Tuesday, March 4, 2014

[KEMASKINI] KENAPA CINA DIBERI KEISTIMEWAAN PENUH SERTAI @PDRMsia? TAHNIAH @Zahid_Hamidi!! @KBAB51


BAGUS! TAHNIAH MENTERI KDN!

Tak sangka Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi begitu mengambil berat dengan kaum cina tanpa fikir apakah yang akan jadi dimasa akan datang serta tak fikir apa yang dirasai anggota lain. Apa agaknya yang dirasai oleh individu (kaum lain) yang pernah gagal dalam sesi pengambilan, tetapi tidak dapat kelebihan sebegini rupa walaupun sudah mengemukakan rayuan.

Eksesais Pengambilan Khas Jawatan Konstabel (L/W) dalam Polis Diraja Malaysia bagi menggalakkan kaum cina menyertai PDRM?




Pada pandangan saya.......

Ini mungkin dapat memantapkan sistem keselamatan dalam negara kita. Namun begitu, saya sama sekali tidak setuju kerana ianya seolah-olah membazir dan dilihat seolah-olah menindas kaum lain, terutamanya MELAYU.

Saya ada war-warkan hal ini di laman Facebook saya bagi melihat pandangan kawan-kawan, ternyata ramai juga yang tidak setuju dengan pengambilan khas ini. Sila baca komen-komen mereka:

Ternyata ramai juga yang tidak setuju.
Saya sama sekali TIDAK SETUJU dengan syarat kemasukan yang ditetapkan, kerana begitu banyak kelonggaran yang diberi. Saya tahu anggota PDRM sendiri juga pasti ramai yang tidak bersetuju. Baca penerangan saya dibawah:

Iklan Jawatan Yang Ditawarkan

KELEBIHAN YANG DITAWARKAN:
  1. Diberi kelonggaran untuk syarat kemasukan.
  2. Punyai sistem gaji khas dan Gred yang lebih tinggi.
  3. Ada desas desu yang kata tarikh untuk 'tetap jawatan' juga dipendekkan.
  4. tempoh latihan akan dikurangkan daripada 9 bulan kepada 6 bulan (Pengambilan Sarjan/Inspektor) dan 6 bulan kepada 3 bulan (Konstabel).
Senang banyak mereka ini. Kenapa tak tukar juga kandungan atas sumpah tu sahaja?

Pada pandangan saya, jika  mahu buat pengambilan khas, ianya patut dibuka kepada semua kaum (bagi yang pernah ditolak permohonan) adalah jauh lebih baik daripada pengambilan sebegini. Sekurang-kurangnya, ianya dapat mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia.

Rasanya sepanjang 6 bulan tempoh latihan, ianya cukup padat dengan sesi pembelajaran asas kepolisan dan undang-undang, sampaikan ada silabus yang tidak sempat disebabkan tidak cukup masa. Itu pun masih nak pendekkan tempoh latihan? Bukan senang untuk transformasikan seseorang daripada 'orang awam' kepada seorang polis. Lagikan pula jika tempoh 'brainwash' disingkatkan. Sia-sia sahaja, Hanya kuantiti sahajalah yang akan bertambah, kualiti tidak sama sekali


Mudah bukan? Sedangkan masih ramai lagi anak Melayu kita nak masuk Polis ini. Kalau ada buka iklan 'PENGAMBILAN KHAS KONSTABEL (L/W) PDRM (DIBUKA KEPADA KAUM MELAYU YANG PERNAH DITOLAK PERMOHONAN SAHAJA)' tidakkah ianya lebih baik? Pasti berpusu-pusu yang mohon.

MEMBAZIR

Antara kenderaan Polis yang masih memerlukan tambahan.
Pengambilan ini merupakan satu pembaziran kerana pasti banyak wang kerajaan akan diperuntukkan bagi menampung pembelanjaan pelatih-pelatih sepanjang sesi latihan mereka nanti. Tambahan pula dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang. Sedangkan wang itu boleh digunakan untuk menambahbaik prasarana di balai-balai/pusat latihan polis (PULAPOL) ataupun tambah kuantiti 'Patrol Car' untuk anggota cawangan MPV membuat rondaan pencegahan jenayah. Tidakkah itu lebih baik? 

Indeks jenayah terbaru
Walaupun tempoh latihan sudah pun disingkatkan, tapi ianya tetap menelan belanja yang besar bukan? Sekurang-kurangnya mengambil masa lebih kurang 90 hari (3 bulan) untuk menamupung pembelanjaan makan/minum pelatih. Dengar khabar, setiap pelatih diperuntukkan higga mencecah RM30 sehari (makan SAHAJA). Jika 100 orang yang ditanggung? Itu baru bacaan minimum.

TAWARAN GAJI LEBIH TINGGI & KELONGGARAN SYARAT PENGAMBILAN BERPOTENSI LAHIRKAN ANGGOTA PDRM YANG TIDAK BERINTEGRITI.


Pasukan khas untuk kaji aspek gaji juga akan ditubuhkan. Persoalannya, Kenapa tak buat penambahbaikan sahaja bagi Unit Gaji Bukit Aman yang mengawal gaji/elaun bagi berpuluh-ribu anggota polis itu sahaja? 


Jadual gaji asal bagi Konstabel (Terbaru)
Jadual gaji baru bagi Konstabel (Cina)

Sudahlah syarat kemasukan dilonggarkan, tempoh latihan dikurang, gaji pun naikan juga? Sedangkan skop tugasan dan gred gaji sama. Banyak cantikkk.... Untuk pengetahuan anda, ini adalah punca mereka tak mampu berikan komitmen sepenuhnya semasa bekerja nanti dan berpotensi calarkan imej PDRM. Cukuplah imej PDRM dicalarkan dengan fitnah pembangkang.

KELEBIHAN YANG ANAKANDA SULTAN PUN TAK DAPAT RASAI.


Untuk pengetahuan anda, semasa Anakanda Sultan Johor (Tengku Abdul Jalil) sedang menjalani latihan sebagai Pelatih Inspektor di PULAPOL KL [Klik SINI] dulu pun tak dapat keistimewaan sebegini rupa. Dia pun turut menjalani latihan mengikut masa yang ditetapkan. Dia juga menerima gaji bulanan mengikut gred ditetapkan tanpa ada penambahan elaun 'tarik perhatian' pun. 

Tengku Abdul Jalil (Anakanda Sultan Johor) semasa jalani latihan sebagai pelatih Inspektor di PULAPOL, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

CARA PENGAMBILAN YANG TIDAK TELITI.


Kenapa tak buat pengambilan melalui laman SPA sahaja eperti pengambilan sebelum ini? Bukankah ianya lebih teliti dan punyai tapisan serta penilaian yang terperinci? Lebih baik kekalkan sahaja sistem asal, tak payah tukar. 


Ramai pelatih Konstabel L/W dalam PULAPOL itu berjaya dalam sesi temududga SPA dan diterima bekerja. Sekarang ini, mereka semua sedang menjalani latihan asas kepolisan di PULAPOL (tanpa kurangkan tempoh). Difahamkan, pengambilan baru-baru ini adalah merupakan pengambilan paling ramai sepanjang PDRM ditubuhkan. Tahniah!

SOALAN KEPADA ZAHID HAMIDI:
  1. Masih ramai lagi rasanya anak melayu yang menganggur dan perlukan kerja. Kenapa tak buat kelonggaran seperti diatas untuk kaum MELAYU SAHAJA? Itu lebih baik. 
  2. Kenapa nak naikkan gred gaji mereka? Kenapa tak selaraskan sahaja? Ianya sudah cukup memadai dengan kelonggaran yang diberi. Tak gitu? Sedangkan anggota lain mengambil masa latihan lebih lama dari mereka & melepasi syarat lantikan yang ditetapkan. Tapi dibayar gaji lebih rendah? 
  3. Kenapa tidak selaraskan sahaja sistem gaji seperti yang sedia ada? Tidakkah ianya lebih memudahkan?
  4. Kenapa tak bantu bumiputera yang susah je?

P/S: 1 Lagi Produk Ahmad Zahid Hamidi sebagai menteri Kementerian Dalam Negeri, Nak Buat Jasa Tapi Tak Pandai!!!!!!!!!!!!!!!!!

Monday, March 3, 2014

CHAUVANIST DAP 'CHECKMATE' BILA DS ROSMAH MAAFKAN HEW KUAN YEW!!

Semalam kecoh apabila Hew Kuan Yew (Superman DAP) mendoakan isteri Perdana Menteri mati. Dia juga turut menjatuhkan maruah wanita yang berfizikal gemuk. 


Saya RESPECT Datin Seri Rosmah kerana tenang dan istiqamah hadapi segalanya. Pada mulanya dia difitnah oleh 'portal terbaik' MALAYSIAKINI, Disambung pula dengan hinaan oleh Hew Kuan Yew. Walaupun penghinaan yang sangat CELAKA oleh Cina Chauvanist DAP tersebut, siapa sangka DS Rosmah memaafkan dia. Semoga Allah merahmatinya.

"Assalamualaikum wrb wth. dan Selamat Sejahtera. Saya mendengar dan mengetahui bahawa Sdra Hew Kuan Yew ada mendoakan agar saya diserang sakit jantung dan segera menemui ajal. Saya memaafkan tindakan beliau dan percaya ia dilakukan dibawah sedar. Bagi saya, saya akan sentiasa mendoakan Sdra Hew Kuan Yew sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan kerahmatan hidup agar beliau dapat terus menikmati kesejahteraan hidup aman dan damai di bumi bertuah Malaysia."
Salam - Rosmah Mansor

P/S: Pihak yang bertanggungjawab tak mahu minta maaf ke? 

ANUGERAH MALAYSIAKINI: "SUDAH TIBA MASANYA @zahid_hamidi TINGGALKAN KABINET...." - NGO


Presiden Persatuan Veteran Tentera Malaysia Mohd Ali Baharom mahu Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mengundurkan diri dari kabinet.

Beliau turut mengatakan Zahid tidak menjaga maruah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan menyampaikan penghargaan kepada Malaysiakini.

"Saya terkejut juga dengan pemberian anugerah menteri KDN (Kementerian Dalam Negeri) Zahid Hamidi kepada Malaysiakini.


“Itu kami sedih dan rasa marah kepada menteri KDN yang tidak peka, tidak celik dan tidak bijak yang boleh dipanggil bodoh," kata beliau dalam sidang media di Hotel Midah hari ini.

Ali berkata tidak patut seorang menteri kabinet seperti Zahid memberi penghargaan kepada Malaysiakini tidak sampai sehari selepas mengeluarkan berita berhubung kesibukan Rosmah yang tiada masa untuk hobi, anaranya bermain badminton.

Ali (atas, berbaju kuning) hari ini ditemani gabungan 14 NGO lain di bawah payung Sekratariat Gabungan Sahabat 1Malaysia (SAHABAT).

Malaysiakini mendapat hadiah Kecemerlangan Media Sosial untuk kategori media atas talian dalam Anugerah Media Sosial dan Penulis Blog Sedunia 2014 27 Februari lalu.

Bagaimanapun anugerah bukanlah dari Zahid yang hanya hadir sebagai tetamu kehormat dan menyampaikan hadiah.

Anugerah kepada Malaysiakini itu hasil undian awam (80 peratus) dan selebihnya penilaian juri.

Ali yang lebih dikenali sebagai “Ali Tinju” juga mendakwa Zahid telah menunjukkan prestasi buruk sepanjang menerajui KDN sejak tahun lalu.

Kerja separuh jalan

Ali mendakwa Zahid hanya melakukan kerja setengah jalan termasuk dalam isu membabitkan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan isu kalimah Allah, kerana tiada pendakwaan dibuat ke atas Mohamad dan paderi Lawrence Andrews.


"Saya ulang sekali lagi mohon jasa baik PM Datuk Seri Najib Razak supaya pecat Zahid Hamidi.

"Beliau buat pelbagai masalah, buat kerja setengah jalan dan tak habiskan kerja beliau. Conotohnya isu Mat Sabu, Dia 'gempak' dalam dewan (perhimpunan agung) Umno tetapi tiada tindakan (susulan)

Ali turut mempertikaikan kenyataan Zahid dalam isu video kontroversi anggota Parlimen DAP Teresa Kok yang disifatkan Ali sebagai 'membahayakan' negara.

"(Dalam) isu Teresa Kok, dia katakan tampar orang tak salah. Ini yang bahaya ini. Harap PM bijak untuk buat penukaran," kata beliau.

Sementara itu seorang pemimpin NGO AKS Ramesh Rao pula mendakwa Malaysiakini didanai oleh badan yang menyokong revolusi 'Arab Spring' di Timur Tengah dan sebahagian dari agenda zionis.

Beliau turut mempertikai pemberian hadiah Kecemerlangan Media Sosial untuk kategori media atas talian dalam Anugerah Media Sosial dan Penulis Blog Sedunia 2014 27 Februari lalu.

"Penerima dana zionis tidak layak jadi media portal terbaik. Banyak lagi portal baik di Malaysia ini," kata beliau.

- SUMBER

PERLUKAH DOAKAN KEMATIAN ROSMAH MANSOR DEMI PUBLISITI?



Berkait entri saya terdahulu [Klik SINI], Iaitu mengenai fitnah MalaysiaKini -   'video ucapan isteri Perdana Menteri berdurasi 00:40 sec'. Sepert yang dijangka, disebalik kehangatan sesebuah isu, pasti ada wajah komunis DAP yang mahu mencari publisti murahan yang sangat KETERLALUAN, BIADAP, KURANG AJAR, HARAM JADAH, DAN BANGSAT!!

Siapakah Pemilik Akaun Facebook Ini? 


Hew Kuan Yew atau lebih dikenali sebagai SUPERMAN DAP telah membuat satu posting dengan gambar isteri Perdana Menteri dan bertulisan Cina yang bermaksud:
"Orang gemuk tidak seharusnya bermain badminton kerana terlalu banyak pergerakan dan ini akan mendorong kepada kematian awal. Dia tidak sepatutnya bermain badminton (kerana dia seorang yang gemuk)."
Hew Kuan Yew kemudiannya berharap, Rosmah banyak bermain badminton dan "bermain puas-puas agar dia boleh pergi ke syurga (mati) dengan secepatnya."

Orang ini sangat terkenal di kalangan khalayak DAP kerana bahasa yang digunakannya sangat kesat dan biadap apabila memperkatakan tentang KERAJAAN, MELAYU dan ISLAM. Dalam ceramah-ceramahnya, tiga topik itu sahaja yang akan menjadi keutamaannya. Dia sentiasa memberikan bayangan kepada khayalak DAP yang keseluruhannya berbangsa Cina, dalam bahasa Cina totok bahawa KERAJAAN MELAYU DAN ISLAM merupakan kerajaan yang lemah, menindas dan penuh dengan korupsi, JUSTERU ORANG CINA DAP harus menggulingkan kerajaan Melayu-Islam di Malaysia dengan apa cara sekalipun.




Dalam ceramahnya dalam sebuah kursus anjuran DAP di Sibu semalam, Hew Kuan Yew memberikan bayangan bahawa PRN Sarawak yang dijangka akan diadakan pada tahun 2015, perlu dipergunakan dengan sebaik-baiknya untuk DAP merampas Sarawak dari tangan Kerajaan Bumiputera. Menang di Sarawak, bermakna DAP akan menang di seluruh Malaysia.

Dan seperti biasa, dalam ceramahnya, banyak provokasi yang dilakukan dengan label-label kasar dan biadap diberikan terhadap Melayu, Bumiputera, Islam dan Kerajaan yang nampaknya disambut cukup hangat oleh para hadirin.

Mungkin bagi kebanyakan orang, Hew Kuan Yew seorang yang low-class namun dengan pergerakannya dari semasa ke semasa untuk menghasut, semakin ramai yang tertarik dan menyokongnya.
Dalam kenyataan yang disiarkan oleh Malaysiakini, portal yang dikatakan sangat berpengaruh dan 'terbaik' menurut timbangan Menteri Dalam Negeri, "RAKYAT TELAH MERAMPAS SEGALA-GALANYA DARI SAYA' adalah salah dan mempunyai niat jahat.

Rosmah sebaliknya berkata, dia telah menggunakan hampir kebanyakan masanya untuk beraktiviti dengan Rakyat sehinggakan dia tidak mempunyai masa untuk menjalankan hobinya termasuklah bermain badminton.

Malaysiakini memang hebat kerana pandai menggunakan dan bermain-main dengan istilah serta ayat dalam Bahasa Melayu. - The Flying Kicks

Apa yang menyedihkan ialah, begitu ramai Melayu Pakatan turut menyokong tindakan Komunis DAP ini. Begitu senang kaum kita dipijak kan? Beginilah jadinya jika 'ketaksuban mengatasi cara'.

Patutkah serangan seperti ini diterima Rosmah? Apa salah dia? Apa sebabnya sampai kamu mahukan isteri Perdana Menteri kamu sendiri MATI?

Selang berberapa ketika, saya mendapat kiriman 'Whatsapps' dari sahabat saya yang mengandungi link entri yang menunjukkan bahawa kaum cina sendiri pun sudah takut perisiwa berdarah 13 Mei 1969 berulang rentetan 'Jokes' pemimpin DAP yang secara terang mahu timbulkan kemarahan Melayu. Baca dibawah:


If The Malays Were To Run Amok One of These Days, Make Sure They Know The Right Target



Earlier today, Some people like MCA member Justin Foo and DAP lackey Justice Fairness disagreed that I should have made the post to condemn Hew Kuan Yew. They also think that I also should not have posted to condemn Tony Pua for making fun of the Islam Fatwa.
They believe that me as a Chinese, should not be condemning these posts by DAP Tony Pua and Hew Kuan Yew as I will be highlighting what these two did and will further fuel racial disharmony and conflicts.
In your opinion, what do you think is the best approach?
Approach A:
Me as a Chinese should not have made those post and keep quiet and pretend that Tony Pua and Hew Kuan Yew did not make those posts and hope that the Malays will not understand or find out about what Tony Pua and Hew Kuan Yew said?

The drawback for this approach is that it would backfire if the Malays eventually found out or got angry about what these DAP people did and sees that no Chinese has come out to condemn DAP and create the (false) impression that all Chinese agree with or sees nothing wrong with what DAP did.


Approach B:
That I make those posts to condemn Tony Pua and Hew Kuan Yew and highlight that not all Chinese agree with what Tony Pua and Hew did and that these are the actions of two DAP politicians that happens to be Chinese therefore focusing the anger and blame on the individuals concerned and not the Chinese on a whole.
The drawback for this approach is that I would highlight issues that Malay would not be aware of or may not find out.
What do you think? Interested to hear your views, especially from fellow Chinese. - saviourpuritans.

P/S: Superman DAP perlu minta maaf secara terbuka bagi menjernihkan keadaan. Jangan ingat kami diam, kami tengah main masak-masak.  Sebelum semuanya 'masak', Selesaikan segera.

Friday, February 28, 2014

#ApaKabarBro !! SIMBOLIK KESIAPSAGAAN JENTERA PEMUDA UMNO DI #PRKKajang!! #Kajang #KajangMove


Semua dijemput bagi memeriahkan PROGRAM APA KABAR BRO ‪#‎ApaKabarBro dibawah seliaan Biro Hal Ehwal Luar Bandar Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (HELB PPUM). Ianya akan dirasmikan oleh Pengerusi ‪HELB sendiri, YB Anuar bin Abd Manap.

TEMPAT: PDM Batu 10, Cheras
MASA: 10pagi-4petang


Program ini adalah bagi merapatkan 'engagement' dengan masyarakat setempat, disamping menjadi simbolik kesiapsagaan jentera Pemuda UMNO di PRK Kajang ini.

JANGAN LUPA!! 

KENYATAAN ROSMAH DIPUTARBELIT KERANA NAK TUTUP PEKUNG 'HOUSEWIFE' PEMIMPIN PAKATAN!!


Berdasarkan artikel yang disiarkan di HARAMKAHDAILY hari ini, nampaknya isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor diserang lagi oleh media pembangkang. Semua mereka nak pertikai, semua mereka kata salah, tapi bila minta bukti tak pernahnya ada pun. 

Sebelum ini mereka kata:"Rosmah,as a 'housewife', it is not your job to deliver water". Sejak bila ada sekatan untuk seorang 'HOUSEWIFE' untuk turun bagi bantuan? Tidak cukup dengan itu, hari ini pula mereka cakap:
Rosmah Mansor mengeluh tentang masanya yang kini telah diambil oleh rakyat sehingga tidak mempunyai kesempatan lagi untuk melayan hobinya sendiri, terutama bermain badminton yang menjadi kegemarannya sebelum ini. - [HARAKAHDAILY, 28 FEB 2014]
Ini pula videonya:


"Semua telah diambil (rakyat) dari saya termasuk masa saya, hobi saya.""Saya sampai tiada masa untuk bermain badminton sekarang. Saya hanya luangkan masa untuk rakyat," -MALAYSIAKINI.

Hakikatnya, tiada langsung keluhan daripda DS Rosmah bukan? DS Rosmah bersama rakyat kerana SUARA DIA ADALAH SUARA PM. Sepatutnya kita gunakan kelebihan ini sebagai alternatif.

Bukannya pertikai, hina dan fitnah! Terbukti pembangkang sudah kering idea untuk cari salah kerajaan, sampaikan orang buat kerja pun nak fitnah.

Bagaimana pula dengan 'HOUSEWIFE' pemimpin pembangkang? 

Ada segelintir daripada pemimpin pakatan yang punyai isteri sampai  2,3 orang... Mereka semua ada hobi dan minat tersendiri.. BETUL? Tapi sebab nak jaga IMEJ SUAMI punya pasal, sanggup tak keluar mana-mana dan TERPAKSA LAYAN JER kerenah Si Suami tu. Patutlah ada dari housewife pemimpin pembangkang yang jadi HAMBA SEKS! Itu tak salah pulak? 

Saya tak pernah dengar lagi isteri pemipin pakatan (housewife) yang boleh sampai dan dengar luahan hati rakyat. Tahu kenapa?

Sebab 24/7 HOURS duduk rumah. Tak bercampur dengan masyarakat, Silap-silap jiran dah meninggal 2 hari tak tahu. Patutlah ada isu ISTERI MP PEMBANGKANG TUNTUT FASAKH. Demi Rakyat, Demi Rakyat juga. Demi Isteri pun kena juga. 

P/S: LAGI BAIK JADI MACAM ROSMAH, TOLONG BUAT KERJA UNTUK BACKUP HASRAT SI SUAMI. DAPAT PAHALA. Yoursay: "WIFE IS THE BEST P.A"

DULU DIKENALI SEBAGAI "DAIM YANG DIAM",SEKARANG BERSUARA LANTANG KRITIK PM?


Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak, membidas bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin kerana tidak adil dalam memberi kritikan terhadap dasar-dasar Datuk Seri Najib Tun Razak.

Datuk Dr Salleh Said merujuk kepada temubual Daim Zainuddin mengenai dua isu, inflasi dan perpaduan dalam hendaklah ditukar kepada KiniBiz.

Menurut Dr Salleh, pada tahun 1981 bila Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil alih kepimpinan negara, kadar inflasi lebih daripada 10%. Pada 1984, bila Daim menjadi Menteri Kewangan, kadar inflasi 4%. Ia kemudian menurun pada tahun 1985 sewaktu berlaku kegawatan ekonomi (recession) di mana keadaan ekonomi, pasaran saham, harga hartanah dan lain-lain juga merudum. Hakikatnya berlaku keadaan deflasi yang mengakibatkan ramai yang muflis.

Justeru itu menurut Dr Salleh, inflasi kosong atau keadaan deflasi pada hakikatnya bukannya satu keadaan ekonomi yang baik kepada pengguna dan rakyat terutama kepada pelabur-pelabur.

Pada 1991, bila Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan, kadar inflasi meningkat pada kadar 5%. Tahun 1998, setelah Anwar dipecat, Daim dilantik semula Menteri Kewangan, kadar inflasi meningkat pada kadar 6%.

Semasa Najib Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri kadar inflasi menghampiri 9%. Pada hari ini kadarnya adalah 3%.

Rakyat atau pengundi merungut merungut mengenai kenaikan harga, sesuatu yang menjadi asas kritikan Daim terhadap pentadbiran Najib. Sudah tentu, ada cara menangani isu kenaikan harga tersebut. Salah satu ialah melalui kawalan harga dan kedua ialah melalui pemberian subsidi.



Bagaimanapun menurut bekas Ketua menteri Sabah itu, sekiranya kerajaan memilih cara kawalan harga, kerajaan juga terpaksa membayar kosnya. Daripada mana kerajaan mendapat wang itu? Ia diperolehi daripada cukai-cukai yang juga dipungut daripada rakyat. Rakyat sebagai pengguna juga membayar kos daripada kawalan harga tersebut secara tidak langsung

Dr Salleh mengambil contoh kenaikan harga tol. Kerajaan membayar ratusan juta setiap tahun kepada pemilik konsesi sebagai pampasan untuk tidak menaikkan harga tol. Walhal rakyat Malaysia yang lain di Sabah dan Sarawak, yang tidak menggunakan lebih raya bertol, memberi sumbangan wang yang besar untuk faedah pengguna jalan raya di Lembah Kelang.

Sudah tentu cara seperti ini akan menggembirakan rakyat dan pengguna jalan raya dalam bandar-bandar besar, tetapi persoalannya adakah ini sesuatu yang adil kepada pengguna jalan raya yang tinggal di kawasan yang tidak mempunyai jalan raya yang sempurna, jauh sekali menikmati lebuh raya yang besar?

Seperkara lagi yang disebut Daim ialah kerisauan rakyat tentang politik kaum dan agama. Daim sendiri mengakui parti-parti politik sebagai punca. Memang benar kedua-dua Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) wajar dipersalahkan kerana meniupkan sentimen kaum dan agama, tetapi soalnya, kenapa Daim meletakkan bulat-bulat kesalahan itu pada Najib!

Apa yang berlaku hari ini pernah terjadi pada 1987 sewaktu Mahathir menjadi Perdana Menteri. Kerajaan pada ketika itu mengambil tindakan tegas dengan menangkap pemimpin-pemimpin yang menghasut melalui Operasi Lalang dibawah ISA.

Apakah ISA masih relevan? tanya Salleh. Di satu pihak rakyat meronta-ronta mahukan liberalisma, demokrasi, kebebasan untuk bersuara, kebebasan untuk berhimpun dan sebagainya. Manakala di satu pihak lagi, mereka menuduh Najib lembik dan tidak tegas.

Tidak dinafikan, secara sepintas lalu kelihatan keadaan yang berlaku hari ini seperti tidak terkawal kerana ada pihak-pihak yang mengambil kesempatan terhadap kebebasan dan sikap liberal kerajaan. Mahahtir pernah berkata Malaysia tidak boleh dibenarkan terlalu mengamalkan demokrasi terbuka kerana rakyat akan salah guna kebebasan jika kebebasan itu diberikan kepada mereka.

Ibarat sepasang selipa Jepun kalau cabuk tu memang dimamah zaman, tapi orang zaman ini pakai kasut crock itupun boleh dikelaskan dah tertinggal bas. Kritik sebab "benda" dengan kritik sebab "sayangkan" itu perkara biasa kepada orang yang berkepentingan.

Kadir dan Tun Daim ini ada game plan nya..Sepasang selipa jepun yang sesuai pada zaman jepun kini berpasangan. Memang sesuai... Apa yang mereka mahu lagi?!Kalau nak dikirimkan ke alam barzakh tunggu la tak lama lagi pon.. - Daeng Selili

Thursday, February 27, 2014

THE GODFATHER OF CORPORATE MALAYSIA: ANWAR OR DAIM ZAINUDDIN?



Daim Zainuddin - Nama yang tidak asing lagi bagi majoriti di Malaysia. Bila sebut sahaja nama Tun Daim, pasti orang sekeliling anda akan ceritakan tentang harta puluhan billion ringgit, gelaran 'Daim yang Diam' dan 'Kisah Orang Melayu Terkaya Didunia'....

Tapi, Itu mungkin adalah respon dari kalangan umum. Itu normal, tapi jika respon dari saf pimpinan PAKATAN RAKYAT pula bagaimana? Lagi-lagi jika ianya melibatkan 'Pemimpin Dunia' mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

KEKAYAAN YANG DIMILIKI OLEH TUN DAIM ZAINUDDIN TERUS MENJADI TANDA TANYA RAMAI PIHAK.

Minggu ini, pasti ramai PRESS di Malaysia sangat sibuk bukan? Terutamanya PRESS daripada majalah Malaysian Business terbitan Berita Publishing Sdn Bhd. Ini adalah kerana brtita yang disiarkan akhbar The Star - 'Daim’s exclusion from M’sia’s richest list queried' telah memberikan sedikit pembayang untuk menjadi penyelesaian kepada tanda tanya tersebut.
 
 

Kesian kat Tun Daim.. Sebelum sempat cari 'port' nak 'menyorok' dan 'menyamar' menjadi 'Rakyat Marhaen' seperti 'satira gambar' dibawah, Tup tup.. orang lain pulak main petik-petik nama dia lagi sekali:


"Jika Tiada Angin, Masakan Pokok Tak Bergoyang"

Pada mulanya, Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar kerana mempertikaikan bahawa Tun Daim Zainuddin telah 'MISSING IN ACTION' daripada senarai 'TOP-40 Richest in Malaysia' keluaran majalah Malaysian Business milik syarikat Berita Publishing Sdn Bhd

Untuk cerita yang lebih lanjut, sila [Klik SINI & SINI]

Senarai penuh 'Top 40 Richest Malaysian' keluaran 'Malaysian Business'.


Tup-tup, semalam Setiausaha Agung (SUA) PKR, Saifuddin Nasution pun nak 'interframe' juga. Konon nak jadi 'Master' untuk tunjukkan bahawa 'Boss' dia lagi kaya daripada Tun Daim. Apa yang menariknya disini, kedua-dua mereka masing-masing gunakan 'keyword' yang sama, iaitu 'Kekayaan Tun Daim'.

Infografik kenyataan Saifuddin Nasution:


Amboi... Saifuddin nak main teka-teki ke Jongkang-Jongket? Mentang-mentanglah kedua-dua nama yang Pudin sebut tu mantan Menteri Kewangan, so pakat-pakat nak lawan lah sapa 'HEBAT' lagi?

Screen Shot Kenyataan Saifuddin Nasution

Apa yang HEBAT sangat tu?

Kalau nak bandingkan saiz badan, Anwar HEBAT. Kalau nak bandingkan dari segi 'skills' pula, rasanya Daim & Anwar sama-sama HEBAT.
SUMBER:
Tapi Saifuddin sedar tak yang Anwar telah berjaya mengayakan bapa dan adik beradik beliau semasa beliau menjadi Menteri dulu? Mungkin Saifuddin lupa agaknya atau sengaja buat lupa jadi kekecewaan Saifuddin kerana Anwar tidak mampu untuk menjadikan diri beliau sekaya Tun Daim dan anak anak beliau dalam 10 orang paling kaya di Malaysia adalah satu kesilapan.
Dan Saifuddin juga mengatakan bahawa Anwar tidak dapat menjadikan dirinya sekaya Tun Daim, ini juga bermakna Anwar sememangnya kaya cuma menurut Saifuddin, Anwar tidak sekaya Tun Daim.
Semua orang tahu yang Tun Daim sememangnya kaya raya cuma baru baru ini tidak tersenarai sebagai orang paling kaya di Malaysia dan nama beliau tidak disenaraikan.
Mungkin juga ada sebab yang membuatkan Tun Daim tidak tersenarai sebagai orang paling kaya dan perkara itu tidak dapat dikesan oleh sesiapa.
Tapi kenyataan yang dikeluarkan oleh Saifuddin jelas menunjukkan bahawa Anwar serta keluarga beliau kaya tetapi tidak mampu menempatkan nama sebagai 10 orang terkaya dan begitu juga dengan Anwar yang mana kekayaan beliau tidak dapat menandingi kekayaan Tun Daim.
ULASAN SAYA :

Pada hakikatnya, jika diikutkan logik akal, 'Honestly' apa yang Sam Ketot cuba pertikaikan itu BETUL dan HAK DIA untuk buat begitu sebenarnya. FYI, saya ada buat carian di Google mengenai 'total asset' yang dimiliki oleh Daim. Ini bukan sebab nak tahu sangat berapa banyak harta yang Daim ada pun sebenarnya, cuma TERINGIN LIHAT INDIVIDU YANG TAK PERNAH MASUK CARTA BERADA DI KEDUDUKAN YANG KE BERAPA. Adakah individu yang digelar 'Melayu Terkaya Di Dunia' ini dapat atasi rekod sebagai JEJAKA ULTRA-KAYA yang disandang oleh Robert Kuok (Total Asset: RM54.480.00 Juta).

Maaf tuan blog, pinjam gambar kejap!
Merujuk apa yang saya tuliskan sebelum ini, ADAKAH BENAR BAHAWA TUN DAIM ZAINUDDIN ADALAH MELAYU TERKAYA DIDUNIA?, saya ada pautkan halaman sebuah blog yang telah kongsikan pengalamannya bertemu Tun Daim di ICB Financil Group Holdings Ltd (ICB). Untuk entri penuh, sila klik [SINI]


Saya begitu tertarik dengan dialog dibawah ini, Dimana dia adalah staff di ICB Financial Group Holdings Ltd.
“For your information Sir, he is the owner of this bank, Mr. Daim Zainuddin. We’ve got 59 branches in Indonesia, 23 branches in Africa itself plus nine branches in Eastern Europe” - Officer of ICB Financial Group Holdings Ltd.

Jika Tun Daim sudah berjaya kumpulkan aset sebanyak RM28 billion sejak tahun 2008 lagi, agak-agak berapa pula aset yang dimiliki oleh Anwar Ibrahim? Adakah benar-benar Anwar lebih HEBAT atau sebaliknya?


  • Tun Daim menguasai CB Financial Group Holdings Ltd. (ICB) dengan pegangan sebanyak 151,844,00 unit saham iaitu mewakili 84.4 peratus kepentingan dalam ICB. 
  • Jumlah aset Tun Daim dianggarkan bernilai RM26 billion pada tahun 2008
Tak sangka, Jumlah harta (2008) yang dimiliki oleh Tun Daim Zainuddin @ Che Abdul Daim bin Haji Zainuddin ini sudah beratus kali ganda memintas jumlah harta milik Robert Kuok pada 2013.

SAMBUNGAN DI ENTRI SETERUSNYA

MoU: KEBODOHAN KHALID MAKAN DIRI SENDIRI, AKHIRNYA MENGALAH JUGAK.


Dibawah adalah sedikit sebanyak mengenai apa yang termeterai dalam Memorendum Persetujuan (MoU) diantara Kerajaan Selangor dengan Kerajaan Persekutuan petang tadi. Alhamdulillah, ini secara tak langsung berjaya membuktikan bahawa 'Kerajaan Tak Kejam'. 

Renung-renungkan ya! Baca dibawah untuk maklumat lanjut:
 
Kerajaan negeri Selangor akan melaksanakan tiga tanggungjawab utama bagi memastikan bekalan air bersih mencukupi sementara menunggu Loji Rawatan Air Langat 2 siap dibina termasuk menjalankan program mitigasi dengan peruntukan RM900 juta daripada Kerajaan Persekutuan.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata selain program itu, kerajaan negeri akan memulakan projek 'Hybrid Off River Augmentation System' (Horas) di Sungai Selangor yang mampu membekalkan air bersih antara 600 hingga 700 juta liter sehari (MLD) atau tiga bilion liter pada 2050.
"Majlis pecah tanah projek ini akan diadakan dalam tempoh dua minggu daripada sekarang. Selain itu, kerajaan negeri juga akan menurunkan peratusan air tidak berhasil (NRW) dari 33 peratus kepada tahap yang lebih rendah dalam tempoh enam bulan," katanya dalam satu kenyataan di sini Rabu.
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor pada Rabu menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk penstrukturan semula industri air di negeri itu yang telah berlanjutan sejak 2008.
Melalui MoU itu, kerajaan negeri akan mengeluarkan kebenaran untuk merancang pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihannya (LRAL2) berkuat kuasa hari ini dan memastikan semua kelulusan dan kebenaran berkaitan pembangunan projek LRAL2 diluluskan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh MoU ditandatangani.
Sebagai tambahan, Kerajaan Persekutuan bersedia menyuntik dana tambahan untuk membantu kerajaan negeri mengambil alih syarikat-syarikat konsesi air dan seterusnya membenarkannya menguruskan perkhidmatan bekalan air di Selangor melalui sebuah syarikat milik kerajaan negeri.
MoU itu juga membenarkan kerajaan negeri untuk mengemukakan tawaran kepada syarikat-syarikat konsesi air iaitu Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) dan Konsortium ABASS Sdn Bhd (ABAAS).
Abdul Khalid berkata pengambilalihan empat syarikat konsesi berkenaan dijangka selesai sepenuhnya dalam tempoh tiga bulan dan keempat-empat syarikat itu akan diletakkan di bawah satu syarikat konsortium air di bawah Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB) iaitu syarikat milik penuh kerajaan negeri.
"Pengambilalihan ini akan melibatkan pengambilalihan pegangan ekuiti serta tangggungjawab dan tidak melibatkan pemberhentian kakitangan bukan pengurusan.
"KDEB akan membayar RM9.65 bilion kepada pemegang saham empat syarikat konsesi terbabit manakala Kerajaan Persekutuan menyuntik RM2 bilion untuk membantu kerajaan negeri dalam urusan pengambialihan saham," katanya.
Abdul Khalid dalam pada itu mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili atas kerjasama bagi memuktamadkan penstrukturan semula industri air di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Beliau berkata MoU itu tepat pada masanya ketika rakyat bergelut dengan krisis bekalan air.
"Ini jelas membuktikan industri air perlu distruktur semula supaya perkhidmatannya lebih cekap dan mampan dengan kadar tarif air yang munasabah," katanya. - BERNAMA

Komen: Perkara seperti ini tidak akan menjadi rumit jika sejak awal lagi MB Selangor bersetuju dengan pembinaan Loji Rawatan Air Langat II. Diwaktu terkepit seperti sekarang, baru nak setuju. Apa-apa pun, Alhamdulillah kerana industri air di Selangor berjaya diselesaikan, dan tidak ada lagi catu-mncatu dan 'syabas-mensyabas'. GOOD JOB!

Last kopek! 


Harap infografik ringkas ini dapat membantu anda semua buka mata. Hehehe...

#PRKKajang: CHEW MEI FUN MERUPAKAN 'KILLER' YANG DIGERUNI ANWAR?


“Kalau kerbau kita pegang talinya, kalau manusia kita pegang janjinya”. Itu insiden yang terjadi pada 8 April 2010 setelah dengan tidak berdolak-dalik lagi, Datin Paduka Chew Mei Fun meletakkan semua jawatan dalam parti dan kerajaan.

Waktu itu bukan ‘kecil anak’ jawatan yang disandangnya. Jawatan Ketua Wanita MCA, Pengerusi Wanita MCA Selangor dan Pengerusi Skuad Bantuan Bencana (CRSM) dilepaskan. Bukan itu sahaja tetapi berserta sekali jawatan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta senator.

Semua ini atas sebab prinsip. Iaitu enggan bekerjasama dengan Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek yang terpilih sebagai Presiden MCA pada 28 Mac tahun yang sama, meskipun terbukti telah terlibat dalam satu skandal.

Meskipun Soi Lek sebelum itu menawarkan Mei Fun untuk menduduki Majlis Presiden, dia tetap berpegang pada prinsipnya. Tindakan Mei Fun itu wajar dipelajari kerana di situlah letaknya natijah demokrasi yang sebenarnya.


Dan tiga tahun selepas tidak mempunyai sebarang jawatan, mungkin kerana ditakdirkan atas integriti yang ada pada beliau, Mei Fun kembali bangkit dalam MCA setelah terpilih sebagai Naib Presiden pada penghujung tahun lalu.

Baru-baru ini, beliau dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) yang akan mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pilihan Raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang 23 Mac ini.

Kalau diamati dari segi integriti, prinsip ini barangkali tidak ada pada diri Anwar. Kita tentu tidak akan sesekali lupa bagaimana Anwar sekitar 2011 dengan selamba berbohong bukan saja kepada rakyat di negara ini, malah kepada seluruh penduduk dunia apabila mendakwa akan berlakunya peralihan kuasa kerana lebih 30 ahli parlimen BN akan melompat menyokong pakatan pembangkang.

Kredibiliti dan maruah Penasihat PKR itu sebenarnya sudah tercalar sebaik sahaja beliau mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen. Sedangkan sebelum itu, bukan main lagi tidak mahu mengiktiraf keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Kononnya ada blackout, penipuan undi termasuklah isu 40,000 warga asing yang didakwa digunakan untuk mengundi.

Pembohongan dalam dakwaan isu 40,000 warga asing yang dibawa masuk menjelang pengundian itu begitu serius. Tetapi seperti mana sebelum ini, dakwaan terbaharu itu dinafikan Anwar walaupun dakwaan sama disiarkan dalam portal berita antarabangsa, antaranya Straits Times Singapore, Wall Street Journal, China Post, The Economist dan Korean Press.



Terlalu banyak pembohongan demi pembohongan yang dilakukan olehnya dalam usaha untuk mempengaruhi rakyat membenci UMNO dan kerajaan. Anwar berbohong dan melempar tuduhan liar untuk membangkitkan rasa amarah, sekali gus menghasut rakyat bertindak mengadakan demonstrasi jalanan untuk menjatuhkan kerajaan.

Dan barangkali sudah tiba masanya bagi Malaysia mengamalkan ‘politik ilmu bukannya politik ampu, politik hikmah bukan politik fitnah dan politik bakti bukan politik undi’.

Hakikatnya, integriti adalah fenomena abstrak dan subjektif yang lazimnya digandingkan dengan persepsi manusia terhadap kredibiliti, ketulusan, keikhlasan, kejujuran, etika, prinsip moral, hati budi, perilaku dan tahap dedikasi serta komitmen manusia lain. Ini terutamanya bagi mereka yang berjawatan seperti para menteri serta ahli Parlimen.

Watak yang dimainkan oleh ahli politik, apatah lagi bakal-bakal calon pilihan raya kecil DUN Kajang nanti termasuklah butir bicaranya juga dinilai dari sudut keintegritiannya. Sekiranya yang diomong dan diceramahkan itu tidak dilaksanakan, pada waktu itulah integritinya terhilang. Apatah lagi jika bicaranya itu sering kali mencela dan mencaci, pada waktu itu jugalah, integritinya semakin pudar dan lenyap. Inilah yang disebut oleh Syed Hussein al-Atas dalam Intelektual Masyarakat Membangun sebagai ‘bebalisme’ yang mana cirinya yang menonjol adalah kehilangan pekerti.

Di sebalik wajah integriti yang bertaut pada Mei Fun, apakah akan ada kejutan pada 23 Mac ini di Kajang? Adakah kira-kira 42 peratus pengundi Cina di Kajang akan memberi peluang kepada Mei Fun atau setidak-tidaknya untuk ruang kepada MCA sendiri tampil dengan tekad baharu memberi sumbangan kepada kaum Cina.

Jika diambil kira rekod MCA dengan parti saingannya, DAP dalam sejarah pilihan raya memang tidak kurang hebatnya. MCA juga boleh belajar daripada sejarah politik parti itu sendiri dalam 11 pertembungan dengan DAP bagi merebut kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum yang diadakan sejak 1969.

Pada 1969, MCA seri dengan DAP apabila kedua-dua parti itu masing-masing memenangi 13 kerusi. Namun pada pilihan raya 1974 MCA bangkit dengan (19-9),1978 (17-16) dan 1982 (24 -9). MCA kemudiannya tewas kepada DAP, dua kali berturut-turut pada 1986 (17-24) dan 1990 (18-20). Tetapi MCA kembali bangkit pada 1995 (30-9), 1999 (28-10) dan 2004 (31-12 ). MCA kembali kalah pada 2008 (15-28) dan yang terbaharu 2013 (7 -38). Ini bermakna MCA berjaya menewaskan DAP 7 kali, tewas 4 kali dan seri sekali dalam 11 pertembungan mereka.

Secara keseluruhannya MCA berjaya menang 219 kerusi berbanding DAP hanya 189 dalam pertembungan 44 tahun mereka sejak 1969.

Mei Fun boleh mengambil suntikan semangat ini untuk berdepan dengan PKR di Kajang.

Calon bukan pilihan atau ‘underdog’ pasti akan muncul dalam setiap pilihan raya termasuk dalam saingan pilihan raya kecil seperti Kajang. Sejarah pilihan raya di negara ini menyaksikan ramai calon ‘heavyweight’ yang tumbang. Apa yang membezakan calon-calon bukan pilihan ini adalah kemampuan dan keterampilan mereka untuk menggugat calon pilihan dan menjadi calon ‘Giant Killer‘.

Mei Fun tampil dengan rekod integriti dan reputasi yang baik. Cuma, mampukah beliau mencipta kejutan sebagai si Giant Killer - dalam keadaan politik semasa di mana sesetengah pengundi sudah mempunyai pendirian masing-masing parti atau calon mana yang mahu diundi? - Source

Wednesday, February 26, 2014

CATUAN AIR: @khalidibrahim HARUS BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA SEBAB TAK BENARKAN LANGAT 2 BEROPERASI.


Saya malas kata apa lagi dah dengan Khalid Ibrahim ini. 'Selfish' ialah perkataan paling sinonim untuk saya labelkan kepada Big Boss Kerajaan Selangor ini. Sekarang bila rakyat jatuh susah, air terpaksa dicatukan, kelam-kabut tuding jari kepada pihak kerajaan persekutuan. 


Persoalan disini, siapa yang tidak mahu teruskan Projek Langat II itu? Menurut sumber yang diterima, Khalid sudah diingatkan sejak tahun 2010 lagi supaya teruskan Projek Langat II itu supaya tak susahkan rakyat. Namun, Khalid dengan sekaras-kerasnya membantah. Kenapa? Adakah kerana Khalid takut gajinya tidak dapat dinaikkan seperti yang dirancangkan? Sekarang siapa susah?

Yang paling menggelikan hati ialah kenyataan Hannah Yeoh:


Kalau saya nak labelkan Si Hannah Yeoh ini 'syndrome down' boleh tak? Konon nak 'backup' dan nak jadi 'heroin' macam dalam filem Cat Woman, tapi bodoh tahap tak boleh dibendung. Sangat tak logik kenyataan yang dikeluarkannya. Adakah ini level seorang Speaker Kerajaan Negeri Selangor? Buat rugi sahaja PKNS bayar gaji dia RM22,500 sebulan, tapi kualiti macam budak tadika.

Berbalik kepada isu air tadi, apa yang lebih menyedihkan ialah ada sumber dalaman PKR dedahkan bahawa Khalid akan disokong penuh oleh Anwar sebagai Timbalan PKR. Inilah hadiah paling lumayan sekali yang Khalid akan berikan kepada rakyat Selangor.

Imbas semula apa yang jadi sewaktu krisis air 2012, baca dibawah:
Jangkaan krisis air yang akan melanda Selangor termasuk Kuala Lumpur serta Putrajaya menjelang 2014 adalah berdasarkan kepada kajian dan bukannya retorik semata-mata.
Aktivis Pengguna Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mohd. Mustaffa Hamzah berkata, keadaan itu dijangka bertambah buruk jika kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor terus berdegil untuk tidak membenarkan projek pembinaan Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2) diteruskan.
''Kajian mengenai krisis air di Selangor sudah lama dibuat. Isunya ialah air yang dirawat dan bukannya air mentah. Perkara ini sudah lama dikaji dan hampir 100 peratus benar.
''Malangnya kerajaan yang ada di Selangor ketika ini lebih mementingkan kuasa politik berbanding rakyat. Kalau nak teruskan juga pembinaan Langat 2 pun mereka letak pelbagai syarat,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi panel pada sesi taklimat krisis air di Selangor anjuran Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) di Beranang, di sini hari ini.
Hadir sama Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abd. Aziz dan Pengerusi GPRS, Datuk Sohaimi Shahadan.
Mohd. Mustaffa berkata, permainan politik yang ditunjukkan kerajaan PKR Selangor berhubung isu air dan projek pembinaan Langat 2 jelas menggambarkan mereka seperti tidak mengendahkan masalah rakyat.
Ini tegasnya boleh disamakan seperti 'kuasa milik kami, nasib rakyat Selangor tanggung sendiri'.
''Jangan perbodohkan rakyat Selangor. Ini baru 2012 dan banyak tempat sudah mengalami masalah bekalan air. Laporan mengenai tekanan air rendah diterima dari semasa ke semasa. Aduan juga semakin meningkat,'' katanya.
Sementara itu, seorang lagi panel yang pernah terlibat dalam kajian krisis air di Selangor sekitar 1980-an, Mohamad Fuad Omar berkata, kajian yang dijalankan pada tahun tersebut sudah mengenal pasti Selangor akan berdepan masalah bekalan air pada 2014.
''Daripada kajian itu, kita turut mengenal pasti dua perkara lagi iaitu Selangor kurang sumber air dan loji-loji yang sudah lama. Itu kajian awal 1980-an dan ketika itu kita tidak ada lagi Putrajaya dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
''Atas sebab itu, kita perlu lencong air (bekalan air) dari Pahang. Sebelum ada rancangan projek Langat 2, loji-loji air sedia ada, hampir 50 peratus daripadanya sudah lama. Justeru, jika tidak ada Langat 2, apa akan jadi?'' soalnya.
Sementara itu, Noh meminta kerajaan Selangor menghentikan permainan politik dalam krisis bekalan air di Selangor.
Ini kerana, menurut beliau, keengganan kerajaan negeri membenarkan projek Langat 2 diteruskan bukan sahaja akan memberi kesan kepada rakyat malah pelbagai pihak termasuk industri.
Katanya, mereka perlu memikirkan soal pelaburan domestik dengan 'amaran' awal berhubung krisis air dibuktikan apabila 129 buah kilang tidak dapat beroperasi ekoran tiada jaminan bekalan air oleh Syabas.
"Kerajaan Persekutuan sudah buat keputusan iaitu Langat 2 mesti diteruskan. Kerajaan PKR Selangor dakwa projek bernilai RM2.6 bilion itu akan diberi kepada kroni BN. Ini tidak benar kerana tender akan dikeluarkan,'' ujarnya.
"Projek Langat 2 adalah untuk kepentingan rakyat. Kerajaan BN Selangor sebelum ini sudah lama bincang, jangan letak kepentingan politik mengatasi soal rakyat," katanya selepas menghadiri sesi taklimat dan penerangan krisis air di Selangor anjuran Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) di Beranang, dekat sini hari ini.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abd. Aziz dan Pengerusi GPRS, Datuk Sohaimi Shahadan.
Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, dengan sikap bermain politik yang ditunjukkan kerajaan PKR Selangor dalam isu air di negeri itu rakyat perlu sedar pihak mana yang sebenarnya ikhlas membantu rakyat.
"Kerajaan negeri seolah-olah mahu menjadi juara. Masalah ini timbul kerana kedegilan mereka. Halangan yang mereka buat dengan enggan membenarkan Langat 2 diteruskan hanyalah bermotifkan politik," ujarnya.
Ditanya mengenai keadaan loji air yang sudah lama, katanya, ia sudah tidak mampu menampung bekalan air dan sebab itu Langat 2 perlu dibina.
Sementara itu, Sohaimi ketika ditemui berkata, kerajaan PKR Selangor dilihat terlalu banyak berpolitik dan menuding jari menyalahkan pihak lain sehingga menyebabkan rakyat menjadi keliru.
Tegasnya, jika kerajaan negeri terus mengamalkan sikap keras kepala dan enggan melaksanakan projek Langat 2 tidak mustahil masalah bekalan air di negeri itu akan menjadi lebih kronik.
"Loji itu perlu diteruskan dan ia tiada kaitan dengan kroni UMNO atau BN seperti didakwa, sebaliknya, projek ini adalah bagi mengatasi masalah jangka panjang. Jangan sudah terhantuk baru tengadah.
"Namun, jika kerajaan negeri masih berpolitik mengenai isu ini, kita sarankan rakyat bertindak pada pilihan raya umum akan datang. Buang masa kita beri peluang kepada kerajaan negeri yang hanya mementingkan politik berbanding masalah rakyat," katanya. - Sumber
Satu lagi, pastikan baca dan fahami betul apa yang ditulis dibawah ini:
Kerana berpolitik, rakyat jadi mangsa
KRISIS bekalan air bersih yang melanda kawasan Lembah Klang dilihat seolah-olah tiada penghujungnya apabila kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor sehingga kini terus berdegil enggan membenarkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) bagi mengatasi masalah tersebut.
Sebagai sebuah kerajaan negeri, kedegilan itu tidak membawa apa-apa manfaat kepada rakyat dan pembangunan di Selangor kerana apa yang jelas, pembinaan Langat 2 yang bernilai RM8.65 bilion itu bukanlah satu pembaziran, sebaliknya ia merupakan jaminan kepada kelangsungan bekalan air bersih di negeri ini dan seluruh kawasan lain di Lembah Klang.
Ini kerana, berdasarkan maklumat serta spesifikasi Langat 2 yang sepatutnya siap pada pertengahan 2014, loji itu berupaya memenuhi keperluan bekalan air bersih bagi pengguna dan industri di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur sehingga tahun 2025. Malah, pembinaannya cukup signifikan dengan bilangan penduduk serta pembangunan Lembah Klang yang bakal berkembang pesat dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Berdasarkan statistik rasmi Jabatan Perangkaan pada 2010, Selangor sahaja direkodkan mempunyai taburan penduduk paling tinggi di negara ini iaitu seramai 5.4 juta orang manakala Kuala Lumpur dan Putrajaya masing-masing mencatatkan bilangan penduduk seramai 1.6 juta dan 72,413 orang. Bagaimanapun, bilangan itu dijangka bertambah menjelang 2020.
Selain taburan penduduk, Selangor turut mencatatkan peratusan tertinggi dalam kadar tahap urbanisasi pada 2010 dengan kadar 91.4 peratus manakala Kuala Lumpur dan Putrajaya masing-masing mencatatkan 100 peratus tahap urbanisasi dan mengatasi negeri-negeri lain.
Berdasarkan kepada taburan penduduk dan peratusan tahap urbanisasi itu, ia jelas menunjukkan pertumbuhan terhadap aktiviti ekonomi, kawasan setempat serta saiz populasi di tiga negeri berkenaan yang mana jika diteliti, ia sudah tentunya memberi kesan terhadap permintaan sektor perkhidmatan utiliti yang turut melibatkan penyaluran bekalan air bersih.
Namun, di sebalik perangkaan itu, ia bagaimanapun mencetuskan persoalan dari sudut bagaimana untuk memenuhi permintaan bekalan air bersih selaras dengan pertambahan penduduk dan pembangunan kawasan Lembah Klang pada masa ini dan masa depan jika kerajaan negeri tetap enggan meluluskan perintah pembangunan bagi pembinaan projek Langat 2 itu.
Ini kerana, pembinaan Langat 2 merupakan satu projek Kerajaan Persekutuan yang dilihat sebagai alternatif untuk mengatasi krisis bekalan air bersih di Lembah Klang yang dijangka berlaku menjelang pertengahan 2014 kerana memandangkan kapasiti projek Langat 2 itu sendiri sekiranya siap, ia mampu merawat 1.89 bilion liter air mentah untuk keperluan pengguna domestik termasuklah pihak industri.
Sebaliknya, kerajaan negeri hanya memberikan tumpuan kepada isu penstrukturan semula bekalan air negeri. Selain itu, kerajaan negeri turut menafikan berlakunya krisis bekalan air bersih itu dengan memberi alasan tujuh empangan di Selangor mempunyai kapasiti air mentah yang cukup.
Tidak cukup dengan itu, bagi menjustifikasikan alasan mereka tidak mahu Langat 2 dilaksanakan, kerajaan negeri menerusi Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam kenyataan media pada 16 Julai lalu secara terbuka menyalahkan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) selaku pemegang konsesi bekalan air di Lembah Klang itu kononnya tidak berkemampuan untuk memberikan perkhidmatan yang baik kepada pengguna.
Kenyataan Abdul Khalid itu dilihat berkait rapat dengan pengumuman Syabas pada 14 Julai lalu yang bercadang mendapatkan kelulusan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk melaksanakan catuan bekalan bagi mengatasi krisis kekurangan air bersih yang telah pun melanda kawasan Kuala Lumpur, Hulu Langat dan Klang sejak April lalu.
Ini kerana, cadangan catuan bekalan dikemukakan Syabas itu dibuat berikutan penurunan paras air yang mendadak sejak Jun lalu di beberapa kolam takungan sehingga ada di antaranya mencapai tahap negatif berbanding jumlah simpanan yang sepatutnya iaitu minimum 20 peratus.
Keadaan itu disahkan Pengarah Eksekutif Perkhidmatan Teknikal Syabas, V. Subramaniam, 17 Julai lalu yang bertegas bahawa krisis bekalan air bersih yang sedang melanda ketika ini disebabkan kurangnya bekalan air terawat untuk diagihkan berikutan keengganan kerajaan negeri mengeluarkan arahan pembangunan untuk projek pembinaan Langat 2 selain kegagalan pentadbiran Selangor mewartakan pelarasan tarif yang ditetapkan dalam perjanjian konsesi.
Soalnya, mengapa kerajaan negeri enggan menerima hakikat bahawa krisis bekalan air bersih sebenarnya telah pun berlaku. Apa perlunya kerajaan negeri membuat penafian dengan menyalahkan pihak lain.
Kerajaan negeri harus faham, isu utama krisis bekalan air yang berlaku ketika ini adalah melibatkan air bersih atau terawat bukannya air mentah di tujuh empangan di negeri ini. Kalau kerajaan negeri begitu megah dengan mengatakan kapasiti air mentah di empangan masih banyak ketika ini pun, apa gunanya jika loji rawatan air sedia ada tidak mampu memproses air bersih mengikut keperluan pengguna dan industri yang semakin bertambah.
Ini kerana, berdasarkan statistik sehingga Mei lalu, sebanyak 34 buah loji rawatan air sedia ada di Selangor ketika ini hanya mampu menghasilkan kapasiti 4,371 juta liter sehari sumber air itu sedangkan keperluan puratanya adalah kira-kira 4,322 juta liter sehari.
Sungguhpun begitu, langkah kerajaan negeri dalam menangani isu krisis bekalan air bersih itu dilihat bukanlah usaha yang layak dipuji kerana kerana pada peringkat awal lagi kerajaan negeri seolah-olah menunjukkan sikap prejudis terhadap Syabas apabila syarikat itu mengemukakan fakta mengenai situasi bekalan air bersih di negeri ini. Soalnya, bagaimana krisis bekalan air bersih dapat diselesaikan sekiranya kerajaan negeri terus mengamalkan sikap sedemikian yang turut melibatkan Kerajaan Persekutuan.
Sebaliknya kerajaan negeri harus terbuka menerima teguran dan maklumat mengenai masalah bekalan air bersih yang melanda Lembah Klang ketika ini selain bersama-sama mencari penyelesaian untuk kepentingan rakyat dan pembangunan Selangor, bukannya mencari kesalahan atau menekan pihak lain dengan tuntutan-tuntutan tertentu.
Apakah kerajaan negeri mahu 'tunjuk kuasa' disebabkan perbezaan politik? Jika benar kerajaan negeri bersikap demikian, maka pentadbiran Selangor pada hari ini tidak bertanggungjawab kerana terus membiarkan rakyat menderita kerana terpaksa berhadapan dengan krisis bekalan air bersih yang berpanjangan.
Tiada gunanya kerajaan negeri bercakap soal integriti, kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam pentadbiran jika soal asas bekalan air bersih gagal ditangani sebaik-baiknya. Janganlah terlalu memikirkan keuntungan semata-mata kerana sebagai sebuah kerajaan negeri, rakyat harus didahulukan. Kerajaan negeri jangan jadikan rakyat sebagai mangsa kerana perbezaan politik hanya kerana mahu ke Putrajaya. - Sumber
P/S: Selfish is When you have a huge amount of interest invessted in yourself, or when you don't think about the wants and needs of others.

PELANCARAN KLINIK & PORTAL 'FOR THE RAKYAT' OLEH PERGERAKAN PEMUDA UMNO...


Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia hari ini melancarkan Klinik Pemuda UMNO Malaysia yang merupakan satu usaha dalam mendekati rakyat dengan menyediakan sebuah platform untuk mendengar dan menangani rintihan dan permasalahan rakyat termasuk ahli Pemuda UMNO sendiri.

Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata Pemuda UMNO komited dalam menangani permasalahan ini dan selaras dengan matlamat penubuhan Klinik Pemuda dalam menjadi platform UMNO mendekati rakyat, maka klinik ini akan beroperasi dari jam 10 pagi hingga jam 12 tenggah hari, dua minggu sekali bertempat di Lobi Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato' Onn.

"Rakyat boleh datang ke klinik Pemuda ini untuk mengemukakan aduan dan permasalahan mereka kepada pegawai yang bertugas dan aduan mereka akan disalurkan kepada Portal Aduan ForTheRakyat untuk diambil tindakan oleh biro-biro di bawah Pergerakan Pemuda UMNO dan seterusnya dimajukan kepada agensi-agensi kerajaan yang terlibat.

"Portal ForTheRakyat ini merupakan inisiatif Biro Aduan Komuniti yang bertindak sebagai medium untuk rakyat Malaysia menyalurkan aduan dan permasalahan dalam komuniti mereka," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Pemuda UMNO di sini, hari ini.

Tambahnya, dengan kewujudan portal ini, rakyat akan mempunyai aksess yang mudah dan pantas dalam mengemukakan permasalahan mereka dan pihak Pemuda melalui biro-bironya dapat memberikan respon yang terbaik dan efisien.

"Keunikan portal ini terletak pada kaedah crowdsourcing yang digunapakai di mana teknologi ini membolehkan pengguna untuk mengemukakan aduan, mengundi aduan pengguna lain dan membeir komen serta cadangan kepada aduan-aduan lain yang tersenarai.

"Fungsi ini bertujuan untuk menyemai dan menyemarakkan semangat saling bantu-membantu di kalangan rakyat Malaysia dalam menghadapi pelbagai permasalahan di dalam komuniti mereka", ujarnya.

Di antara peranan lain portal ini jelas beliau lagi adalah sebagai pusat pengumpulan aduan dan permasalahan rakyat dari segenap pelusuk negara.

"Ia akan memudahkan pihak kerajaan melalui agensi-agensinya, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang berkenaan atau mana-mana pihak yang prihatin untuk memberi perhatian dan membantu menangani permasalahan rakyat," tambah beliau. -MediaUMNO

VIDEO:

ADAKAH BENAR BAHAWA TUN DAIM ZAINUDDIN ADALAH MELAYU TERKAYA DIDUNIA?


Siapa yang tidak kenal bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin. Seorang hartawan 'low profile' bertubuh kecil dan tidak sukakan publisiti, hinggakan pernah dikenali sebagai ‘Daim Yang Diam’. Banyak persoalan yang terungkap disebalik perkataan 'DIAM' tersebut bukan?

Mungkin inilah sebab utama mengapa namanya tidak tersenarai dalam 'ranking' orang paling kaya di Malaysia. Memetik semula entri saya sebelum ini [SINI], wajar saya katakan bahawa seperti ada rahsia disebalik 'Daim Yang Diam' ini.

Merujuk kembali artikel The Star - 'Daim’s exclusion from M’sia’s richest list queried', Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar A.K.A Sam Ketot telah mempertikaikan pengecualian nama Tun Daim kerana ianya telah menimbulkan tanda tanya kerana umum, ini adalah krana semuanya mengetahui bahawaTun Daim serta anaknya, Datuk Wira Dani adalah tergolong dalam kumpulan terkaya di Malaysia.

Keratan akhbar The Star
Logik atau tidak? Untuk pengetahuan pembaca,Tun Daim adalah merupakan Individu yang pernah dilabelkan sebagai 'Melayu Terkaya Didunia'. (rujukan). Baca dibawah:
"Sekitar September 2004 majalah tersebut pernah menyiarkan satu temuramah bersama Pengurus Besar ICB Global Management Sdn Bhd, Harith Harun individu yang menyelia rangkaian International Commercial Bank Group (ICB).
Ketika itu Tun Daim dikatakan enggan ditemubual oleh Malaysian Business, menurut Harith ICB beroperasi sejak 1994 dan disenaraikan di Pasaran Pelaburan Alternatif (AIM) Bursa Saham London mempunyai 130 buah cawangan di seluruh dunia.
Tun Daim dikatakan menguasai ICB Financial Group Holdings Ltd. (ICB) dengan pegangan sebanyak 151,844,00 unit saham iaitu mewakili 84.4 peratus kepentingan dalam ICB dan jumlah aset Tun Daim dianggarkan bernilai RM26 billion pada tahun 2008." - SUMBER
Nak dijadikan cerita, saya terjumpa sebuah kisah menarik mengenai pengalaman seorang individu, dimana dia menceritakan kembali pengalamannya ke International Bank of Commerce (ICB) Bank. Sambung baca dibawah:

SUMBER:
 
Aku terpanggil untuk menulis entry mengenai Daim bila aku terbaca senarai orang terkaya di Forbes dan juga di majalah Malaysian Business. Aku tak tahu apa ‘formula’ yang digunakan oleh kedua-dua majalah ini dalam meletakkan ‘ranking’ seseorang individu itu dari segi pengumpulan harta. Namun seperkara yang menarik adalah nama Daim tidak pernah tersenarai walaupun dalam tangga ke-100 individu terkaya di Malaysia. Apatah lagi di kalangan mereka yang terkaya di dunia.
Hinggalah suatu hari aku dihantar melakukan tugasan Tanzania. Ketika itu aku hendak menukar ‘travellers cheque’ di sebuah bank berhampiran Dar-Es-Salam, ibu negara republik berkenaan.
Aku ingat lagi nama bank itu, International Bank of Commerce (ICB). Untuk pengetahuan korang, aku tiba-tiba tergamam sebentar sebaik saja melangkah masuk ke perkarangan bank tersebut.
Mahu taknya, potret Daim ‘sebesar-besar alam’ tergantung di dalamnya. Dalam hati aku berkata, apa kejadahnya gambar Daim kat dalam ni? Ke ada manusia lain kat Tanzania ni muka macam Daim?
Tapi bila fikir balik, mustahil pulak, kecualilah ada rakyat Afrika yang ‘albino’ jadi taukeh bank (sebab Daim ni agak cerah orangnya)
Sebaik saja selesai urusan, aku terus pergi berjumpa salah seorang pegawai bank di situ. Aku berpura-pura tanya siapakah lelaki dalam bingkai gambar yang besar itu.
“For your information Sir, he is the owner of this bank, Mr. Daim Zainuddin. We’ve got 59 branches in Indonesia, 23 branches in Africa itself plus nine branches in Eastern Europe,” katanya dalam ‘accent’ Afrikanya yang pekat itu.
ramai yang tak tahu yang Daim menguasai ICB Financial Group Holdings Ltd. (ICB)
ICB kini memiliki dan menguruskan bank komersial di 12 buah negara termasuk di Asia, Afrika dan Eropah Timur.
Daim kini memiliki sebanyak 151,844,00 unit saham dalam ICB yang mewakili kepentingan 84.4 peratus.
ICB yang beroperasi sejak 1994 dan disenaraikan di Pasaran Pelaburan Alternatif (AIM) Bursa Saham London kini mempunyai 130 buah cawangan bank di seluruh dunia!
Ambik ko! Sejak hari itu aku tak percaya lagi ‘ranking’ orang-orang terkaya di dunia yang dikeluarkan oleh Forbes.
Sejak itu juga, aku percaya masih banyak manusia di luar sana yang sememangnya berlipat kali ganda kaya tetapi terus ‘low profile’…seperti mana ‘Daim Yang Diam’.
(Dua tahun lepas ICB menerima anugerah ‘Bank Terbaik 2006’ daripada The Banker di London.) - Syahril A.Kadir
P/S: Adakah benar bawa Tun Daim Zainuddin adalah benar-benar melayu terkaya didunia seperti yang diceritakannya??