Saturday, February 22, 2014

#PRKKajang: SAH! ANWAR TAK MAMPU TUNAIKAN 7 MASALAH UTAMA DI #Kajang! WHY? #KajangMove

Jawapan Kepada 7 Keutamaan Yang di laungkan Oleh Anwar Ibrahim:

1.JENAYAH:
I) Kes mahkamah isu liwat dia Anwar pun tak selesai lagi, dia nak bercakap bab jenayah?
ii) Siapa Yang akan buat Demo pun dikira buat jenayah sebab menyalahi undang-undang.

To PKR---> Jadi bagaimana Anwaribrahim nak kurangkan Gejala Jenayah?

2.Masalah Sosial:
Siapa yang galakkan Mahasiswa & Belia turut serta dalam Demo? Bergolek atas jalanraya sehingga mencetuskan kekacauan dan masalah Sosial?

3.Kesesakan LALULINTAS:
Apakah Kerajaan Selangor yang sedia ada tidak mampu dan Gagal memikirkan strategi yang terbaik untuk Kurangkan Kesesakan? Salah satu sebabnya ialah Kempen Turun harga Kereta. Ini penyebab SESAK atau Tidak?

4.Bantuan Untuk Keluarga Miskin:

Mana Janji 2008 yang dijanjikan dalam manifesto?
A.bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri
B.bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra-sekolah
C.bantuan kepada anak-anak muda untuk mendirikan rumah tangga
D.elaun RM 600 kepada ibu tunggal yang layak
E.Memberi elaun khas suri rumah yang memilih untuk menjaga sepenuh masa anak-anak kecil
F.Membantu setiap rakyat Selangor untuk mendapatkan kediaman sendiri
G.Mengurangkan cukai pintu kediaman -20% dan cukai premis komersial
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

[PART 2] KISAH WAYTHAMOORTHY & RM372.5 JUTA

Sepertimana dalam perjanjian MOU antara Hindraf, Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak telah bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas yang dipanggil "Expert Steering Committee" dimana jawatan kuasa ini akan mempunyai 5 orang ahli yang terdiri daripada seorang pengerusi yang akan dilantik oleh Perdana Menteri dan dipersetujui oleh HINDRAF termasuk 2 wakil dari Barisan Nasional dan 2 Wakil dari Hindraf. Perdana Menteri mencadangkan agar seorang Menteri Kabinet India dijadikan sebagai Pengerusi bagi "Expert Steering Commitee" namun Waytha Moorthy menolak perlantikan mana – mana ahli politik dalam jawatankuasa tersebut.

Kemudiannya Perdana Menteri mencadangkan Tan Sri Dr. Tambirajah dari Sri Murugan Centre untuk dijadikan sebagai pengerusi namun ia juga ditolak oleh Waytha Moorthy dengan alasan Tan Sri Tambirajah ialah ahli akademik dan berbangsa Ceylonese. Beliau tidak akan memahami sentimen kaum india.

Waytha Moorthy mencadangkan beberapa nama  seperti Tunku Abdul Aziz Ibrahim, Tan Sri Dzulkifli Razak (Bekas VC USM), Tan Sri Dr. Ahmad Tajuddin (Former SIRIM D-G) dan Datuk Dr. Dension Jayasooria (UKM). Waytha Moorthy juga turut mencadangkan 2 nama wakil dari Barisan Nasional juga.

Akhirnya PM mencadangkan Tan Sri Nor Mohamed Yackop, Bekas Menteri Kabinet dan Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional untuk dijadikan pengerusi bagi Expert Steering Committee. Waytha Moorthy setuju dan mengiktiraf perlantikan Tan Sri Nor Mohamed Yackop sebagai Pengerusi ESC. Waytha Moorthy turut menyetujui 2 Wakil Barisan Nasional yang dipilih ialah Tan Sri Dr. Thambirajah and D. Ravindran dari PEMANDU. Kesemua mereka dilantik secara rasmi pada 18 September 2013.

Mesyuarat pertama Expert Steering Committee dijadualkan oleh Pengerusi ESC pada 7 November 2013 di mana Hindraf masih belum mengemukakan nama 2 orang wakilnya. Setiausaha Sulit Waytha Moorthy telah dimaklumkan mengenai mesyuarat ESC dan telah meminta menyerahkan dua nama wakil hindraf agar surat perlantikan dikeluarkan secepat mungkin.

Namun tiada nama yang diberikan malah Waytha Moorthy meminta untuk berjumpa dengan Pengerusi terlebih dahulu sebelum mesyuarat ESC. Jadi mesyuarat yang dijadualkan pada 7 November 2013 terpaksa dibatalkan dan satu pertemuan antara Waytha Moorthy dan Tan Sri Yackop dijadualkan pada 8 November 2013. Pengerusi ESC Tan Sri Yackop setuju dengan pemintaan Waytha Moorthy dan beliau komited untuk menjalankan tugasnya.

Tetapi pada 8 November 2013 Waytha Moorthy membatalkan pertemuan dengan Pengerusi dengan alasan mahu mendapat penjelasan daripada Perdana Menteri mengenai Expert Steering Committee.Kecewa dengan tindakan Waytha Moorthy yang asyik memberi alasan dan menolak mesyuarat ESC, Tan Sri Yackop menolak jawatan sebagai Pengerusi ESC pada 8 November 2013 pada hari yang sama.

Punca kelam – kabut berlaku disebabkan  Waytha Moorthy yang asyik mengelak dengan alasan yang tidak munasabah. Apa yang Waytha moorthy mahu ialah SATU KEMENTERIAN BARU DIBAWAH SELIAAN BELIAU DENGAN KUASA ESEKUTIF YANG MUKTAMAD. WAYTHA MOORTHY YANG TIDAK PUAS KERANA PERKARA YANG DIMINTANYA TIDAK DAPAT, MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK LETAK JAWATAN TIMBALAN MENTERI DAN SENATOR.

http://www.cikgushashi.com/?p=3954


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, February 21, 2014

#PRKKajang: KENALI SIAPAKAH CHEW MEI FUN (CALON BN) #Kajang #KajangMove

Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun bakal diumumkan sebagai calon Barisan Nasional untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Pengumuman mengenai perkara itu akan dibuat kira-kira pukul 2 petang Jumaat.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka membuat pengumuman itu pada sidang media di Menara Daton Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.

Difahamkan Chew telah mendapat persetujuan daripada MCA dan parti komponen BN yang lain sebagai calon di kerusi tersebut.

Chew membuat kemunculan semula selepas berehat selama tiga tahun apabila memenangi salah satu daripada empat kerusi Naib Presiden pada pemilihan parti itu 21 Disember tahun lalu.

Chew, 50, adalah bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya Utama, Senator, Ketua Wanita MCA dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang kosong berikutan peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan (Adun) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lee Chin Cheh bagi membuka jalan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding dalam PRK itu.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

MY SLIDESHARE UPLOAD