEMBAK!! #PrayForLahadDatu
SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK ZOOM:
Al-Fatihah.. Seorang Lagi Anggota Polis Terkorban!! #PrayForSabah
Menurut sumber polis, pertempuran yang berlaku pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan seorang anggota cedera.
Difahamkan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Lahad Datu dan Tawau telah digegaskan ke sana bagi memberi bantuan.
Difahamkan penceroboh merancang menyerang Balai Polis Lahad Datu.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu namun enggan mengulas lanjut kerana identiti kedua-dua anggota keselamatan itu belum dikenal pasti.
Pada Jumaat, dua anggota komando polis VAT 69 terkorban dan tiga lagi anggota pasukan keselamatan negara cedera selepas berlaku insiden tembak-menembak apabila kumpulan penceroboh itu bertembung dengan pasukan keselamatan negara.
Dilaporkan 12 orang daripada kumpulan penceroboh turut terbunuh.
Dua yang terkorban ialah ASP Zulkifli Mamat, 29 dan Sarjan Sabarudin Daud, 46.
-Bernama
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Saturday, March 2, 2013
KAMI ANGGOTA @PDRMsia BERSUMPAH TAKKAN UNDUR! #LahadDatu
''Kami org2 polis tdk akn berundur.. biar putih tulang.. jgn putih mata..''
Teringat kata2 terakhir salah seorang pejuang Bukit Kepong.. dan hari ini, semangat yg sama msih mengalir dlm diri kami.. kpd yg terus pertikaikan.. ucapkn lah seribu tohmahan, makian dan cercaan.. katalah apa shj semahu kalian.. yg nyata PERJUANGAN KAMI BUKAN SANDIWARA.. kami POLIS DIRAJA MALAYSIA.. siapa saja kerajaan yg memerintah, kpd mereka kami taati.. NYAWA YG MELAYANG KRN PERTAHANKAN NEGARA BKN SANDIWARA.. BUKAN LAKONAN.. BUKAN TEATER UTK TONTONAN KALIAN.. BERHIJAB LAH SEDIKIT BILA BERBICARA.. SABAH NEGERI DIBAWAH BAYU.. BIAR BAYU MENJADI TAUFAN.. TIDAK AKAN SEKALI KAMI SERAHKAN KALIAN KEPADA PETUALANG.. BIAR BERMANDI DARAH.. BIAR HANCUR LUMAT TULANG BELULANG.. KAMI PDRM DAN ATM, BUKAN SEBARANGAN.. kpd semua rakyat malaysia, meski kami xselalu dihargai.. meski jasa kami tidak terpandang.. tp ketahuilah.. andai kata petualang negara sudah berdiri dihadapan kamu menghunus senjata mengalirkn darah kalian.. ketahuilah bahawa darah kami sudah terlebih dahulu kering dimedan tempur.. dan utk itu, doakanlah yg terbaik untuk kami wahai teman wahai sahabat.. jgn terus memfitnah tanpa belas.. krn negara kami ikhlas.. krn negara kami tinggalkn segala kepentingan diri dan keluarga.. walaupun tiada penghargaan mampu diberi, hentikanlah mengeji.. jagalah hati keluarga kami.. terakhir kalinya, KAMI POLIS DIRAJA MALAYSIA.. Bukan polis beraja politik.. siapa pemerintah kpd mereka kami setia bersumpah.. JANGAN MEMPOLITIKKAN TUGAS KAMI.. fikir dgn akal yg waras.. Bukan menyukat dgn sukatan dangkal..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
#Pray4VAT69 : @abby_abadi112 Nak Jadi Heroin Dalam 'FIlem Perang' ??
Malah si janda bersama Kit Siang dan Tian Chua cuba merendah-rendahkan semangat pasukan keselamatan serta anggota polis, selain berusaha memutarbelitkan kenyataan sebenar yang berlaku di Lahad Datu.
Si janda seolah-olah menutup mata dengan usaha dan pelbagai cara, kaedah telah digunakan oleh pihak kerajaan, antaranya melakukan rundingan demi rundingan dengan ketua penceroboh bersenjata bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Tambahan sekiranya isu ini tidak ditanggani dengan cara yang berkesan, ia boleh mengugat hubungan dunia hala antara kerajaan Malaysia dan Filipina.
Namun semua pendekatan telah diambil untuk mengelakan pertumpahan darah, namun pihak penceroboh tetap berkeras dan enggan menerima keputusan kerajaan. Kerajaan sebelum ini bertegas meminta mereka pulang ke negara asal sekaligus menghormati kedaultanan sesebuah negara.
Penceroboh bersenjata di Lahad Datu, Sabah telah terlebih dahulu memulakan serangan terhadap pasukan keselamatan Malaysia apabila mereka mara 1.5 kilometer dari tempat mereka berkampung sebelum ini.
Perdana Menteri telah memberi mandat kepada Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera untuk mengambil sebarang tindakan terhadap kumpulan penceroboh bersenjata itu dan tiada kompromi lagi.
[VIDEO] : Berpuluh Ribu Rakyat Dan TPM Sedia Untuk #TukarKelantan !! #PRU13
TUKAR KELATE :
Tan Sri Muhyiddin menunaikan solat Jumaat di Masjid Mukim Aril, Melor. Rakyat tidak melepaskan peluang untuk bertemu dengan Tan Sri Muhyiddin dengan lebih dekat.
Tan Sri Muhyiddin bermurah hati untuk memberi peruntukan sebanyak RM 300,000 untuk membaik pulih bumbung Masjid Aril, Melor.
Beliau juga bersama rakyat dalam Majlis Jamuan Rakyat Bersama TPM di Kg. Tegayong Melor. Kira-kira 3000 orang hadir untuk menjamu selera bersama YAB TPM. Sambungan ...
#LahadDatu : Jawapan Untuk Persoalan Kenapa Polis Dahulu, Bukan Tentera.
Sila baca dan faham
Persoalan kenapa polis tetapi bukan tentera?
- 1) jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan SULU.
- 2) Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara lansung sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada kita.
- 3)Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa protocol antarabangsa.
Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna:
- 1) kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang.
- 2) Polis kita akan menangkap dan menahan (perkatannya untuk polis ialah menahan bukan menawan - Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di antara keduanya)
- 3) Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduahn di Mahkamah Awam boleh di lakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak di anggap tawanan perang.
- 4) Boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam Guantonamo BAy juga. Susah macam tu.
Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAR AREA EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan.
Dengar cerita darurat telah di istiharkan dan curfew di kuatkuasakan di sana. Ini bermakna tentera sudah ambil alih di Lahad Datu atau kawasan pencerobohan sahaja (kawasan yang lebih kecil)
Ianya seperti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu- tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan).
Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA. Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun.Hanya kawsan pencerobohannya sahaja. Nampak hati-hatinya dan telitinya Kerajaan dalam hal ini..
APA SALAH POLIS SEHINGGA DILABELKAN SEBAGAI ANJING?
Kalau berani, ambil senjata dan pergi berjuang. Jangan hanya cakap saja tetapi goyang telor dirumah. Orang macam ni patut kita bunuh.
Anda boleh baca artikel berkaitan di [SINI] dan [SINI]
#Pray4VAT69 : FOTO-FOTO MENYAYAT HATI DI SUBANG.

Turut menyambut jenazah di TUDM Subang tadi adalah DYMM Raja Permaisuri Agong,Perdana Menteri dan isteri,TS Khalid Ibrahim MB Selangor,Datuk Shahrizat Jalil.Jenazah Insp.Zulkifli kemudiannya diterbangkan ke Teregganu manakala jenazah Kopral Sabaruddin dibawa ke Sabak Bernam untuk upacara pengkebumian dikampung halaman masing masing.
Hampir 1200 orang hadhir di TUDM Subang menyambut ketibaan kedua jenazah wira negara yang gugur di Lahad Datu dan suasana muram menyelubungi suasana kecuali untuk Abby Abadi dan Tian Chua yang "bergembira" mempolimik tragedi ini sebagai bahan senda gurau mereka (sila lihat tweet Abby diatas).Apa nak jadi"anjing" dua ekur ini aku pun dah tak reti nak kata apa...




Friday, March 1, 2013
#LahadDatuStandOff : LATEST! SENARAI NAMA ANGGOTA TERKORBAN ATAU CEDERA SETAKAT JAM 1700
1. Inspektor 17992 Zulkifli B. Mamat (terkorban)
2. Koperal 113088 Sabarudin B. Daud (terkorban)
3. Koperal 152133 Mohd Tarmizi B. Hashim (cedera di tangan dan kaki) (ditempatkan di Hospital Lahad Datu)
4. Koperal 135383 Azman B. Ampong (cedera di punggung/peha) (ditempatkan di Hospital Lahad Datu)
5. Konstabel 176533 Mohamad Qaiyum'aiqal B. Zolkifli (cedera di bahu kanan & kedua-dua kaki) (ditempatkan di Hospital Sandakan).
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
#BR1M : NIK AZIZ KATA HAIWAN, BOB LOKMAN KATA IBLIS!!
Ia dimulakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyamakan pemberian Batuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) seperti 'memberi hampas kelapa dan jerami kepada ayam dan lembu', disusuli Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyamakan BR1M dengan apa yang pernah dilakukan oleh Firaun.
Malam tadi, bekas pelawak dan penulis lirik lagu, Mohd. Hakim Lokman, 47, atau Bob Lokman yang kini menjadi aktivis Pas menyifatkan program 'Janji Ditepati' kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika ini "lebih jahat daripada iblis".
Bob Lokman turut menyifatkan tindakan kerajaan terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunaikan segala janji-janji kepada rakyat dalam program itu juga sama seperti perangai iblis .
Bob mengibaratkan program murni itu dengan cerita iblis yang diusir Allah akibat enggan tunduk kepada Nabi Adam lalu meminta supaya diberi peluang melakukan godaan dan hasutan menyesatkan manusia dan janji itu ditepati iblis sehingga kini.
"Di sini saya nak bagi tahu betapa jahatnya Janji Ditepati (program BN) ini. Bila mana iblis tak mahu tunduk kepada Nabi Adam, maka Allah SWT halau dia (iblis) dari syurga. Tapi, boleh dia minta dengan Allah untuk menyesatkan umat manusia yang merupakan anak, cucu, cicit Nabi Adam ini.
"Itu sebablah semenjak hari itu hingga hari ini iblis menggoda dan menyesatkan manusia. Ini menunjukkan dia tepati janji. Jadi apa nak heran kalau tambah lagi seorang buat karnival pulak, lagi jahat dari iblis,'' katanya dalam satu ceramah yang dihadiri kira-kira 40 hadirin di Kampung Pulau Tiga di sini malam tadi.
Yang turut memberi ceramah ialah Ishak Shaari iaitu pemimpin yang disebut-sebut bakal calon Pas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampung Gajah; Yang Dipertua Pas Pasir Salak, Muhaimin Sulam dan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abd. Halim. - UTUSAN
#TukarKelantan : Port Geli-Geli 600m Dari Rumah Nik Aziz Beroperasi Kerana MPKB Disogok Wang Setiap Bulan?
Artikel ini berkait tentang video panas dari channel tukarkelantan13 yang dimuat naik di dilaman Youtube :
Thursday, February 28, 2013
[VIDEO] : EKSLUSIF!! LAGI PORT DANGDUT SEKSI DIDEDAHKAN DI KELANTAN!! #TukarKelantan
Semalam baru sahaja blog TUKAR KELATE dedahkan port dangdut seksi yang didatangi oleh golongan remaja untuk 'geli-geli' disana [KLIK]. Tetapi dalam pendedahan kedua ini agak berbeza sedikit kerana kali ini adalah pendedahan tentang satu port dangdut seksi untuk golongan vateran 'geli-geli' pula dan yang peliknya perbezaan jarak antara kedua-dua port ini tidak jauh, cuma 2KM sahaja. Agak hairan dan pelik, apa yang dibuat oleh MPKB? Apa yang Nik Aziz buat? MB apa macam ni? 'Premis panas' berdekatan dengan rumahnya sendiri pun tak boleh nak handle? Macam mana nak tadbir negeri? Ini baru di Kota Bharu, di daerah lain kita tak tahu lagi.... Nantikan episod seterusnya.....
TUKAR KELATE :
Rakaman 'Goyang Kucing Garong' semalam yang terletak di Jalan Long Sulaiman iaitu hanya 600 meter dari rumah Nik Aziz adalah sebahagian daripada kemaksiatan yang berlaku di negeri Kelantan.
Sebagaimana kami nyatakan semalam bahawa terdapat 17 karaoke ala disko secara terbuka ini adalah lokasi kedua yang terletak di Panji, Kota Bharu.
Lokasi yang dipaparkan di dalam video di atas pernah didedahkan oleh blogger 'kickdefella' sebelum ini, namun hasil tinjauan kami mendapati, ia masih beroperasi sehingga kini dan seolah-olah kebal dari tindakan undang-undang Islam yang diperkenalkan oleh kerajaan PAS Kelantan.
Lebih memalukan di sebalik tuduhan kononnya negeri-negeri yang ditadbir oleh BN membenarkan maksiat berleluasa ekoran terdapat pusat-pusat hiburan. Kelantan nampaknya lebih advance berbanding negeri yang ditadbir oleh BN ini kerana pusat hiburan karaoke haram ini mampu beroperasi sehingga 4.00 pagi malah ada juga yang beroperasi 24 jam.
Seterusnya ...
Wednesday, February 27, 2013
Kenapa Kita Tak Perlu Kekalkan PAS Di Kelantan? Ini Jawapannya!! #TukarKelantan
Tapi kita tak perlu risau kerana ada kita 12 sebab teras kenapa kita tak perlu KEKAL PAS di Kelantan :
banyak lagi la nak senarai, jika ini hanya tinggal janji, Rakyat Kelantan tidak Perlu KEKAL kan pentadbiran negeri Kelantan sekarang. Rakyat perlukan perubahan bukan perlukan janji kosong. Rakyat Kelantan perlukan Pentadbiran yang hendak buat kerja bukan yang tahu kutuk pemimpin lain. Diharapkan rakyat Kelantan memilih pemimpin yang mampu bantu dan khidmat untuk rakyat bukan yang tahu mendoakan keburukan kepada orang lain.
- 1. Kenapa perlu KEKAL jika tadbir urus negeri tak mampu jana pendapatan?
- 2. Kenapa perlu KEKAL jika kerajaan negeri bg 4 ribu hektar tanah ke DAP?
- 3. Kenapa perlu KEKAL jika janji nak buat stadium tak mampu laksanakan?
- 4. Kenapa perlu KEKAL jika lebuhraya Rakyat hanya tinggal batu asas?
- 5. Kenapa perlu KEKAL jika Bandar Perikanan di Tok Bali tidak dpt dilaksanakan?
- 6. Kenapa perlu KEKAL jika Projek Agro Tourism Pergau tinggal janji?
- 7. Kenapa perlu KEKAL jika Bandar baru pengkalan kubur tinggal Janji?
- 8. Kenapa perlu KEKAL jika projek Industri Petrokimia di Pantai Senok hanya kertas kerja?
- 9. Kenapa perlu KEKAL jika air di Kelantan tidak bersih untuk rakyat?
- 10. Kenapa perlu KEKAL jika peluang pekerjaan untuk orang muda tidak ada?
- 11. Kenapa perlu KEKAL jika ramai orang miskin di kelantan kerajaan negeri tidak mampu nak bantu?
- 12. Kenapa perlu KEKAL jika ramai Mahasiswa Kelantan bekerja di luar?
#TukarKelantan : PAS Hanya Pandai Berjanji, Tapi BN Tunaikan. Tapi BN dikatakan Kejam Kenapa?
Lebuhraya yang diumumkan oleh kerajaan PAS Kelantan bernilai RM1.9 billion, manakala stadium baru di Bukit Merbau bernilai RM159 juta.
Projek Lebuhraya Rakyat dikatakan akan dimulakan pada bulan Mei 2012 manakala projek stadium di Bukit Merbau dikatakan akan dimulakan pada bulan Mac 2012.
Kini, tahun 2012 sudah pun hampir dua bulan berlalu. Namun, tidak ada satu pun perkembangan kedua-dua projek tersebut.
Tatkala rakyat Kelantan semakin hari semakin sangsi dengan keseriusan kerajaan PAS Kelantan untuk melaksanakan janji-janji yang mereka taburkan, YAB Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak baru-baru ini mengumumkan 7 janji untuk rakyat Kelantan, di mana dua daripadanya adalah membina sebuah stadium baru dan membina Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai.
Tidak sampai sebulan pun janji itu diumumkan oleh YAB PM, sudah nampak ada perkembangan mengenai kedua-dua projek yang pernah dijanjikan PAS itu.
Baru-baru ini, selepas perbincangan dan rundingan dengan pihak kementerian mengenai stadium baru, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan bahawa kerajaan telah meluluskan dua padang bola "Astro Turf" yang setiap satunya bernilai hampir RM2 juta dan akan dibina pada tahun ini juga. Satu akan dibina di Panji dan satu lagi akan dibina di Ketereh.
Asas Kuasa Politik Mahasiswa Adalah Pemansuhan AUKU : @tunfaisal
Beliau berkata demikian pada Wacana Sinar Siri 17: Kuasa Politik Mahasiswa di sini.
Menurutnya, dengan pindaan yang dibuat menggambarkan keterbukaan kerajaan untuk memberi kesamarataan dalam sistem demokrasi kepada rakyat termasuk mahasiswa.
Beliau berkata, mahasiswa pada masa kini bebas untuk berpolitik secara terbuka, sekali gus mendapat peluang untuk menjadi calon pada pilihan raya umum ini.
Namun, Tun Faisal berkata, kebebasan yang diberikan perlu diiringi dengan panduan supaya tidak menimbulkan sebarang perkara tidak diingini.
"... kita bagi ruang untuk mereka bebas berpolitik, tapi perlu ada juga yang menjadi panduannya.
“Kita bagi kepercayaan kepada pelajar, ini menjadi medan terbuka kepada mahasiswa untuk memberi sokongan secara terbuka dan menjadi calon PRU13," katanya.
Pada 19 April tahun lepas, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012, yang membenarkan penuntut universiti terbabit dalam politik dan memegang jawatan dalam persatuan serta pertubuhan di luar kampus.
Mengulas lanjut, Tun Faisal yang juga pengasas media Umno berkata, tranformasi politik membabitkan pindaan Auku tidak menghalang kebebasan berpolitik, tetapi memberi panduan dan mengelakkan sifat partisan di kalangan pengajar serta mahasiswa di institut pengajian tinggi.
Tun Faisal juga berkata, parti politik boleh mengambil kesempatan terhadap mahasiswa untuk menjadikan mereka sebagai tonggak dalam pergerakkan parti pada PRU13.
"... transformasi tak menghalang pelajar berpolitik, tapi kita tak mahu ada budaya partisan dalam kampus termasuk pensyarah dan mahasiswa.
“Keterbukaan atau kebebasan ini juga akan memberi peluang kepada parti politik menjadikan mahasiswa sebagai tonggak utama mereka pada pilihan raya kali ini," katanya.
Selain Tun Faisal, barisan panel terdiri daripada Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia, Muammar Ghadafi; Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad; penganalisis politik, Prof Dr Azmi Hassan dan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam (Gamis), Azan Safar. - SINAR
[VIDEO] #TukarKelantan : PENDEDAHAN EKSLUSIF! KARAOKE MENGGHAIRAHKAN DI MUKIM RUMAH NIK AZIZ!!!
'' Paparan video ini hanya sebahagian daripada maksiat yang berlaku di khayalak ramai, di mana sehingga kini ia masih berlaku tanpa dikenakan sebarang tindakan oleh penguatkuasa MPKB-BRI. Ini membuktikan bahawa slogan Membangun Bersama Islam yang dilaungkan oleh PAS adalah retorik politik semata-mata.
Siapa kata maksiat tiada di Kelantan dan hanya terdapat di negeri diperintah oleh BN, rakaman video di bawah membuktikan bahawa maksiat berlaku di mana-mana termasuklah berdekatan dengan rumah Nik Aziz! ''
Untuk artikel penuh sila klik [SINI]
[VIDEO] #BR1M : Nik Aziz Kata Rakyatnya Haiwan!!!
Harapan Puak Ngok 'R' Punah Disebabkan Manifesto #ManifestoBukanJanji
Dari blog TUN FAISAL :
Yang dalam manifesto pun, PR cilok tak tunaikan, inikan pulak yang tak tulis dalam manifesto macam Royalti Minyak Kelantan. Sesungguhnya PR memang tak mau tunai janji dan tak iktiraf puak-puak gerakan Royalti yang tergolek dog beriya-iya naik basikal.. heh, heh, heh.. bo la weiiii!
Tuesday, February 26, 2013
SAH! MANIFESTO #PR ADALAH PEMBAWA BENCANA KEPADA MALAYSIA! #ManifestoBukanJanji
Mereka berkata pada pilihan raya umum Mac 2008, parti pembangkang menabur pelbagai janji manis untuk meraih sokongan pengundi, bagaimanapun gagal melaksanakan janji populis itu walaupun berjaya menguasai beberapa negeri.
Malah mereka turut menyalahkan Barisan Nasional (BN) atas kegagalan untuk mengota janji itu, dan kini menjelang pilihan raya umum ke-13, sekali lagi gabungan DAP-PKR-PAS menabur janji manis untuk memancing undi.
Bagi Ahli Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali manifesto PR tidak lebih sekadar menciplak apa yang telah, sedang dan bakal dilaksanakan kerajaan BN.
Ketua Kluster Ekonomi dan Pengurusan MPN itu berkata manifesto itu harus dilihat secara keseluruhan, serta mengambil kira konteks perekonomian untuk memajukan sebuah negara, dan bukan hanya kepentingan seorang individu.
"Memang menjadi matlamat mana-mana kerajaan untuk menjaga kesejahteraan dan kebajikan rakyat. Bagi saya, manifesto ini tidak ada apa-apa yang menarik dan tiada sebarang kejutan. Ini kerana apa yang diutarakan sebagai teras, sudahpun menjadi agenda utama dalam membantu kesejahteraan dan pembangunan ekonomi kerajaan BN," katanya kepada Bernama ketika dihubungi Isnin.
Pakatan pembangkang hari ini melancarkan sepuluh manifesto menjelang PRU-13 antaranya pendidikan percuma bermula dari prasekolah sehingga menara gading, kad keahlian DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS yang boleh diguna pakai di mana-mana plaza tol untuk mendapat tol percuma dan bantuan perniagaan RM10,000 kepada setiap peniaga yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Dr Noor Azlan berkata manifesto seperti menyediakan peluang pekerjaan baharu untuk rakyat sebenarnya telah dikenal pasti di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) kerajaan BN sejak tahun 2010, dan kerajaan BN sememangnya sentiasa fokus untuk meningkatkan ekonomi negara serta menjaga kesejahteraan rakyat.
"Manifesto pembangkang ini harus dilihat secara menyeluruh, kolektif dan komprehensif, kerana sehingga hari ini, mereka (pembangkang) tidak menyediakan cara-cara untuk melaksanakan janji-janji itu," katanya.
Dekan Kolej Undang-undang Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia Prof Madya Dr Martadar Mohamed berkata manifesto PR itu jelas menunjukkan kelemahan dan ketidakmampuan pembangkang untuk membuat kerja kerana tidak mampu menawarkan kepada rakyat lebih daripada apa yang dilakukan BN.
"Secara keseluruhannya apa yang kita lihat dalam manifesto pakatan rakyat ini kebanyakannya adalah hasil yang dilaksanakan kerajaan dan jika ada yang baharu pun ia sekadar dilihat dari persektif yang sangat kecil," katanya.
Beliau berkata isu pendidikan yang dibangkitkan pembangkang seperti memartabatkan bahasa Melayu, menjamin hak bahasa ibunda dan mempertingkat bahasa Inggeris telah lama diperjuangkan kerajaan BN.
Sementara itu, pakar ekonomi Prof Dr Barjoyai Bardai menyifatkan cadangan pembangkang menurunkan cukai eksais kereta secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh lima tahun agar harga kereta lebih berdaya saing akan memberi kesan kepada pengeluaran kereta nasional.
Barjoyai, yang juga Pengarah Bersekutu Akademik dan Program Global Pengajian Sarjana Pentadbiran Perniagaan, Universiti Tun Abdul Razak berkata tindakan itu juga akan menyebabkan industri automotif negara menjadi kurang berdaya saing.
"Bila tak berdaya maju ia akan libatkan banyak kesan rantaian ke bawah termasuk mungkin menjejaskan lebih sejuta pekerja dalam sektor ini," katanya.
Pendapat Dr Barjoyai itu turut disokong Presiden Persatuan Automotif Malaysia Datuk Aishah Ahmad yang mempersoalkan kemampuan kerajaan PR untuk menjana hasil untuk mentadbir negara jika cukai eksais dihapuskan.
Aishah berkata pembangkang seharusnya memikirkan kesan baik dan buruk sesuatu cadangan sebelum melaksanakannya kerana jika tersilap akan menjejaskan sumber kewangan dan seterusnya membantutkan pertumbuhan ekonomi negara.
Bagi Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman, janji yang terkandung dalam manifesto pakatan pembangkang sebenarnya telahpun dilaksanakan kerajaan BN selama ini, termasuk gaji minimum, insentif percukaian, dan perumahan rakyat.
Mengenai janji mewujudkan caruman nasional RM500 sebulan sehingga pencen kepada semua penjawat awam, Omar berkata ini satu lagi janji kosong pembangkang.
"Jika dahulu mereka janji nak bagi elaun ibu tunggal dan bantuan kepada murid sebulan RM50 di Selangor pun sampai sekarang mereka tak tunai, macam mana nak beri RM500 sebulan kepada 1.4 juta penjawat awam negara ini? Ini semua perlu difikirkan semula oleh rakyat," katanya.
Presiden Pertubuhan Pemikir Muda Malaysia (PPMM) Mohd Rafiq Naizamohideen berkata jika pada PRU lepas, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim ada menyatakan manifesto bukanlah janji dan tidak perlu ditepati, maka kali ini juga pastinya ia akan membawa nasib yang sama.
"Oleh itu, rakyat tidak perlu mempercayai manifesto kali ini bagi mengelak daripada tertipu seperti pengundi di Selangor, kerana pakatan pembangkang tidak akan bertanggungjawab terhadap manifesto yang mereka buat apabila berjaya menjadi kerajaan," katanya.
Pandangan Mohd Rafiq turut dikongsi presiden Jalur Tiga (JATI) Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang menyifatkan kalimat dalam manifesto itu tidak lebih daripada susunan ayat yang disalut 'gula-gula manis' untuk memikat hati rakyat.
"Bila sampai masanya mereka mencari seribu dalih memberi justifikasi mengapa manifesto tersebut tidak dapat dilaksanakan," katanya dalam satu kenyataan.
Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata manifesto adalah komitmen dan sebuah kontrak antara rakyat dan parti politik.
Oleh itu, katanya sesebuah parti tidak boleh menampilkan manifesto untuk menipu rakyat, memujuk dan memikat mereka untuk mengundi.
Katanya amat penting bagi parti politik untuk memahami bahawa apa jua yang ditampilkan dalam manifesto itu, mereka mesti bersedia mengotakannya serta menunaikan apa yang dijanjikan.
Sementara itu, Dekan Fakulti Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani melontarkan persoalan yang penting: "Adakah PR mempunyai masa dan wang untuk melakukannya dalam tempoh lima tahun memegang kuasa?" - BERNAMA
DAP Declare Perjuangkan Islam????
Namun beliau yang awalnya agak keberatan mengulas, dengan nada agak sinis berkata, adalah bagus sekiranya DAP menjadi sebuah parti yang tidak menghina Islam dan bukan anti-Islam.
Beliau turut 'menyambut baik' sekiranya DAP menjadi parti yang menegakkan Islam seperti mana dakwaan Guan Eng bahawa perkara itu termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Baguslah kalau begitu (DAP sebuah parti yang tidak menghina Islam dan bukan anti-Islam), bagi saya baguslah tu,'' katanya kepada Utusan Malaysia sebagai mengulas ucapan Guan Eng dalam konvensyen pakatan pembangkang yang berlangsung di Shah Alam, Selangor hari ini.
Pemimpin DAP itu yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang antara lain menyangkal dakwaan pihak-pihak tertentu yang menyatakan DAP menghina dan anti-Islam sedangkan parti itu menegakkan agama Islam seperti mana termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Guan Eng sebelum ini pernah mengguris perasaan umat Islam di negara ini apabila mahu penggunaan kalimah Allah dibenarkan bagi agama lain.
Ditanya mengenai dakwaan Guan Eng bahawa DAP adalah sebuah parti yang memperjuang serta menegakkan Islam, Harun berkata: "Itu lagi bagus. Mungkin dia nak tukar agamalah tu."
Ketika diminta mengulas lebih lanjut mengenai kandungan ucapan Setiausaha Agung DAP itu termasuk mahukan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri, Harun bagaimanapun enggan menjelaskan perkara itu.
"Maaflah, biarlah dulu. Saya tak dapat ulas lebih lanjut tentang perkara ini, sebab saya belum lagi terima dan dengar ucapannya," ujar beliau. - UTUSAN
Monday, February 25, 2013
[ARTIKEL KHAS] : UNTUKMU KELATE.........
di mana - mana sahaja.setiap isu yang timbul telah diajukan kepada kerajaan negeri dibawah pimpinanTuan Guru Nik Aziz Nik Mat.namun ternyata mereka - mereka yang terlibat hampa dan kecewa kerana tiada jawapan dari pihak yang memerintah dan menguruskan hal ehwal negeri kelantan.
Rintihan dan tangisan rakyat pada kerajaan yang memerintah dengan berpandukan dan bersaskan ajaran Islam ini akhirnya telah di ketengahkan oleh beberapa pertubuhan badan bukan kerajaan NGO.satu persatu pendedahan telah di lakukan dengan banyak sekali bukti - bukti yang jelas lagi nyata.walaupun isu - isu yang berkaitan telah lama menjadi persoalan dan pertanyaan dari banyak pihak tetapi sehingga ke hari ini mereka bersikap seperti tiada apa - apa yang berlaku.yang lebih mengharukan adalah golongan- golongan penduduk yang tinggal jauh di kawasan pendalaman.janji hanya tinggal janji dan kini hidup mereka umpama merempat dan mengemis di tanah sendiri.apa yang PAS pernah ambil kira dari perkara ini.ada bagi bantuan
ke sebelum ni.jangan harap la wei.semakin di tindas ada laaa.yang kaya siapa... sendiri mau ingat la wei.
Ibarat pipi ditampar tak rasa sakit, tetapi dari kepala hingga ke kaki tubuh menggeletar menahan rasa.emuk rendam di dalam hati telah membakar dan menyemarakkan satu aura luar biasa di kalanganrakyat jelata terutamanya dari golongan remaja dan belia kelantan hari ini.gelombang merah kini menjadi nadi kebangkitan
rakyat yang benar-benar mahukan perubahan.
Tukar ! tukar ! kita tukaaaaaaaaaar!
Itulah laungngan dan sorakan semangat tukar kelantan yang di ketuai oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Aura sorakan gelombang merah pada tanggal 15.02.2013 di Bangunan Perhubungan Umno Kelantan masih menggegar dan membara di jiwa dan sanubari penulis bersama 10,000 orang yang hadir pada hari itu.
Semua ini terjadi oleh kerana kesombongan dan ketakburan orang Pas yang kononnya berilmu tinggi.
tinggi la sangat ilmu mereka ni hingga sanggup bersekongkol dengan PR dan DAP.harap je berilmu tinggi
tapi bodoh berbakul - bakul .sudahnya sekarang mereka tersepit dalam permainan politik kotor ciptaan
PR dan DAP.
INI PANTUN AKU BUAT PUAK-PUAK PEMIMPIN HIJAU PUTIH:
Tersusun kitab atas rak bertingkat
tok mampu beri pandai mengeji,
Agama islam mu jadikei alat,
Dengei saing hok tolok islam lu buleh bagi muko meiii.
Haiyaaaaaaaa!!! sikalang apa sulah jadi.
Poooorah!!! tara tau apa mau cakap la macha.
Takpoooo wak diyei sudoh. nati yo penak yo diye sendighie.
Inikah dia sifat dan keperibadian seorang yang bergelar ulama.bebas menetapkan
dan menjatuhkan.hukum mengikut kata hawa dan nafsu tanpa berfikir.come on la wei.. kapral singh
si tua cacat DAP kutuk islam tolak hudud.gapo yo mu duduk diye supo tikus napok kucing itei.
owh iam sorryyyyyyyy.lupa la wei hari tu dia orang celebrate birthday sama-sama.
Tapi bila dengan kerajaan Barisan Nasional semuanya tak betul.semuanya tak boleh.BN tak betul,BN kejam,BN amal rasuah dan BN bukan kerajaan islam yang baik.habis semua yang dah PR dan DAP buat
tu hapekejadahnya pula.bertindak biadap dan mempersendakan agama islam dan kedaulatan ikut sedap bahasa.bila ajak duduk berbincang buat tak indah.
NABI MUHAMMAD S.A.W penghulu kepada 25 nabi dan rasul ALLAH pun orang tua ni boleh
samakan dengan muhammad yang lahir di kala dunia makin hampir KIAMAT.begitu rendah dan hinanya
kalian tanpa rasa berdosa menidakkan qadak dan qadar yang telah di tetapkan oleh ALLAH S.W.T.
belum lagi yang entah berapa kali dah puak ni mohon doa pada ALLAH mintak binasakan saudara
seagama. wallauwei tinggi sungguh ilmu puak-puak ni.
Ok lah celita manyak pun tara guna maaa...itu tanah munya hat aaa sampai sikalang pun taler yawab lagi lei.u want to use hudud ka, over my dead body dulu la.amacam bai lu ada brani ka.kerajaan bagi BR1M
mu kate rakyat mu hok terima BR1M supo ayei itik.hok tebaru ado polok saing mu minto oghei pas hok doh
timo pitih BR1M dermo kei semuo ke parti mu.kerajaan ape korang ni. BN buat tuk bantu ringankan beban rakyat.tapi lu olang sinang-sinang angkat itu olang munya wang.cakap tak serupa bikin. BO LA WEI...
DI SINI AKU ADER BEBERAPA SOALAN BUAT ORANG-ORANG HEBAT NI:
Dalam masa 20 tahun PAS memerintah berapa ramai rakyat mu yang tak dapat memberikan penghormatan terakhir kepada ibu,bapa,adik beradik sedarah sedaging sendiri dan ahli keluarga yang lain.
kompom tak tahu.aku peduli apa.yang pergi tak balik dah.yang masih hidup teruskanlah hidup.
Gapo jadi gitu?
pasal ikut kajian yang telah di buat 500,000 rakyat mu duduk menetap dan cari rezekidi negeri - negeri lain.
Gapo ramai sangat ?
pasal bukan semua orang boleh dan larat nak buat kerja kampung dan jadi
nelayan.orang kelantan tak kira lelaki tak kira perempuan mereka ini punya jati diri yang tinggi.
ada kelulusan diploma ada patut ka jadi kuli bangunan.para siswa dan siswazah berapa ramai lagi
yang masih menganggur.korang pernah pikir ke ini hal.berapa ramai pula yang tak mampu nak sambung belajar atas sebab kesempitan hidup.tu pasal la PM Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dengan kerjasama
UITM tubuhkan Yayasan Destini Anak Bangsa.
Demi memartabatkan agama islam di tempat yang paling tinggi dan terunggul, ianya mesti seiring dengan
kekuatan akidah dan ekonomi dari sebuah kerajaan islam yang berlandaskan kalimah IH DINAS SIROTOL MUSTAQIM.
Atas semangat dan aura jati diri yang tinggi inilah kini mereka telah buka mata dan berfikiran positif dan mula
berjuang bersama-sama untuk tukar yang lama kepada yang baru.disini saya hanya berkongsi pandangan
semoga golongan-golongan yang masih terlalu taksub dengan kerajaan PAS bermuhasabah diri seketika
untuk satu perubahan yang lebih menjamin kesenangan dan kebahagiaan hidup generasi kelantan pada masa hadapan. - Kelate Today
[VIDEO] : #TukarKelantan AIR MATA SEORANG GURU TERHADAP PERBUATAN PUAK ROYALTI!!
KANTOI! HARAKAH SPIN UCAPAN RAJA NAZRIN!! #PRKakiKencing
Media tersebut pada Rabu lalu melaporkan titah ucapan baginda pada majlis Wacana Perpaduan Ummah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka yang telah dimanipulasikan sehingga menggambarkan Raja Nazrin berpihak kepada parti tersebut.
Bagaimanapun, laporan tersebut telah disanggah oleh beberapa blog antaranya Cikgu Lin dan Info The Truth menuduh media tersebut telah berbohong.
Ekoran desakan itu, Harakah Daily telah menyiarkan permohonan maaf atas "kesilapan" tersebut dan menarik balik laporan tersebut serta digantikan dengan laporan baharu, semalam.
Laporan itu menggunakan tajuk "Pas kini sedia mengatasi UMNO - Raja Nazrin".
Berikut adalah kronologi laporan Harakah Daily berhubung titah ucapan Raja Nazrin pada majlis tersebut.
20 Februari - http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/16882-integriti-hayati-titah-raja-nazrin
23 Februari - http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/16954-raja-nazrin-antara-pas-dan-umno
24 Februari - http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/16982-pas-kini-sedia-mengatasi-umno-raja-nazrin
SUMBER : UTUSAN
Sunday, February 24, 2013
@NajibRazak Payung Anak India Masuk Poli.
Program itu akan melibatkan kerjasama Special Implementation Task Force on the Indian Community dan Politeknik di seluruh negara dengan menyasarkan pengambilan seramai 1600 pelajar kaum India daripada keluarga miskin tegar setiap tahun.
Aspirasi itu juga mengambil kira atas semangat Keadilan Sosial dalam prinsip 1 Malaysia di mana, semua rakyat Malaysia akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan.
Perdana Menteri juga percaya bahawa pendidikan merupakan alat paling berkesan untuk mengubah kedudukan sosio-ekonomi sesuatu bangsa, kumpulan atau komuniti.
Hari ini sudah pasti menjadi satu lipatan sejarah di dalam pendidikan negara, kerana Perdana Menteri Malaysia akan merasmikan program Mengubah Destini Anak India Malaysia (MDAIM) di Politeknik Port Dickson jam 3.00 petang. - Laman Rasmi JDAB
STEADY!! PM @NajibRazak BALUN NIK AZIZ DALAM TWITTER!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
#SKT2013 : KEMBARA #TukarKelantan SERANG KUBU KUAT PAS!!
Kawasan-kawasan yang dituju pada sesi pagi adalah Panchor, Kijang dan Chempaka. SKT2013 bermula di perkarangan bangunan UMNO Negeri Kelantan dan melalui Jalan Pekeliling, Sg. Budor, To' Sadang, belakang Kem Tentera Kijang, Padang Tempak, dan Panchor.
Di Parlimen Pengkalan Chepa sahaja, lebih 1300 buah motosikal mengiringi SKT2013 menjelajah seluruh kawasan parlimen.
Pada sesi petang, SKT2013 bergerak ke Tawang, Perupok dan Jelawat melalui Beris Kubur Besar, Bandar Bachok, Badak, Gunong dan Peringat. Lebih 900 buah motosikal mengiringi SKT2013 di Parlimen Bachok.
Seperti biasa, SKT2013 berhenti di beberapa tempat di sepanjang laluan mereka untuk bertemu rakyat dan menyampaikan agenda TUKAR. Beberapa barangan seperti tshirt, VCD dan fliers juga turut diedarkan kepada orang ramai.
Di Bachok, SKT2013 turut berhenti di Dewan Serbaguna Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Kampung Tangok. Di sana berlangsungnya Majlis Penyampaian Elaun Sara Hidup Secara Tunai Kepada Nelayan PNK Bachok. SKT2013 mengambil peluang untuk bertemu para nelayan di sana untuk menyampaikan agenda TUKAR. Majlis tersebut dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kewangan, YB Dato Dr. Awang Adek bin Hussin.
SKT2013 menamatkan sesi kembara pada hari kedua di Pekan Jelawat. Saksikan gambar-gambar di sekitar hari kedua kembara SKT2013.
NIK AZIZ MENGAKU DIRINYA HAIWAN? #BR1M
Perdana Menteri berkata, apa yang dilakukan oleh kerajaan selama ini bukan sekadar tanda keprihatinan untuk menolong rakyat tetapi apa yang lebih besar daripada itu ialah bagi memenuhi amanah dan tanggungjawab sebagaimana yang dituntut oleh Islam.
''Kalau tak buat apa-apa janganlah hina rakyat. Ini nak kata orang yang dapat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) macam ayam makan dedak," ujarnya.
Katanya, tidak menjadi persoalan sekiranya parti pembangkang itu untuk tidak membantu dan membela rakyat tetapi janganlah kalangan yang mahu menerima dan mengharapkan bantuan yang besar ertinya bagi mereka itu dihina sedemikian rupa.
Najib menyatakan demikian ketika berucap merasmikan program Janji Ditepati peringkat negeri Terengganu di Dataran Shahbandar di sini hari ini.
Lebih 20,000 orang menghadiri majlis itu. Yang turut hadir isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said serta Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini menyamakan pemberian pelbagai bentuk bantuan kewangan oleh kerajaan kepada rakyat termasuk BR1M sebagai memberi hampas kelapa, padi dan jerami kepada haiwan ayam dan lembu.
Najib menarik perhatian bahawa segala bentuk kemudahan dan bantuan yang direncanakan melalui 230 produk 1Malaysia yang telah dilaksanakan sebagai satu terjemahan bagi memenuhi hasrat dan naluri rakyat.
''Dalam al-Quran menyebut: 'Tahukah kamu orang yang berdusta kepada kamu? Orang yang herdik anak yatim dan orang yang tak bagi makan kepada orang miskin'. Ini firman Allah.
''Maknanya kalau tak tolong orang miskin dosa besar. Nabi sendiri bersabda, kalau bantu orang miskin seperti kita perjuangkan fisabilillah, maknanya tolong orang miskin itu termasuklah seperti BR1M," ujarnya. - Utusan








.jpg)






















.jpg)





