Tuesday, July 3, 2012

PANAS!!! [GAMBAR BUKTI!] @hairieothman SERTAI PAS SEBAB NAK JADI MENTERI!


PENGAKUAN TERBUKA!


Aku malas nak cakap banyak. Korang pun tak buta huruf nak baca sendiri. Korang pun boleh nilai sendiri. Kalau ada rasa nak putar belit fakta boleh la leave comment banyak mana pun hangpa nak leave. Tp ni semua aku ambek direct dari Twitter @hairieothman ni sendiri. So aku mmg takdak buat cerita ka apa. 




- Hairie Othman mengaku dibayar PAS RM50k sekali ceramah? Well bro lepas ni jangan nak putar belit cerita la. Lu sendiri mengaku lu dibayar dengan amount itu. Bukan je kitorang 'buat-buat' cerita -



- MENGHINA! Ini yang dia belajar sejak sertai PAS ni. Hina rakan artis hina rakan sendiri. Ye lah awok je hebat ork sebab awok join PAS. Sebab awok bagi ceramah awok la paling mulia dalam kalangan artis. Yedok? LOL! -

- EH, tak risau aih, mana ada hang mintak duit BN, hang kan duk sedap makan duit PAS dapat 50k sekali bagi ceramah. kan? HAHAHA -

- Astaghfirullah. Benda macam ni pun buat main ye Ustaz Hairie? -



WAAAAAAAAAAA NAK JADI MENTERI! PATUT PUNNNNNNNN!


Monday, July 2, 2012

JOHOR LAKSANA HUDUD - NIK AZIZ DAH GABRA!

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong penuh cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat supaya Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hukum hudud di Malaysia.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, beliau amat bersyukur dengan cadangan itu walaupun ia datang daripada orang Umno.

“Pada saya, saya bersyukur sangat-sangat atas kesedaran ini. Tidak perlu cabar-mencabar, saya menyokong sepenuh hati.

“Kelantan atau Johor dahulu tidak penting. Kelantan telah menghadapi halangan untuk laksanakan hudud. Jika Johor mendahului Kelantan, silakan. Insya-Allah giliran Kelantan akan tiba juga,” kata beliau menerusi tulisannya di Facebook pada Isnin.

Halangan dari sapa tu?? Dari DAP??

Beliau mengulas mengenai kenyataan Ayub di sebuah portal pada Sabtu lalu mencadangkan supaya Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hukum hudud.

Nik Aziz berkata, beliau berharap agar cadangan ADUN Kemelah itu tidak akan ditarik balik dan menjadi kenyataan.

“Mari kita bekerjasama memperlihatkan Islam yang sebenar kepada masyarakat Malaysia. Tahniah kepada Umno Johor dan saya menunggu langkah yang seterusnya,” kata beliau.

Dalam laporan itu, Ayub berkata, beliau mahu melihat Johor mendahului negeri lain melaksanakan hukum hudud “sebenar” yang menurutnya berbeza daripada hudud PAS.

ADUN Kemelah itu berkata, perbezaan paling ketara adalah hukum sebenar meliputi semua kaum dalam sesuatu negara berbanding hudud PAS yang hanya tertakluk kepada orang Islam.

Beliau turut mencabar PAS menyokong cadangan hukum hudud walaupun ia datang dari Umno sekiranya mereka benar-benar ikhlas mahu memartabatkan Islam.

“Apabila Umno sebut tentang hudud, PAS kena sokong jugalah,” katanya lagi yang dipetik dalam laporan itu. -mstar


Jika makbul cadangan Johor menjadi negeri pertama laksanakan Hudud, Nik Aziz & PAS akan malu selama 7 keturunan...

Sumber : http://1peluru.blogspot.com/2012/07/johor-laksana-hudud-nik-aziz-nyatakan.html?m=1

Dr Mahathir Sound Marina Setepek Depan Khalayak!

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berharap anaknya, Datin Paduka Marina Mahathir tidak meletakkan diri terlalu rapat dengan Bersih 2.0 atau gerakan lain yang antikerajaan kerana ia tidak baik untuk dirinya.

Dalam satu wawancara khas bersama The Malaysian Observer (MobTV), Dr Mahathir berkata, beliau tidak bersetuju dengan beberapa perkara yang dilakukan anaknya itu sejak akhir-akhir ini dan berharap Marina sedar akan kesilapannya.

Pada Bersih 2.0 tahun lalu dan perhimpunan Bersih 3.0 April lalu, Marina dilihat bersama dengan puluhan ribu demonstran lain menuntut lapan tuntutan yang mahukan pilihan raya umum yang bersih dan adil.

“Bersih telah dirampas oleh pemimpin pembangkang, saya tidak suka beliau meletakkan dirinya dekat dengan gerakan itu.

“Beliau tidak pernah katakan ini, tapi Bersih dan beberapa gerakan lain didakwa ada kaitan dengan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Dia tidak pernah kata sokong lelaki kahwin lelaki, perempuan kahwin perempuan dan saya harap dia maksudkannya,” katanya.

Katanya lagi, Marina perlu mewujudkan sempadan berkenaan isu LGBT iaitu sejauh mana beliau memberi sokongan kepada golongan itu dalam sebuah negara seperti Malaysia.

“Memang beliau seorang aktivis yang menolong ramai orang termasuklah golongan ini, tapi dia perlu jelaskan pendiriannya,” katanya.

Selain itu, Dr Mahathir turut berharap Marina menyedari apa yang dilakukannya sekarang boleh menjejaskan peluang abangnya, Datuk Mukhriz Mahathir memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

“Saya rasa beliau bukan ahli, tetapi beliau perlu lebih sensitif mengenai nasib abangnya,” katanya.

Ditanya mengenai khabar angin yang mendakwa Mukhriz bakal dicalonkan menjadi Menteri Besar Kedah sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya menawan semula negeri tersebut, Dr Mahathir menegaskan ia terpulang kepada keputusan parti.

Katanya, isyarat bahawa Mukhriz mungkin menjadi calon Menteri Besar apabila parti memilihnya untuk menjadi calon Dewan Undangan Negeri (Dun) dan bukannya calon Parlimen.

“Saya akan tolong dan menyokong apa yang dilakukan Mukhriz, tetapi segalanya terpulang pada parti. Walaupun beliau tidak dipilih jadi Menteri Besar, saya akan tetap sokong,” katanya

Sumber : http://www.klxpress.com.my/

MY SLIDESHARE UPLOAD