Friday, February 1, 2013

PAS Perlu Kaji Semula Pemecatan Nasha.. Jangan Jadi Tuli... #PASKejam


Majlis Syura Ulama Pas perlu mengkaji semula keputusan memecat bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa sebagai anggotanya bagi membolehkan Ahli Parlimen Bachok itu diberi peluang membela diri terhadap setiap tuduhan yang dibuat.

Tokoh Pas yang disegani, Datuk Muslim Othman berkata, Majlis Syura Ulama perlu mengambil perhatian tentang saranan itu memandangkan Nasharudin pada masa ini tidak diberi hak sewajarnya sebagai orang yang dituduh melakukan kesalahan.

Beliau yang secara peribadi amat berdukacita dengan keputusan pemecatan tersebut menegaskan, kegagalan Nasharudin menerima surat pemecatan sehingga hari ini juga sepatutnya tidak berlaku.

''Saya dimaklumkan Nasharudin menerima berita pemecatannya melalui akhbar manakala surat pemecatannya pula sehingga kini belum diterima. Jika benar Majlis Syura telah menghantar surat tersebut, buktikan? - Utusan

#TukarKelantan : Nik Aziz Sila Resign, Sila Bagi Peluang Untuk BN Pulak Lepas Ni!! #NikAzizResign


Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat Kelantan memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bagi membawa perubahan selepas 22 tahun mereka di bawah Pas, tidak banyak kemajuan yang dilakukan di negeri ini.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, rakyat Kelantan boleh menukar kembali kerajaan BN atau menolak terus parti itu pada masa hadapan sekiranya didapati gagal membawa perubahan selepas diberi mandat pada PRU-13.


Beliau menjelaskan, tawaran tujuh projek mega berimpak tinggi yang dikemukakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada rakyat Kelantan sebelum ini bukan perkara main-main, sebaliknya ia janji yang akan ditunai.

"Yang berkuasa ialah rakyat Kelantan, tapi bagi kami peluang dan kita tengok caranya, ada beza tak dalam lima tahun itu, kalau tak ada beza juga itu hak (rakyat) Kelantan untuk buang kami, tak usah percaya kepada kami.

"Tapi kami nak buktikan kami boleh buat, kami nak bantu rakyat. Kita nak minta mandat diberikan kepada kita, rayuan kita ialah untuk menolong mereka," katanya kepada pemberita di sini hari ini. -Utusan

Boleh baca artikel lain di [SINI]

P/S : Udoh2 laa Nik Ajis.. Acu test BN Sepenggal laaa...

#RCISabah - Malaysia Kini Kantoi Lagi!! Kali Ini Berkomplot Dengan Mahfuz Omar Pulak?


Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menuntut penjelasan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung surat yang didakwa mengarahkan untuk menghantar kad pengenalan yang tidak dituntut ke Sabah.

"Saya bimbang kad pengenalan yang mereka kata hendak dilupuskan ini diberi kepada warga asing yang akan membenarkan mereka mengundi pada pilihan raya," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

Beliau mendakwa beliau dimaklumkan mengenai perkara itu melalui satu surat arahan yang didakwa dikeluarkan pengarah bahagian kad pengenalan JPN kepada semua pengarah negeri dan daerah di seluruh negara.

SUMBER YANG MEMANG PENIPU : MALAYSIA KINI

kononnya dengan kewujudan surat rasmi berkepala Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), pembangkang bijak memutar belitkan isu RCI yang melibatkan rakyat Malaysia di Sabah. Ini merupakan "The LAST SPIN " daripada PR Sabah yang semakin hari semakin ketandusan isu serta semakin kurang sokongan rakyat Sabah terhadap PR.

Alangkah tidak malunya Mahfuz Omar yang bebuat kenyataan Media sambil memegang dokumen palsu yng dicipta oleh mereka sendiri sambil memegang taiknya sendiri ditangan.

Jom baca apa pulak kata MENTERI ..


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein hari ini berkata, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Jariah Mohd Said akan membuat laporan polis berhubung surat palsu yang mengarahkan pengarah bahagian dan daerah menghantar kad pengenalan yang tidak dituntut ke Sabah.

"Itu surat palsu. Ianya palsu. Tuduhan yang dibuat adalah berdasarkan surat palsu.

"Saya minta orang ramai yang tiada kepentingan politik supaya tidak mempercayai perkara yang dibuat oleh pihak tertentu. Ketua pengarah JPN juga akan membuat laporan polis hari ini," katanya.

Hishamuddin berkata demikian selepas mengadakan sidang media di majlis sambutan Hari Imigresen di Putrajaya hari ini.

Semalam, Mahfuz menuntut penjelasan JPN serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung surat yang didakwa dikeluarkan pengarah bahagian kad pengenalan JPN kepada semua pengarah negeri dan daerah di seluruh negara.

Mahfuz mendakwa surat bertarikh 14 Disember itu mengarahkan agar kad pengenalan serta Mykid yang tidak dituntut dalam masa 18 bulan dihantar melalui pos ke Keningau, Sabah. -Sumber

MY SLIDESHARE UPLOAD