Tuesday, March 27, 2012

Sapa Nak Take Over NFC?? Cepat!! Tender Dah Dibuka!!



Kerajaan akan membuka tender kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk mengambil alih projek ternakan lembu daging Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar. Beliau berkata kementerian itu serius untuk memastikan projek tersebut dapat diteruskan dan berjalan lancar seperti yang dicadangkan sebelum ini. Menurutnya, cadangan mempelawa syarikat lain meneruskan projek itu telah diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta diminta memastikan projek itu diteruskan. "Kita telah melantik juruaudit bebas kerana kita serius (untuk teruskan projek ini). "Kita juga dalam proses kedua iaitu membuka tender projek untuk diteruskan oleh mana-mana syarikat yang berminat," katanya ketika menggulung usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya di Dewan Rakyat pada Selasa. Isu NFC berbangkit apabila didakwa telah menyalah guna peruntukan kerajaan sebanyak RM250 juta untuk projek pengeluaran daging.

SUMBER : MSTAR

Anwar VS Nalla : Salah Seorang Dah Masuk Perangkap !!!!



Lepas baca artikel dari blog GAP ni, sebenarnya gua pun nak ketawa besar jugak.. hahaha.. Lepas di ramalkan balik, nampaknya betul lah apa yang dibayangkan oleh GAP... 

NALLAKARUPAN SEDANG KETAWA BESAR !

3 hari lepas nallakarupan keluarkan kenyataan.
anwar ibrahim seorang biseksual.
biseksual memberi maksud membalun lelaki dan wanita.
lelaki dia balun perempuan pun dia balun.
nalla cabar anwar saman dia.

hari ini, dalam keadaan keterpaksaan anwar TERPAKSA saman nalla.
saman nalla RM100 juta.
saman pasal anwar terpaksa saman.
kalau tak saman anwar akan disoal siasat oleh penyokong dan ahlinya.

ada dua isu besar dalam kes dan isu ini.

FAKTA PERTAMA.

pada pilihanraya kecil parlimen permatang pauh tahun 2008, nalla keluarkan kenyataan bahawasanya anwar menggunakan RM60 juta wang judi magnum untuk perjalanan politiknya.

anwar saman nalla. tapi saman itu sekadar atas nama saman. sepatutnya dalam menelusuri proses saman anwar hendaklah melaksanakan tanggungjawap untuk mengheret pemfitnah ke muka pengadilan.

dalam maksud dan contoh mudah. pada 1hb anwar saman nalla, dan sepatutnya dalam tempoh 30 hari peguambela anwar menemui mahkamah/hakim untuk terus menetapkan tarikh perbicaraan.

SAYANG PERKARA INI ANWAR TAK BUAT/TAKKAN BUAT.

dalam kes saman anwar kepada nalla berkenaan duit judi, dah masuk 4 tahun selepas tarikh saman anwar tak/taknak proceed kesnya ke kamar mahkamah.

hari ini anwar saman nalla lagi. kesnya nalla tuduh anwar biseksual. kabarnya dalam tempoh 30 hari ini jika peguam/anwar tidak meneruskan tindakan maka keadaan terbalik akan berlaku.

nalla sendiri minta dia diheret jurus dihadapkan ke mahkamah !

anwar taknak benda ni berlaku...

FAKTA KEDUA

hari ini nallakarupan sudah ketawa besar, macam maharaja yang baru menang perang.

manakan tidak. selepas 30 hari seperti yang dimaksudkan di atas, saksi pertama yang akan nalla heret ke kandang mahkamah adalah shamsidar taharin !

CHECK MATE.

Dakwaan Miliki Saham 8 Juta, Mana Jawapan @AzminAli ???



Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali didesak supaya menjawab dakwaan berhubung pemilikan saham berjumlah RM8 juta terlebih dahulu sebelum mempertikaikan kos ubah suai pejabat bekas Exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali.

Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, sehingga kini Azmin belum memberi sebarang maklum balas terhadap laporan yang dibuat oleh bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari kepada pihak berkuasa pada 17 November 2009.

Menurut beliau, rakyat mahu mengetahui bagaimana Azmin dan isterinya, Shamsidar Taharin boleh memiliki pelbagai saham dalam jumlah yang begitu besar sepanjang 1992 hingga 1994.

"Saya percaya pendapatan Azmin sebagai Setiausaha Sulit Anwar yang merupakan Menteri Kewangan ketika itu tidak mencukupi untuk membiayai pembelian saham-saham tersebut.

"Azmin mesti menjelaskan dari mana beliau memperoleh wang yang sebegitu banyak, siapa yang memberi wang itu dan apa tujuannya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Zamil berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa mempersoalkan kos pengubahsuaian pejabat bekas Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor itu yang dikatakan mencecah RM300,000, baru-baru ini.

Beliau memberitahu, tindakan Azmin itu juga menunjukkan beliau kurang memahami prosedur berkaitan peruntukan kewangan yang diterima oleh Exco kerajaan PKR Selangor.

"Saya difahamkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah menjelaskan beberapa Exco kerajaan PKR Selangor yang lain turut menerima peruntukan untuk mengubah suai pejabat mereka.

"Di mana-mana negeri pun, peruntukan kewangan yang dimohon oleh Exco perlu dibentangkan untuk kelulusan menteri besar atau ketua menteri terlebih dahulu. Apakah Azmin tidak tahu tentang perkara itu?," soalnya.

Tambah Zamil, Azmin sememangnya tidak layak untuk mempertikaikan integriti Hasan dan beliau dipercayai berbuat demikian semata-mata untuk menconteng arang ke muka bekas Exco itu.

MY SLIDESHARE UPLOAD