Wednesday, June 5, 2013

GEMPAR! CHEGUBARD DIDAKWA @PDRMSIA !! GOOD JOB DATO KHALID (KPN)!!

Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rembau Badrul Hisham Shaharin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan gagal memaklumkan kepada polis berhubung penganjuran satu program perhimpunan 'Penghargaan Kepada Pengundi Negeri Selangor', bulan lepas.

Badrul Hisham, 35, yang juga dikenali sebagai 'Chegubard' sebagai penganjur program itu didakwa gagal memberitahu ketua polis daerah Petaling Jaya mengenai program itu dalam tempoh masa ditetapkan iaitu 10 hari sebelum tarikh program diadakan.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Padang Timur, Dataran Petaling Jaya, Jalan Timur, Petaling Jaya dekat sini antara pukul 5 petang hingga 12 tengah malam, 23 Mei lepas.

Badrul Hisham yang merupakan orang kena saman (OKS) dalam kes itu didakwa mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 9(5) akta sama, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM10,000 jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin menawarkan Badrul Hisham dikenakan ikat jamin dengan seorang penjamin mengikut Seksyen 387 Kanun Prosedur Jenayah.

Badrul Hisham yang tidak diwakili peguam itu memohon jaminan pada kadar munasabah atas alasan beliau memberi kerjasama yang baik sepanjang siasatan kes itu.

Ketika saman diserahkan kepada saya, saya sendiri yang menghubungi pegawai polis berkenaan dan tidak ada alasan untuk saya hilang atau tidak hadirkan diri di mahkamah," katanya.

Hakim Yasmin Abdul Razak tidak mengenakan sebarang jaminan kerana Badrul Hisham merupakan OKS dalam kes itu.

Saya tidak meletakkan sebarang jaminan, tetapi kamu kena datang ke mahkamah pada setiap kali prosiding kes ini, katanya.

Mahkamah menetapkan 9 Julai depan untuk sebutan kes bagi Badrul Hisham melantik peguam. - ASTRO AWANI

Tuesday, June 4, 2013

TAHNIAH!! JSJK @PDRMsia dan SKMM BERJAYA BERKAS FACEBOOKER HINA YDP AGONG!!

Tu la.. Siapa suruh biadap sangat dilaman sosial.. tahulah media sosial ni medium bebas tanpa sempadan.. tapi ada tahapnya jugak.. Kan tak pasal-pasal dah kena..

Dipetik dari laman Astro Awani:

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM hari ini telah berjaya menahan suspek yang menghina DYMM SPB Yang DiPertuan Agong di laman Facebook.

"Suspek yang merupakan seorang wanita telah ditahan untuk membantu siasatan. Beliau dipercayai menyembunyikan diri setelah beberapa laman blog menyebarkan identitinya.

"SKMM meminta rakan-rakan suspek turut tampil ke hadapan untuk membantu siasatan lanjut. Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Selain itu, suspek juga boleh didakwa dibawah Akta Hasutan 1948," jelas SKMM dalam satu kenyataan media yang disiarkan hari ini.

Suruhanjaya itu juga menegaskan sangat memandang serius terhadap penyalahgunaan media sosial untuk memuatnaik kandungan serta komen-komen yang berunsur menghina terutamanya institusi Diraja Malaysia.

Ahad lalu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membuat laporan polis berhubung tindakan seorang pemilik akaun Facebook yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Monday, June 3, 2013

BERITA BAIK!! HARGA ROKOK NAIK LAGI!! ALAHAIII....

British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) mengumumkan kenaikan tiga peratus bagi harga semua jenama rokoknya berkuat kuasa 3 Jun, 2013.

Mengulas mengenai kenaikan harga tersebut, Datuk William Toh, Pengarah Urusan, BAT Malaysia berkata, "Sama seperti semua syarikat lain, BAT Malaysia berdepan dengan tekanan inflasi, kos buruh dan kos input, yang membawa kepada peningkatan kos operasi".

Selain itu, kuantiti industri tembakau sah juga terjejas akibat peningkatan berterusan perdagangan rokok haram (pada 2012 berada pada 34.5 peratus), katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Bagi menangani peningkatan kos dan tekanan perdagangan rokok haram kami memutuskan untuk menaikkan sedikit harga sebanyak 3.0 peratus bagi semua jenama rokok kami," kata Toh.

Harga baharu rokok yang berkuat kuasa pada Isnin, 3 Jun adalah seperti berikut:

DUNHILL range RM10.50
KENT range RM10.50
BENSON & HEDGES RM10.50
PETER STUYVESANT range RM9.00
PALL MALL range RM9.00
PALL MALL Plain RM10.90
LUCKY STRIKE PLAIN RM10.90
ROTHMANS INTERNATIONAL RM10.90.

BAT Malaysia merupakan sebahagian daripada kumpulan British American Tobacco, kumpulan tembakau terkemuka dunia. - ASTRO AWANI

MY SLIDESHARE UPLOAD