Saturday, August 29, 2015

#BERSIH4 LIVE UPDATE TIMELINES

APA ITU PERHIMPUNAN BERSIH?

Rujukan dari blog ini - SINI



LIVE TWEETS



TUNTUTAN 

Dalam Memarandum yang mahu diserahkan kepada YDP Agong, Bersih ada 4 tuntutan yang utama:
  • Penyemakan semula daftar pemilih yang lengkap demi memastikan segala kesalahan dan ketempangan yang sedia ada dapat dihapuskan.
  • Penggunaan dakwat kekal untuk menghalang pengundian berganda.
  • Pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain di luar negara.
  • Akses media yang adil kepada semua pihak dalam pilihanraya supaya semua parti politik boleh menjelaskan dasar dan manifesto mereka kepada rakyat Malaysia.
RUJUKAN
  1. Perhimpunan Bersih 2007
  2. Perhimpunan Bersih 2011
  3. Perhimpunan Bersih 2012
  4. Perhimpunan Bersih 2015

Friday, August 28, 2015

GEMPAR! BABI DIGANTUNG SECARA TERBUKA DI KILANG TEPUNG GANDUM!! MANA JAKIM?


Saya terkejut dengan status yang dimuat naik oleh laman FB Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), dimana gambar yang menunjukkan seekor babi digantung di sebuah kilang tepung gandum secara terbuka.

Pihak JAKIM digesa mengambil tindakan terhadap pihak yang terlibat.



Berikut adalah post nya:


PPIM terima dua gambar mendakwa kilang Prestasi Flour Mill Sdn Bhd menggantung seekor babi.Berdasarkan plastik tepung...
Posted by Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) on Friday, August 28, 2015


Berikut adalah sedikit makumat untuk pihak JAKIM.

Jangan senyap pulak!

TEPUNG GANDUM CAP LILI



ALAMAT KILANG

PRESTASI FLOUR MILL (M) SDN BHD,
Lot 55711, Jalan Tanjung,
Dry Bulk Terminal, 
West Port, 42920,
Port Klang,
Selangor,

No Tel: 03-31011998 / 03-31011898




Thursday, August 27, 2015

LOVE SCAM: SANGAP DENGAN LELAKI MAT SALLEH PUNCA RIBUAN WANITA MALAYSIA DITIPU


Tahukah anda bahawa sebanyak 6 daripada 7 wanita di Malaysia ditipu oleh 'love scam' setiap hari?

Ternyata statistik ini amat membimbangkan dan masalah ini perlu ditangani segera.

Namun, sindiket yang punyai hubung kait perasaan ini takkan aktif seperti sekarang jika wanita menjadi mangsa sindiket ini tidak respon.

Menurut sumber, Antara sebab kenapa wanita di Malaysia mudah tertipu dengan kegiatan 'love scam' adalah:
1. Angau
Angau dengan mat saleh dan pak Arab menjadi antara faktor utama wanita-wanita di negara ini tertipu dan mudah diperdaya oleh sindiket Love Scam yang didalangi oleh warga Afrika. Difahamkan, mangsa-mangsa wanita ditipu kerana mereka terlalu teruja apabila berkenalan dengan lelaki warga asing khususnya yang berasal dari England dan tanah Arab.

2. Terlampau terbuka
Menurut sumber, kebanyakan mangsa itu bersikap ‘terbuka’ di laman sosial Facebook apabila seorang lelaki warga asing mahu berkenalan dan tidak menolak untuk terus berkomunikasi dengan pihak terbabit.

3. Teruja
“Sudah menjadi lumrah dalam masyarakat kita hari ini yang teruja apabila berkenalan dengan warga asing terutamanya yang digelar ‘mat saleh’ dan perkara itulah sebenarnya yang terjadi kepada kebanyakan mangsa-mangsa wanita. “Mereka teruja apabila seorang dari luar negara yang be­kerja di Malaysia mahu ber­kawan dengan mereka dan akan melayan lelaki itu dengan bersungguh-sungguh. Lebih-lebih lagi jika lelaki itu mempunyai rupa paras yang elok," kata sumber.

4. Kesunyian
Wanita yang kesepian, mahu mencari pasangan hidup dan diabaikan keluarga adalah antara majoriti mangsa yang ditipu oleh sindiket Love Scam ini. “Mangsa yang terjebak dalam kes ini kebanyakannya terdiri daripada mereka yang tidak mempunyai pasangan hidup, ditinggalkan suami seperti ibu tunggal dan wanita berstatus andartu," kata sumber.

5. Keinginan dari kecil
Teori psikologi juga mendapati, golongan ini sebenarnya mudah terbawa-bawa dengan keinginan semasa kecil. Sebagai contoh, mereka tidak dapat sesuatu ketika waktu kanak-kanak dan apabila sudah dewasa keinginan ini tanpa disedari akan keluar dan berazam untuk mendapatkannya. “Misalnya, sejak dari kecil dia tidak mendapat kesenangan, sudah tentu di waktu besar dia akan cuba melakukan sesuatu untuk mendapatkan kemewahan, iaitu keinginan yang dipendam selama ini walau dengan apa cara sekalipun.“Itu sebab apabila ada yang menjanjikan sesuatu, mereka akan alpa,” ujar sumber.

6. Janji manis
Akibat daripada mudah terpedaya dengan kata-kata atau mahukan sesuatu kemewahan yang di luar batasan, wanita terpengaruh dengan janji-janji yang ditabur. Golongan lelaki berkenaan sebenarnya tidak mempunyai apa-apa kekayaan pun, sebaliknya hanya mempunyai ‘kepakaran’ dan ‘berkemahiran tinggi’ dalam menggunakan ayat-ayat menggoda.

7. Tidak mengambil tahu isu semasa
Laporan juga menyebut mengenai kebanyakan yang menjadi mangsa sindiket penipuan ini adalah terdiri daripada golongan wanita profesional. Selain mereka memang dikejar kerana mempunyai aset, ada dalam kalangan golongan ini yang mungkin hanya tahu mengenai soal kerja sahaja tetapi tidak mengendahkan apa yang terjadi di sekeliling mereka atas dasar kurang pengalaman dan pengetahuan dalam hal berkenaan.

8. Tidak ramai kawan
“Selalunya orang yang begini terdiri daripada mereka yang tidak mempunyai ramai kawan dan kurang berkomunikasi. “Sebab itu dinasihatkan, kalau boleh kita perlu mempunyai ramai kawan, agar tidak terjebak dan terpedaya dengan sebarang unsur negatif. Lagi satu, sekiranya ada yang cuba menawarkan bantuan cinta kepada anda di Internet, jangan sesekali cuba mendekati diri, elakkan apa yang perlu. “Kalau mahu dapatkan cinta, biarlah orang yang kita sayang itu benar-benar bertakhta di jiwa nyata dan bukannya di alam maya,” jelas sumber.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan mengingatkan pengguna di media sosial terutama wanita agar mengkaji kesahihan emel yang diterima bagi menggelakkan menjadi mangsa sindiket.

Selalunya, kebanyakkan wanita terus tertipu dengan lelaki Afrika adalah golongan yang tidak mencari maklumat dan hidup dalam dunia mereka sendiri.

Beribu kes penipuan membabitkan lelaki Afrika telah dilaporkan media tetapi masih ramai yang menjadi mangsa lelaki Afrika.

Maka, anda dinasihatkan sentiasa berhati-hati.




MY SLIDESHARE UPLOAD