Saturday, October 19, 2013

#PemilihanUMNO: EKSKLUSIF BERSAMA @tunfaisal... CALON MT NO.60... #MeremajakanUMNO #TF4MT


Berikut ialah pandangan Calon Ahli Majlis Tertinggi UMNO NO.60, Sdr Tun Faisal Ismail Aziz mengenai kepentingan Pemilihan MT semasa sesi temuramah bersama Astro Awani, semalam, Walaupun bersaiz mini, Tetapi dilihat Tun sangat 'confident' dan lantang melontarkan hujah-hujahnya. Syabas kepada Tun Faisal.


Iniasiatif sebeginilah yang patut ada dan diperbaharui dalam barisan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, dimana pada sebelum ini hanya dibarisi oleh 'OTAI-OTAI'. Sekarang ialah era baru dan semua orang sedang menghadapi Transformasi. Konklusi - Inilah masanya untuk perwakilan tentukan perubahannya.. 


VOTE NO.60!! DEMI MEREMAJAKAN UMNO

#PemilihanUMNO: PANDANGAN CALON - "APAKAH KEPENTINGAN #PemilihanMT KEPADA UMNO?"


Berikut adalah pandangan calon-calon Majlis Tertinggi mengenai kepentingan Pemilihan Majlis Tertinggi UMNO. Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, YB Dato' Shamsul Anuar Haji Nasarah, Dato' Abdul Rahman Dahlan dan Sdr Tun Faisal Ismail Aziz telah memberikan pandangan masing-masing.

Antara yang ditekankan ialah struktur dan kerangkaan dalam barisan Ahli Majlis Tertinggi, iaitu barisan Ahli Majlis Tertinggi tidak boleh merangkumi kesemuanya yang terikat dengan pentadbiran kerajaan, wajar untuk membariskan Ahli yang 'free', kerana boleh fokus dan sentiasa mempunyai jentera untuk menjaga kestabilan parti.

#PemilihanUMNO: INFO!! PERWAKILAN PERLU TITIK BERATKAN CALON MT BERPOTENSI BESAR INI!!


Dalam barisan calon-calon pilihan (CAI) seperti yang saya keluarkan semalam [sini]..

Saya amat tertarik dengan muka baru yang bagi pandangan saya, mereka sangat berpotensi besar untuk menyumbang kepada parti dan masyarakat sejagat. Saya tak pilih banyak hanya (DUA) sahaja. Dimana, calon-calon ini sudah saya pilih sejak mereka mengumumkan akan bertanding (Ahli Majlis Tertinggi).

Calon pertama:


PENGERUSI PTPTN, AHLI PARLIMEN LENGGONG & NAIB KETUA BAHAGIAN LENGGONG

Sebagai pengerusi PTPTN, YB Shamsul dilihat berpotensi dalam memperkasakan platform pendidikan, iaitu mendekati para mahasiswa dan atas inisiatif diskaun 30% yang diperkenalkannya untuk bayaran balik PTPTN baru-baru ini, secara tidak langsung telah menyedarkan golongan peminjam ingkar yang menganggap bahawa PTPTN adalah zalim (Pro-M), disamping telah menyumbang satu 'output' yag besar kepada dasar ekonomi negara.

YB Shamsul adalah seorang yang sangat lantang bersuara di Parlimen. Suara dan hujahnya begitu ditakuti pembangkang. Tak percaya? Saksikan video dibawah:





CALON KEDUA:


CALON NO.60
EXCO PEMUDA UMNO, PENGERUSI UNIT MEDIA BARU (UMB) DAN BN YOUTH CYBER TEAM, AJK BIRO IPT MAJLIS TERTINGGI UMNO & ANGGOTA ONLINE RAPID RESPONSE TEAM BN PRU-13

Saya percaya, ramai sudah mengenali siapa calon ini. Dia merupakan seorang yang sangat berpotensi bagi menajamkan serangan barisan jentera siber dan menjadikan kelebihan media baru ini sebagai anjakan paradigma kepada tarikan pengundi dan kemenangan parti.

Berdasarkan dengan  semua pengalaman yang TF ada, saya yakin dia boleh dan dia telahpun buktikannya semasa PRU-13 lepas. Tidak ketinggalan juga semasa semua PRK yang telah dijalankan sepanjang penggal sebelum ini. (cth: PRK Kuala Besut, PRK Manek Urai).

Selain punya kelebihan dalam media sosial, TF juga punyai keberanian untuk menyertai forum bersama pembangkang. Tak semua pemimpin berani macam ni.

________________________________________________________________________________

Saya agak kesal dengan sesetengah 'cai' yang dikeluarkan oleh beberapa bahagian, dimana mereka tidak titik beratkan potensi, tapi hanya memandang orang muda sebagai calon mentah dan tak layak menyandang jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Adakah ini dinamakan 'SELFISH'?

Salah satu contoh:

Bahagian mana punya ni? cuba teka?
haha
_________________________________________________________________________________

Mohon agar perwakilan fikir yang terbaik kepada UMNO dan agar calon ini diberi peluang supaya dapat memberi pembaharuan dalam parti keramat UMNO. InsyaAllah. 

MY SLIDESHARE UPLOAD