Friday, April 10, 2015

TRANSKRIP PENUH SESI SOAL JAWAB PM @NajibRazak BERSAMA @TV3Malaysia


PM tampil menjawab soalan dan kritikan yang dikenakan terhadap beliau oleh 'pihak tertentu'. Memang jelas jawapan yang diberikan oleh beliau. Harap pihak tersebut tidak terus menerus mempertikai dan mengkritik isu bermotifkan politik semata-mata.
TRANSKRIP PENUH SESI SOAL JAWAB
 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menjawab pelbagai soalan mengenai beberapa isu yang diutarakan oleh pelbagai pihak termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sambil menegaskan bahawa keutamaan beliau ialah kepada rakyat dan negara, Najib menjawab segenap aspek persoalan dan kritikan terhadap pentadbiran beliau, meliputi isu pengurusan 1MDB, pelaksanaan GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan), BRIM (Bantuan Rakyat 1Malaysia), kes pembunuhan Altantuya, Akta Hasutan, POTA (Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan) dan prospek ekonomi negara.

Beliau mengupas segala isu itu ketika diwawancara Hamdan Ahmir dalam program Soal Jawab TV3 Edisi Khas yang turut disiarkan menerusi Astro AWANI malam ini.

Berikut adalah transkrip penuh wawancara itu:

MUKADIMAH HAMDAN: Sejak kebelakangan ini, ada beberapa pihak yang mengkritik Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkaitan beberapa isu pengurusan kewangan dan pentadbiran. Malah ada pihak yang meminta supaya Perdana Menteri melepaskan jawatan kerana mereka berpendapat UMNO dan Barisan Nasional akan tewas dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya Yang Amat Berhormat terus memimpin. Untuk menjawab persoalan-persoalan ini, saya alu-alukan kedatangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

----------
SOALAN: Saya ingin mulakan sesi kita dengan menyampaikan rasa simpati kami kepada Datuk Seri dan juga warga kerja Pejabat Perdana Menteri atas kehilangan sahabat Datuk Seri yang cukup rapat, Tan Sri Jamaluddin Jarjis, dan juga dua pegawai kanan yang paling rapat dengan Datuk Seri, Datuk Azlin Alias dan Datuk Mohd Poad (Jelani). Bagaimana Datuk Seri menangani kesukaran dalam saat-saat yang berdukacita ini?

NAJIB: Tentu sekali kehilangan mereka bertiga merupakan tragedi bagi Pejabat Perdana Menteri, lebih-lebih lagi bagi diri saya sendiri, tentu sekali bagi keluarga mereka, sahabat handai. Dalam konteks pentadbiran negara, Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis telah memberi sumbangan yang besar dalam pelbagai kapasiti di dalam dan luar negara.

Allahyarham Datuk Azlin dalam pentadbiran pejabat saya telah menjalankan tugasnya dengan efisien, dengan amanah. Begitu juga dengan Datuk Poad sebagai setiausaha sulit saya, telah jalankan tugasnya dengan baik.

Namun, walaupun saya tetap dalam kesedihan tetapi kehilangan mereka itu menguatkan iltizam saya untuk menjalankan tugas-tugas saya memimpin negara dengan sebaik mungkin untuk mencapai segala impian, segala cita-cita dan wawasan negara.

----

SOALAN: Kita dapati Datuk Seri, kerajaan membuat penilaian semula dari segi perkembangan ekonomi negara akibat tekanan-tekanan yang kita hadapi secara global. Dari segi ekonomi, bagaimana Datuk Seri melihat usaha-usaha yang dijalankan setakat ini dalam memantapkan ekonomi negara ke tahap yang lebih tinggi?

NAJIB: Memang penilaian semula itu sangat kena pada masa berikutan kejatuhan harga minyak yang agak begitu drastik, merudum jatuh hingga ke paras separuh daripada masa-masa sebelum ini. Sudah tentu mana-mana negara pengeluar minyak terpaksa membuat penyesuaian/adjustment kepada kedudukan fiskal negara, supaya langkah-langkah yang lebih proaktif kita dapat menjamin bahawa fundamental ekonomi negara kita masih kukuh.

Ini yang nak saya tekankan. Meskipun harga minyak jatuh tetapi fundamental ekonomi negara kita tetap utuh dan kita masih boleh mencapai kadar pertumbuhan yang sederhana tinggi.

Kita masih boleh menarik pelaburan, kita masih boleh melaksanakan pembaharuan transformasi negara dan kita boleh terus memastikan rakyat Malaysia terbela.
---

SOALAN: Kita dapati banyak pihak yang menyambut baik usaha-usaha yang dibuat kerajaan dari segi memantapkan ekonomi negara. Dalam pada itu, Datuk Seri, ada pihak-pihak tertentu yang nampaknya tidak berpuas hati dengan cara pentadbiran Datuk Seri sendiri sebagai Perdana Menteri.

Saya ingin khususkan kepada kritikan-kritikan yang dibuat sejak akhir-akhir ini oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepimpinan Datuk Seri sendiri. Bagaimana Datuk Seri melihat kritikan yang datang ini?

NAJIB: Saya tetap hormati Tun Dr Mahathir seperti mana saya hormati rakyat Malaysia. Saya terbuka sekiranya mana-mana pihak yang mengkritik kepimpinan saya, pentadbiran saya.

Saya harap kritikan itu dibuat dengan penuh berhemah dan cara bertanggungjawab. Saya meneliti, saya menimbang kewajaran setiap kritikan itu. Tetapi saya perlu tegaskan pada kesudahannya, saya perlu membuat keputusan sebagai Perdana Menteri dan sebagai Presiden UMNO, dan saya bertanggungjawab kepada rakyat Malaysia dan kepada parti. Itu saya nak tegaskan.

Apapun pendapat individu, pada kesudahannya, saya akan bertanggungjawab kepada rakyat dan kepada parti.

---
SOALAN: Kita ambil contoh misal kata pengenalan GST pada 1 April. Ada pihak yang beranggapan bahawa dari segi timing GST diperkenal itu kurang sesuai di kala rakyat merasakan kesan ekonomi dunia yang memberi kesan kepada Malaysia itu juga menghimpit mereka. Apa komen Datuk Seri?
NAJIB: Sebenarnya, tiada masa yang dikatakan sesuai untuk memperkenalkan GST. Kalau kita lihat pada keseluruhannya, antara faktor yang boleh dikatakan menyebelahi langkah kerajaan untuk memperkenalkan GST; harga minyak dah jatuh.

Bila harga minyak jatuh, maknanya harga petrol dan diesel lebih rendah dari masa-masa sebelumnya. Itu satu...rakyat mendapat faedah daripada penurunan harga minyak dunia. Yang kedua, kerajaan telah membuat persediaan yang begitu lama.

Soal GST ini sejak tahun 80-an lagi. Bukan perkara baharu. Jadi kita laksanakan daripada makronya sesuai masanya sebab kerajaan perlu kepada punca kewangan tambahan sebab hasil dividen daripada Petronas akan berkurangan kerana harga minyak dah jatuh.

Jadi amat sesuai kita perkenal sekarang dan kita juga telah membuat satu bentuk di mana banyak produk perkhidmatan keperluan rakyat yang di-zero rated atau dikecualikan. Lebih daripada 4,000. Tak pernah mana-mana negara yang membuat cara sedemikian dan ini bukan cukai tambahan.

Ini penggantian kepada cukai perkhidmatan dan jualan (SST) yang selain daripada itu, kita tambah BR1M, Bantuan Rakyat 1Malaysia, kita bagi pengurangan cukai peribadi antara satu hingga tiga per cent. Dan kita kurangkan juga cukai korporat, juga satu per cent. Jadi pakej, jika kita lihat keseluruhannya, adalah pakej yang tidak membebankan rakyat.

Kerana kita nak pastikan pelaksanaannya, ini pokok, pelaksanaannya dari segi penguatkuasaan. Kalau ada pihak komplen, dia bukan pengenalan GST sebenarnya, tetapi pihak peniaga yang mengambil kesempatan. Peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab, bukan semua.

Ada yang telah mengiklankan harga tak naik, ada yang kata harga akan dikurangkan. Misalnya, harga kereta dikurangkan. Ada rangkaian supermarket seperti Mydin yang kata kekalkan harga, ada yang kedai kain cakap mereka akan absorb GST dan sebagainya.

Jadi (apa yang) kita nak pihak penguatkuasaan ambil tindakan ialah peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab.

SOALAN: Kita faham bahawa barangan harian yang menjadi keutamaan rakyat Malaysia dikecualikan GST. Tapi ada juga dalam kalangan rakyat yang membangkitkan soal apabila mereka pergi kedai makan, makanan orang Malaysia seperti nasi lemak atau roti canai dengan teh tarik juga dikenakan GST.

Kalau nak beli kicap tomato, sos Maggi misalnya pun dikenakan GST. Jadi mereka bertanya bagaimana GST ini tidak membebankan mereka. Keluar hari-hari makan di kedai kopi pun dikenakan GST.

NAJIB: Kalau pihak itu tidak sepatutnya kenakan GST, tolong lapor kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (Koperasi dan Kepenggunaan). Di sini letaknya kuasa pengguna. Kita mesti tahu kita ada kuasa.Kuasa pertama kita boleh pilih mana-mana kedai yang kita nak beli barangan ataupun kedai-kedai makan, kita boleh pilih. Jadi kedai-kedai yang tak bertanggungjawab yang sengaja menaikkan harga, lepas itu menyalahkan pihak kerajaan.

Kita janganlah pergi ke kedai itu. Banyak kedai lain. Kedai alternatif lain. Yang kedua kita mesti lapor kepada kementerian dan pihak kastam. Jadi gunakan kuasa sebagai pengguna. Lambat laun, mereka yang menggeksploitasikan keadaan ini, mereka akan kehilangan pembeli.

SOALAN: Saya nak kaitkan kembali antara BR1M dan GST seperti yang disuarakan Tun Mahathir juga bahawa masa yang tidak sesuai mengikut pandangan beliau, tidak semestinya betul. Tidak sesuai untuk dilaksanakan GST dan handout BR1M bukan langkah yang berkesan untuk diambil oleh kerajaan.

NAJIB: BR1M bukan handout. Sebenarkan BR1M merupakan social safety net yang telah dicadangkan Jawatankuasa Fiskal, bukan saya sendiri. Jawatankuasa Fiskal terdiri daripada jabatan-jabatan kerajaan termasuk Bank Negara, EPU, Kementerian Kewangan dan sebagainya. Bila mereka bincang, pada mulanya kerana kita nak kurangkan subsidi pukal.

Maknanya subsidi daripada minyak kita nak kurangkan kerana banyak ketirisan. Banyak pembaziran. Banyak pihak yang tak layak dapat subsidi mendapat faedah subsidi. Jadi kita kata, kita kurangkan. Tapi kita kena kurangkan berperingkat-peringkat.

Kalau kita kurangkan, kita jimat perbelanjaan kerajaan. Bila jimat perbelanjaan kerajaan, sebahagian daripada penjimatan itu kita salurkan balik kepada rakyat. Jadi jika rakyat terpaksa membayar harga minyak lebih, mereka adalah, orang kata timbal balas dalam BR1M bagi mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah. Sekarang kita tambah sikit kepada RM4,000, tapi RM3,000 ke bawah ada timbal balas. Jadi itulah falsafahnya sebenarnya.

Soal social safety net yang bukan saja Malaysia, tapi banyak negara lain mengamalkan sistem social safety net dalam pelbagai kaedah.

SOALAN: Berbalik kepada kritikan Tun Mahathir, beliau ada sebut kes Altantuya Shaariibuu. Kita semua sedia akur bahawa mahkamah telah buat keputusan kes ini...sudahpun berlalu. Tapi ada pula timbul kritikan daripada Tun Mahathir yang kata siapa yang beri arahan kepada pegawai polis terbabit untuk membunuh Altantuya. Terasa perkara ini pelik sebab kes itu sudah berlalu. Apakah Datuk Seri ada terbabit dalam perkara ini?

NAJIB: Ini cerita 2008...dah lama dah. Sebenarnya saya dah lafazkan sumpah Wallahi Wabillahi Watallahi, tiga kali termasuk di sebuah masjid di Permatang Pauh pada 2008...bahawa saya tidak mengenali Altantuya dan saya tidak terlibat sama sekali sama ada secara langsung atau tidak langsung. Dan pihak polis telah jalankan siasatan. Dan pada masa itu Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) sebagai Perdana Menteri dah laporkan, dan Ketua Polis Negara dah buat kenyataan bahawa saya tak terlibat.

Dan tak ada bukti sama sekali yang timbul bahawa saya kenal Altantuya. Tak ada langsung...tak ada gambar, tak ada tulisan, tak ada saksi dan sebagainya. Mahkamah telah tentukan prosesnya sampai ke Federal Court. Apakah kita nak persoal integriti mahkamah kita yang kita pertahankan sebelum ini?

SOALAN: Difahamkan Datuk Seri sebenarnya sebelum ini pernah bertemu Tun Mahathir sendiri mengenai beberapa isu. Adakah beliau bertanyakan Datuk Seri kes Altantuya ini?

NAJIB: Tak secara langsung tapi kita pernah sekali berbincang. Dalam perbincangan itu saya lihat beliau tak persoalkan penglibatan saya dalam (kes) Altantuya. Dan saya anggap perkara ini tak berbangkit sama sekali. Bila saya bincang dengan Tun Mahathir, saya tunjuk bahawa saya tetap hormat dia misalnya, walaupun saya sebagai perdana menteri. Tapi saya pergi ke rumah dia, saya tak benarkan dia datang rumah saya. Tapi macam mana pun bila kita bincang saya perlu buat keputusan sebagai perdana menteri.

SOALAN: Dia (Tun Mahathir) faham bila (Datuk Seri) jumpa dan memberi penerangan tetapi kenapa ditimbulkan lagi perkara ini?

NAJIB: Dia ada satu dua perkara dia nak saya buat. Tapi saya dah beri pandangan atas perkara ini. Misalnya dia tak setuju BR1M, dia minta saya buat jambatan bengkok ganti Tambak Johor. Saya dah bagi pandangan atas perkara ini. Saya anggap ini sebagai perbincangan antara dua individu...agak sihat kalau ada perbezaan pendapat tapi macam mana pun akhirnya saya kena bertanggungjawab kepada rakyat dan parti. Dan kebanyakan perkara ini saya bawa dalam Kabinet dan Kabinet akan putuskan perkara ini.

SOALAN: Datuk Seri, saya nak beralih kepada soal 1MDB. Ada pihak-pihak yang mendakwa urus niaga 1MDB dengan didalangi beberapa personaliti tertentu amatlah meragukan sekali. Apa komen Datuk Seri?

NAJIB: Saya nak jelaskan bahawa 1MDB merupakan sebuah badan yang kita sifatkan sebuah investment company. Bermula dengan capital hanya RM1 juta saja berbanding dengan PNB, Khazanah dan badan-badan lain kita beri macam-macam suntikan modal. Tapi untuk 1MDB cuma RM1 juta saja.

Bila 1MDB nak kembangkan perniagaan, dia terpaksa meminjam tapi aset-aset yang telah pun diperoleh oleh 1MDB melebihi liabiliti. Ini saya nak tekankan... melebihi liabiliti. Kita perlu beri lebih masa kepada 1MDB untuk membangunkan atau mencairkan aset-aset ini supaya dia dapat melunaskan hutang-hutangnya. Kita boleh pertikai business model, saya sedia dengar pandangan-pandangan berbeza tapi apa saya nak tegaskan di sini, saya tak condone, tak boleh terima kalau ada apa-apa salah guna kuasa dalam 1MDB. Misalnya duit dilesapkan...dan sebagainya.

Sebab itu bila Deloitte sebagai auditor telah sahkan auditnya, saya masih tak puas hati. Saya dah bawa cadangan dalam Kabinet supaya Ketua Audit Negara menyemak balik secara terperinci. Dan setelah Ketua Audit Negara menyemak, saya minta PAC (Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara) teliti pula. Dalam PAC ada pembangkang, mereka boleh bincang laporan audit.

Apa saya nak katakan, biarlah proses ini berjalan...bagi tempoh. Sebab kalau kita dakwa, ada banyak beza kalau kata duit dilesap atau pinjam, rizab. Saya juga minta Ketua Audit sahkan adakah tidak duit 1MDB diguna untuk buat filem umpamanya. Saya nak tahu dan ini antara perkara-perkara yang mesti ditentukan laporan ketua audit dan mesti disahkan atau sebaliknya oleh PAC.

-----

SOALAN: Ada tempoh masa yang diberi?

NAJIB: Kita tak beri tempoh tapi mereka mesti buat seberapa segera yang boleh. Siasatan yang rapi seberapa segera yang boleh sebab saya nak rakyat tahu sebab saya telah beri jaminan bahawa dalam urusan 1MDB ini, kalau ada salah guna kuasa, maka kita takkan pertahankan sesiapa.

---

SOALAN: Ada juga pihak yang bertanya wang yang dipindah dari Cayman Island ke Singapura tapi tak dibawa balik ke Malaysia. Mengapa Datuk Seri?

NAJIB: Pertamanya duit itu tidak di Cayman Island. Cayman Island ini merupakan pendaftaran saja...Banyak syarikat, ada 200 syarikat Malaysia ada Cayman Island account. Tak ada salahnya ada Cayman Island account. Mereka simpan duit ini di luar sebab mereka ada hutang luar. Daripada mereka bawa balik ke Malaysia elok mereka simpan di luar sebab boleh dapat keuntungan daripada Forex dan sebagainya. Masa akan menentukan tapi dalam masa tertentu duit itu akan dibawa balik ke Malaysia.

 -- 

SOALAN: Jadi tak ada kaitan dengan syarat-syarat Bank Negara untuk dibawa balik wang itu ke Malaysia?

NAJIB: Sistem kita bebas. Apa-apa kita nak buat pun dia dengan pengesahan daripada Bank Negara. Jadi Bank Negara tahu movement of fund dan sebagainya.

 --- 

SOALAN: Adakah Datuk Seri pernah jelaskan perkara 1MDB kepada Tun Mahathir?

NAJIB: Saya secara langsung tidak (ada) sebab dia tak bangkit secara terus dengan saya. Tapi saya tahu Lembaga Pengarah 1MDB dan ketua eksekutif 1MDB ada jumpa dengan beliau terangkan keadaaan.

---

SOALAN: Adakah Datuk Seri pohon pengurusaan 1MDB agar lebih transparent dalam urus niaga akan datang supaya rakyat dapat maklumat secukupnya?

NAJIB: Ya, begitulah dengan penyusunan semula pengurusan 1MDB saya harap sedemikian. Begitu juga kita umumkan program rationalisation...kita sekarang dalam langkah pelaksanaan rationalisation 1MDB. Kita perlu tempoh masa sikit tetapi pelannya sudah disediakan dan kita dalam peringkat pelaksanaan.

---  
SOALAN: Tadi Datuk Seri sebut pembikinan filem yang dituduh daripada 1MDB. Kenapa Datuk Seri bangkitkan soal pembikinan itu. Apa implikasinya?

NAJIB: Sebab ada dakwaan-dakwaan sedemikian. Saya tidak mahu mempertahankan apa-apa sebab ia melibatkan ahli keluarga tapi saya nak Ketua Audit mengesahkan perkara ini.

--- 

SOALAN: Saya nak beralih kepada Akta Hasutan. Pada satu ketika dahulu Datuk Seri sendiri menyatakan kemungkinan Akta Hasutan ini akan dikaji semula. Tapi baru-baru ini keputusan telah dibuat bahawa Akta Hasutan akan kekal. Jadi banyak pihak yang mengkritik Datuk Seri atas keputusan yang berubah-ubah ini. Apa komen Datuk Seri?

NAJIB: Sebenarnya bila saya kata Akta Hasutan akan dikaji semula ia tidak bererti bahawa peruntukan-peruntukan yang menjadikan sesuatu bentuk dakwaan yang boleh disifatkan sebagai hasutan tidak kita masukkan dalam akta baharu. Cuma nama Akta Hasutan, Sedition Act itu boleh dianggap sebagai controversial sebab asal usul 'sedition' itu dikaitkan dengan peristiwa-peristiwa yang dahulu. Jadi kita nak melihat dalam sudut lebih positif. Ia misalnya air dalam gelas. Separuh kosong kah separuh penuh. Itu sahaja. Tapi saya sedar dalam negara kita ini negara yang berbilang kaum dan berbilang agama kita mesti ada undang-undang yang menyekat dan membanteras sesiapa yang boleh membuat dakwaan, kenyataan dan apa-apa berita dalam majalah, tulisan dan sebagainya yang boleh menghasut rakyat, membenci rakyat, sehinggakan timbul rusuhan. Perbalahan dan rusuhan.

Dan ini mempertahankan semua kaum, semua kepercayaan bukan sahaja orang Islam, orang Melayu tetapi yang bukan Islam, yang bukan Melayu juga dipertahankan. Supaya negara kita ini aman. Kalau kita tidak sentuh soal agama, tidak menghina agama orang lain, tidak menidakkan soal kewarganegaraan orang lain, tidak mengatakan orang itu pendatang dan sebagainya, amanlah negara kita.

Ini tidak bererti bahawa kita tidak boleh mengkritik kerajaan. Sebab dalam pindaan akta ini kita kata peruntukan mengkritik kerajaan itu kita mansuhkan. Kalau dulu misalnya kita boleh dakwa mana-mana pihak yang mengkritik kerajaan sebab ada peruntukan dalam Sedition Act yang sedia ada. Kita dalam pindaan Sedition Act kita mansuhkan. Mereka boleh kritik kerajaan. Tetapi kritik kerajaan bukan bererti mereka boleh menghasut rakyat menjatuhkan kerajaan melalui tunjuk perasaan umpamanya. Itu salah. Tapi kalau dia kata tukar kerajaan waktu pilihan raya itu tidak salah.

Jadi inilah yang nak diamalkan dalam negara kita bahawa sistem demokrasi yang sihat dan bertanggungjawab. Sebab saya sebagai perdana menteri, tanggungjawab saya adalah menjaga keamaman dan keselamatan negara kita. Kalau tiada keamanan, keselamatan negara, tiada apa guna bagi kita semua.

---- 


SOALAN: Ada juga kalangan parti pembangkang yang beranggapan bahawa Akta Hasutan ini sebenarnya ialah untuk memerangkap mereka. Adakah ini benar?

NAJIB: Tidak benar. Mereka pembangkang mereka boleh kata, mereka boleh kritik kerajaan, mereka boleh kata kerajaan tidak bagus, mahu tukar kerajaan waktu pilihan raya, mereka boleh kata. Tentu sekali ini amalan demokorasi. Yang kita tidak mahu kalau mereka mengeksploit soal-soal agama, soal-soal kaum yang menghasut rakyat. Kalau mereka menghasut rakyat, rakyat marah, timbul perbalahan, kesudahannya berlaku rusuhan kaum, antara agama dan sebagainya. Siapa yang akan menderita? Rakyat yang akan menderita. Negara rosak. Jadi inilah yang kita mahu elakkan.

SOALAN: Akta Hasutan mungkin terguna pakai untuk masalah yang wujud di dalam negara. Tetapi sekarang ini muncul pula ancaman terbaharu kepada negara iaitu ancaman pengikut-pengikut IS. Jadi bagaimanakah Datuk Seri melihat kerajaan akan menangani perkara ini daripada berlarutan?

 --

NAJIB: Itu sebab kita memperkenalkan akta baharu ini. Supaya kita boleh bertindak dengan kekuasaan baharu. Tetapi ia dikhususkan kepada soal violence extremism. Pengganas-pengganas menggunakan kekerasan, bakal menggunakan kekerasan. Saya tahu yang dipertikaikan ia merupakan preventive detention, ada element preventive detention. Tetapi ia tidak boleh disamakan dengan ISA sebab kuasa menahan ini kuasa badan khas yang terdiri daripada mungkin hakim atau bekas hakim, orang yang ada kredibiliti. Bukan kuasa yang diberikan kepada badan eksekutif.

Jadi kalau kita nak tahan orang pun, kita mesti memberi bukti yang boleh meyakinkan badan khas ini dan mereka boleh membuat keputusan. Kalau kita tunggu sesuatu kejadian berlaku, katalah sebuah bom telah diletupkan, tentu kesan yang cukup dahsyat, implikasinya cukup buruk. Jadi sebelum sesuatu itu berlaku, kita ambil tindakan di bawah akta yang baharu ini tetapi kita mesti ada bukti yang cukup. Misalnya kita sudah tahu dia sudah ada bom, nak buat bom, tunggu masa sahaja nak bergerak, nak bertindak, masa itu kita boleh ambil tindakan di bawah akta yang baharu.

----


SOALAN: Dalam Datuk Seri menangani isu-isu panas kebelakangan ini, banyak yang menyentuh kerajaan, mengkritik kerajaan dan sebagainya. Bagaimanakah sokongan daripada anggota Kabinet dan juga parti komponen Barisan Nasional dan UMNO sendiri?

NAJIB: Alhamdulillah setakat ini sokongannya sangat baik. Banyak pihak telah membuat kenyataan secara terbuka dari kalangan anggota Kabinet, parti-parti komponen, ketua-ketua bahagian, ahli-ahli Yang Berhormat dan sebagainya. Yang sebelum tadi, yang petang tadi Wanita UMNO buat kenyataan dan sebagainya. Jadi saya melihat parti ada bersama-sama saya, di belakang saya untuk terus memimpin parti dan negara. Tapi seperti mana yang saya kata, bahawa saya boleh menerima kritikan. Tetapi kesudahannya saya bukan bertanggungjawab kepada mana-mana individu, saya bertanggungjawab untuk rakyat Malaysia dan parti.

---- 


SOALAN: Bagaimana pula dengan pandangan Tun Dr Mahathir yang mengatakan bahawa sekiranya Datuk Seri terus memimpin negara, UMNO dan Barisan Nasional akan tewas pada pilihan raya umum akan datang.

NAJIB: Itu pendapat peribadi Tun Dr Mahathir. Apa yang kita dalam parti merasakan, bahawa soal kejayaan kepada UMNO dan BN bergantung kepada kekuatan kita. Kekuatan kita hanya akan menjadi suatu kejayaan kalau kita padu dalam parti. Kalau kita padu dan tidak bercanggah sesama kita, tiada unsur-unsur sabotaj dan sebagainya, saya yakin kita boleh menang dalam PRU ke-14 yang akan datang.

--- 

SOALAN: Tapi kritikan-kritikan ini nampaknya berterusan Datuk Seri. Bagaimana Datuk Seri keep on moving forward dengan kritikan-kritikan yang tidak pernah sunyi ini dan mungkin tidak akan berakhir?

NAJIB: Kritikan pada kali ini lebih daripada biasa. Lebih sengit daripada biasa, tapi saya kena terimalah ini asam garam politk yang mana bukan semua keadaan, wujud keadaan yang tenang dan selesa sepanjang masa. Sebaliknya kritikan ini saya terima walaupun pedih. Tetapi pokok pangkalnya saya bertanggungjawab kepada rakyat dan parti. Selagi rakyat dan parti memberi mandat kepada saya, meletakkan amanah, saya tetap akan teruskan kepimpinan negara dan parti.

----- 

SOALAN: Ada juga kalangan berpendapat perkara yang dibuat nampak jelas oleh kerajaan ialah dari segi pemberian BRIM. Itu nampak ada kalangan yang berpendapat sebenarnya tidak ada perkara projek-projek lain yang benar-benar bagi manfaat kepada kepada rakyat. Adakah dakwaan ini benar?

NAJIB: Tidak. Kalau kita lihat pencapaian negara kita pertamanya kita mulakan dengan data-data mikro misalnya kalau kita lihat kadar pertumbuhan tahun sudah, kita capai kadar pertumbuhan enam peratus, antara yang tertinggi di Asia Tenggara.

Kedua, kalau kita lihat dari segi pertambahan kekayaan GNI sejak 2009 sampai 2014 bertambah 47 peratus. Itu merupakan satu kadar peningkatan GNI yang begitu tinggi. Kadar apa nama, kemiskinan misalnya, sekarang ini tahapnya satu peratus sahaja.

Kita telah mewujudkan 1.5 juta pekerjaan misalnya dan kita telah beri peluang untuk ramai pihak mencapai kelulusan dan dah menjadi middle class dan sebagainya dan kalau kita lihat dari segi on the ground dan keadaan sebenarnya, bekalan api, elektrik, jalan asas terutama sekali untuk Sabah dan Sarawak,banyak yang telah kita tunaikan dan program-program yang kita jalankan misalnya di bawah 1Azam, latihan-latihan keusahawanan, bantuan kepada SME (perusahaan kecil dan sederhana) dan sebagainya untuk peniaga-peniaga dan sebagainya.

Banyak yang telah kita lakukan. Ini semua kita telah rakamkan dalam buku-buku, yang telah kita maktubkan dalam risalah-risalah dan sebagainya, dalam surat khabar. Jadi nak kata kita tak buat banyak itu, tidak benar.

Sebenarnya kita dah buat terlalu banyak termasuk projek seperti MRT dan sebagainya. Yang terbaharu saya melancarkan Pan Borneo Highway yang ditunggu-tunggu 50 tahun oleh rakyat Sarawak. Hari ini mula pelaksanaannya.

Jadi kalau kita lihat segala-galanya kita boleh tengok di Malaysia ini memang banyak perubahan dilakukan.

---


SOALAN: Projek perumahan rakyat?

NAJIB: Banyak ya, termasuk projek perumahan rakyat. Semalam saya lancarkan projek perumahan untuk penjawat-penjawat awam. 1,500 penjawat awam akan menerima rumah mampu dimiliki oleh mereka.
Kita dah janji nak buat satu juta rumah mampu dimiliki dalam tempoh lima tahun. Jadi ini semua komitmen kerajaan yang kita sedang laksanakan.

----

SOALAN: Adakah Datuk Seri berpuas hati dengan kerja-kerja untuk membangunkan semula kediaman mangsa-mangsa banjir di Kelantan?

NAJIB: Setakat ini saya fikir banyak yang boleh kita lakukan lagi. Saya tidak begitu puas hati sebenarnya. Saya ingat, saya rasa perlu lagi ditingkatkan.

Saya harap kerjasama antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri inilah dapat diperkukuhkan lagi terutama sekali nak beri tanah. Sebab tanah di bawah kerajaan negeri. Kalau kita ada tanah, peruntukan kewangan dah bersedia, dan kita boleh serahkan untuk dibina rumah-rumah baharu.

---

SOALAN: Kita dapati tahun ini tahun ke-6 Datuk Seri sebagai PM, apakah agaknya perancangan Datuk Seri seterusnya, the way forward for Malaysia?

NAJIB: Langkah ke hadapan, the way forward kita telah jelaskan dan paparkan kepada rakyat. Sampai kepada tahun 2020 ini kita nak Malaysia menjelma sebagai advanced economy, sebagai negara maju. Dalam pada itu, kita tahu bila kita isytihar Malaysia sebagai negara maju, Insya-Allah, bukan semua rakyat akan merasakan mereka sebahagian daripada ekonomi maju sebab kita gunakan penilaian atau kriteria average income. Ada yang merasakan kedudukan mereka tidak begitu besar perubahannya. Tambah-tambah lagi kalau harga komoditi getah masih pada paras rendah, harga sawit dan sebagainya. Kelompok ini kita perlu lihat bagaimana kita boleh beri tumpuan untuk meningkatkan pendapatan mereka. Saya akan melihat pada Rancangan Malaysia ke-11, apa yang boleh kita masukkan sebagai program-program tambahan, misalnya latihan kemahiran, latihan teknikal, keusahawanan. Ini kita mesti beri tumpuan sebab boleh beri perubahan besar kepada pendapatan rakyat. Selepas tahun 2020 kita akan lihat semula. Tapi our immediate goal dalam masa terdekat ini, dalam masa lima tahun akan datang semestinya untuk jayakan wawasan negara.

SOALAN: Apakah Datuk Seri berpuas hati dengan langkah yang kita ambil agar idea Wawasan 2020 yang dicetuskan oleh Tun Dr Mahathir itu terus kita capai?

NAJIB: Saya yakin kalau kadar pertumbuhan dapat kita pastikan dalam lingkungan lima peratus setahun. Kalau kita lihat dari segi per kapita income, Insya-Allah boleh kita dimartabatkan sebuah negara maju Insya-Allah menjelang 2020. Tetapi saya juga sedar bahawa ini average income. Kita mesti sedar ada kelompok yang mana pendapatan bawah average yang merasakan mungkin kedudukan mereka tidak sebahagian daripada negara maju. Inilah yang mesti kita beri tumpuan, supaya pendapatan kelompok yang bawah 40 peratus average ini mesti kita beri tumpuan yang lebih.

---

SOALAN: Ada juga pihak yang berpendapat kritikan-kritikan yang datang daripada pihak, terutama sekali daripada Tun Dr Mahathir tidak akan berhenti. Bagaimana Datuk Seri bercadang menangani perkara-perkara ini dalam perjalanan kita menuju Wawasan 2020. Adakah ia memberi kesan kepada Datuk Seri sebagai pemimpin negara?

NAJIB: Saya merasakan bahawa apa yang patut saya lakukan adalah teruskan sikap saya. Maknanya saya terbuka. Setiap kritikan itu saya pertimbang dan saya lihat kalau ada apa-apa kekurangan dalam pentadbiran saya. Saya tak pernah kata bahawa saya tak buat kesilapan. Saya akui bahawa setiap manusia itu bukanlah perfect. Tak ada manusia yang tak buat kesilapan. Jadi maknanya saya bersedia dan serius lakukan penambahbaikan. Tetapi kalaulah saya merasakan bahawa apa yang saya lakukan itu dapat sokongan parti dan rakyat maka saya akan teruskan dasar-dasar saya dan keputusan saya. Sebab pada hakikatnya, penentuan hala tuju negara ini bukanlah ditentukan oleh mana-mana individu, tapi ditentukan rakyat dan parti.

-----

SOALAN: Jadi, kedudukan Datuk Seri sebagai pemimpin parti, ditentukan oleh ahli-ahli parti sendiri?

NAJIB: Ahli parti dan kesudahan pada rakyat. Dia ada dua proses. Maknanya antara pilihan raya, parti akan tentukan. Tetapi waktu pilihan raya, rakyat akan membuat kata putus.

---- 

SOALAN: Saya nak tanya Datuk Seri, bagaimana Datuk Seri membahagikan masa dari segi weightage, wajaran antara hal-hal keluarga, dengan hal-hal negara. Bagaimana Datuk Seri mengimbangi perkara ini?

NAJIB: Setiap individu ada caranya. Tetapi bila sudah jadi Perdana Menteri ini, masa untuk keluarga dan masa untuk diri sendiri, orang kata private time itu memang amat terbatas. Tetapi saya cubalah untuk mengimbangi antara kerja-kerja untuk parti, untuk rakyat, untuk kerajaan. Di samping itu kalau ada masa terluang, saya cuba bersama-sama dengan keluarga, dan juga membuat latihan riadah umpamanya, exercise itu mustahak. Dan kewajipan kita kepada Allah kita mesti tunaikan.

----

SOALAN: Pada pandangan Datuk Seri, apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada perpecahan dan kejatuhan sama ada dari segi parti atau sesuatu kerajaan?

NAJIB: Kalau berlaku sesuatu krisis dalaman parti, kalau ada parti itu berpecah misalnya kepada dua tiga kumpulan dan kita hilang kepercayaan sepenuhnya kepada kepimpinan negara dan parti, maka parti akan lemah. Bila parti lemah dari dalam, parti boleh tewas. Saya selalu mengingatkan ahli-ahli parti bahawa tak mungkin parti kalah kerana ancaman asakan dari luar tetapi parti boleh kalah kerana perpecahan dari dalam.

--- 

SOALAN: Bagaimana pula peringkat negara, untuk keseluruhan rakyat Malaysia?

NAJIB: Saya kena hadapi. Zaman sekarang zaman persepsi sebenarnya, bukan realiti. Dengan pengaruh sosial media yang begitu berleluasa hari ini. Zaman Tun Mahathir tak ada sosial media. Zaman sekarang ini sosial media berperanan besar. Jadi inilah satu yang terpaksa kita buat pengubahsuaian dari segi pendekatan supaya menangani persepsi. Persepsi ini jika tidak ditangani boleh menjadi realiti. Inilah mungkin cabaran paling besar bagi saya dan rakan-rakan saya ialah untuk menangani persepsi.

SOALAN: Kita semua tahu bahawa keluarga Datuk Seri, daripada Allayarham Tun Abdul Razak mempunyai perhubungan cukup erat dengan Tun Dr Mahathir. Ini pertalian yang cukup lama. Walaupun dengan kritikan daripada Tun Dr Mahathir, bagaimanakah Datuk Seri melihat Tun Dr Mahathir. Adakah pandangan Datuk Seri sudah berubah? Kalau dulu Datuk Seri melihat beliau seperti seorang bapa, dan Datuk Seri sendiri merupakan anak didik beliau. Adakah pandangan seumpama itu sudah berubah kerana timbul kritikan terbaharu Dr Mahathir.

NAJIB: Saya akan tidak apa-apa dengan kritikan Tun Mahathir. Tetapi saya ingin menyatakan bahawa, hakikatnya saya bertanggungjawab kepada rakyat dan parti. Sama ada hubungan kita ini macam dulu atau tidak, masa akan tentukan. Tapi bagi saya, saya beriltizam untuk menyerahkan kedudukan saya kepada rakyat dan parti. Bukan bererti saya tak hormat mana-mana individu. Tapi itu soal individu. Dari segi hakikatnya saya mesti serahkan kedudukan saya kepada rakyat dan parti.

SOALAN: Apakah hasrat Datuk Seri kepada ahli-ahli parti dan rakyat keseluruhan supaya kita dapat keluar daripada kemelut ini dan bawa ke tahap lebih baik?

NAJIB: Pada saya kita mesti lihat yang pentingnya apa? Pada saya yang pentingnya the big picture. Yang penting adalah soal masa depan kita, hala tuju kita. Kita jangan benarkan sesuatu isu yang digembar-gemburkan seolah-olah negara kita ini ekonominya sudah hancur, atau pun kita sudah bermasalah sampai tidak boleh ditangani. Itu tidak benar sama sekali. Kita mesti yakin kita menuju hala tuju yang benar dan positif. Dan dalam pada itu kalau ada kelemahan kita perbaiki, kita perbetulkan. Mana-mana kerajaan di dunia pun tak ada yang perfect, mesti ada kelemahan. Zaman Tun Dr Mahathir pun tak perfect juga, zaman saya pun tak perfect. Tetapi kita mesti sedar bahawa kita ini mempunyai sikap yang terbuka, kita betulkan keadaan, supaya hari esok lebih baik daripada hari ini.

------

SOALAN: Apakah harapan Datuk Seri yang seterusnya, sebagai yang terakhir?

NAJIB: Harapan saya rakyat akan terus bersama-sama dengan kerajaan yang ada sekarang ini. Mungkin tak semua, tapi biar sebahagian besar. Sebab kita mewarisi sebuah negara yang mempunyai masa depan yang begitu cerah sekali. Mana-mana luar negara yang saya pergi, mereka melihat Malaysia sebagai sebuah negara contoh, model. Janganlah kita mempolitikkan keadaaan ini terlalu sangat sehinggakan menghancurkan kepentingan negara. Politik tidak boleh mengatasi kepentingan negara.

Kalau semua rakyat sedar, Insya-Allah kita punyai masa depan yang begitu baik sekali. Kita boleh berbeza pendapat, tak jadi masalah, asalkan kita gunakan cara yang baik, cara berhemah, cara penuh bertanggungjawab. Masa depan Malaysia, Insya-Allah tetap terjamin.

Sumber: Astro Awani

Sunday, April 5, 2015

ANAK MUDA KENA "BRAIN WASH" DENGAN PPIM? (15 GAMBAR)


Program Memupuk Kesedaran Perjuangan Anak Muda anjuran Unit Tindakan Khas, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah diadakan pada petang semalam dan telah mendapat sambutan begitu memberangsangkan dari peserta, iaitu dari kalangan anak-anak muda sendiri.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada anak muda mengenai kepentingan perjuangan mempertahankan agama, bangsa dan negara.


Program ini adalah cetusan idea Ketua Aktivis PPIM, Datuk Paduka Nadzim Johan setelah beliau telah menghadiri sebanyak 10 siri "Ops BAH".

Satu operasi khas memerangi masalah sosial di kalangan anak muda dengan kerjasama agensi pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Imigresen, dll.


Menurut Ketua Biro Ekonomi & Usahawan Muda merangkap Ketua Unit Tindakan Khas PPIM, En. Yusuf Azmi program 'Memupuk Perjuangan Anak Muda' dianjurkan ekoran keadaan semasa dalam menangani liku dan cabaran generasi muda negara pada waktu ini agak merunsingkan.
"Persekitaran yang mudah mempengaruhi mereka serta pendedahan anasir luar yang mendorong kepada kecelaruan anak muda dalam mengenali identiti diri. 
Ini merupakan satu suasana yang tidak sihat dan boleh mewujudkan kebimbangan memandangkan generasi ini yang akan melansungkan kesinambungan keyaan Malaysia yang tercinta. 
Justeru, generasi muda perlu berani menghadapi cabaran, berdaya saing dan tidak mudak mengalah dalam membina jati diri yang cemerlang dari aspek kehidupan bagi memperkasakan bangsa dan negara." katanya.
Program seperti ini perlu diperbanyakkan bagi dijadikan panduan dan pedoman kepada pemangkin masa hadapan negara dan bangsa kita, iaitu golongan anak muda.

Foto sekitar program













Tahniah PPIM! 

Thursday, April 2, 2015

UNIT TINDAKAN KHAS PPIM ANJUR PROGRAM KESEDARAN PERJUANGAN ANAK MUDA @PPIM4U


Pada 4 April 2015 (Sabtu) ini,  akan diadakan satu program ilmiah "Program Memupuk Kesedaran Perjuangan Anak Muda" anjuran Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Program ini akan diadakan bermula jam 9 pagi hingga 5 petang, bertempat di Villa Puteri Condo, Jalan Tun Ismail, KL 

Semua dialu-alukan untuk hadir ke program tersebut.

Berikut adalah sedikit pendekatan program:


VIDEO SIDANG MEDIA


Program Memupuk Kesedaran perjuangan Anak Muda

Kedaan semasa dalam menangani liku dan cabaran generasi muda negara pada waktu ini agak merunsingkan kerana persekitaran yang mudah mempengaruhi mereka serta pendedahan anasir luar yang mendorong kepada kecelaruan anak muda dalam mengenali identiti diri. ini merupakan satu suasana yang tidak sihat dan boleh mewujudkan kebimbangan memandangkan generasi ini yang akan melansungkan kesinambungan keyaan Malaysia yang tercinta. JUsteru itu, generasi ini perlu berani menghadapi cabaran, berdaya saing dan tidak mudak mengalah dalam membina jati diri yang cemerlang dari aspek kehidupan bagi memperkasakan bangsa dan negara.

Gambar sekitar sidang media:





Thursday, March 26, 2015

LESEN @BFMradio WAJIB DITARIK!! SAMPAI BILA NAK AGAMA KITA DIHINA? @PPIM4U


Kelmarin kita dihangatkan dengan video yang dikatakan menghina hukum hudud oleh DJ Radio BFM, Aishah. Tindakan BFM persis menghina agama Islam kerana Hukum Hudud adalah sebahagian darinya.

Oleh itu, PPIM telah menggesa supaya lesen syarikat radio berkenaan ditarik! Walaupun Aishah telah diambil tindakan undang-undang. Perkara sebegini tidak boleh dipandang remeh-temeh. Pihak bertanggungjawab harus bertindak tegas!

Berikut adalah videonya:



Ulasan selanjutnya dibawah:


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menarik lesen radio BFM kerana mempersenda agama Islam dengan memuat naik klip video bertajuk Hudud Isi Periuk Nasi? baru-baru ini. 
Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan (gambar)berkata, perkara itu perlu untuk menunjukkan kerajaan benar-benar serius dan tidak berkompromi dalam menangani anasir yang mempermainkan Perlembagaan dan agama Islam. 
“Sudah beberapa kali agama Islam dihina, kali ini kita perlu tegas dan jangan bertolak ansur lagi. Ini melibatkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan mempunyai pelbagai latar belakang. 
“Video tersebut bukan sahaja mendatangkan kemarahan, tetapi memberi pandangan serong agama lain terhadap kesucian agama Islam,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. 
Tambah beliau, permohonan maaf secara terbuka tidak boleh diterima dan satu-satunya cara untuk memberi pengajaran adalah dengan menarik lesen penyiaran pihak BFM.
Sumber: Utusan




Saturday, March 21, 2015

@NajibRazak APA @TERAJUofficial BUAT DENGAN 'WANG BANTUAN' USAHAWAN BUMIPUTERA? @PMOMalaysia


TERAJU adalah singkatan bagi Unit Peneraju Bumiputera, iaitu satu biro yang ditubuhkan dibawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi membantu dan meringankan beban usahawan-usahawan bumiputera yang kini ketara kita lihat semakin mengecil dalam kemodenan yang pesat.

Namun, sejauh manakah TERAJU membantu usahawan bumiputera ini? Setelah meneliti beberapa pendedahan oleh laman Buletin Usahawan Melayu , memang tidak dinafikan bahawa berlaku ketirisan dalam biro ini.

*Untuk baca, klik [SINI] dan [SINI]

APA BUKTINYA? SILA TONTON VIDEO DIBAWAH KALAU NAK TAHU APA DAH JADI DENGAN TERAJU!!


Tidak cukup lagi? BACA INI PULA..

***************

TERAJU DIMINTA PERCEPATKAN BANTUAN KEPADA PEMOHON.. MACAM TAK LOGIK!! MANA JANJI MEREKA UNTUK BANTU USAHAWAN BUMIPUTERA?

SEBANYAK HAMPIR RM1.5 BILLION JUMLAH PERMOHONAN TELAH DILULUSKAN DALAM MASA 2 TAHUN, TETAPI HANYA RM60 JUTA SAHAJA YANG BARU DIBELANJAKAN???

Sumber: THE RAKYAT POST

KUALA LUMPUR, 20 Mac:
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Dewan Usahawan Industri Desa (DUID) Selangor menggesa kerajaan memantau penjawat awam dan dasar yang digunakan kerana terlalu banyak kerenah birokrasi. 
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan dalam satu sidang media hari ini berkata, sehingga kini terlalu ramai peniaga yang tidak mendapat pembiayaan perniagaan seperti dijanjikan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU). 
Saya mendapat terlalu banyak aduan daripada pengusaha yang menyatakan permohonan mereka untuk mendapatkan Dana Syarikat Bumiputera Berpotensi Tinggi (Teras) tidak diuruskan dengan elok sehingga terpaksa menunggu selama lima hingga tujuh bulan. 
“Tunggu selama lima hingga tujuh bulan itu pula bukan terus mendapat keputusan tetapi apabila ditanya, hanya mendapat jawapan sedang dalam proses penilaian.

“Penjawat awam yang ditugaskan untuk membantu pula dilihat tidak ikhlas bekerja kerana tidak langsung membantu apabila pengusaha bertanya. 
“Mungkin mereka itu robot, bekerja tanpa hati dan perasaan, saya faham memang ada proses untuk mendapatkan dana berkenaan tetapi biarlah dalam tempoh yang sewajarnya dan penjawat awam pula diminta tidak memandang ringan tugas mereka,” katanya dalam satu sidang akhbar, hari ini. 
Menurutnya, dengan kerenah sebegitu hanya akan menyebabkan beberapa pengusaha Melayu terpaksa gulung tikar kerana dana yang dijanjikan tidak ditunaikan. 
Selain itu, Nadzim juga mendakwa hanya beberapa pengusaha sahaja yang berjaya mendapatkan dana berkenaan kerana mempunyai kepentingan dalam politik. 
“Ini tidak adil bagi pengusaha lain kerana lebih ramai pengusaha yang layak tetapi permohonannya tidak dilayan, manakala pihak yang berkepentingan pula mendapat layanan yang sebaliknya,” katanya. 
Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan DUID, Normah Abu Bakar pula mempersoalkan ke mana perginya peruntukan sebanyak RM1.5 bilion seperti yang dijanjikan TERAJU kerana terlalu ramai pengusaha tidak mendapat dana berkenaan. 
“Ke mana perginya dana itu dan bilakah TERAJU akan menyerahkannya kepada pengusaha? Untuk mendapatkan dana itu, pengusaha perlu membuat kertas cadangan bagi menunjukkan bukti perniagaan. 
“Biasanya pula pengusaha terpaksa mengupah orang yang mahir antara RM2,000 hingga RM3,000 untuk membuat kertas cadangan itu. 
“Meskipun bertungkus-lumus, malangnya sehingga ke hari ini permohonan mereka masih tidak diluluskan,” katanya. 
Menurutnya, TERAJU sepatutnya mengadakan perbincangan dengan persatuan pengusaha bagi mendapatkan nama pengusaha yang benar-benar mempunyai potensi untuk maju. 
“Saya harap, pihak kerajaan meneliti luahan pengusaha ini kerana jika perniagaan mereka berjaya, ia juga akan membantu meningkatkan ekonomi negara,” ujarnya. 
Sebelum ini, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) menyasarkan pengagihan sebanyak RM1.5 bilion menerusi Dana Syarikat Bumiputera Berpotensi Tinggi (Teras) bagi membantu syarikat Bumiputera berpotensi.

PLEASE LAH TERAJU!!

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1118783

Saturday, March 14, 2015

RIBUAN PENDUDUK REMBAU 'SERANG' USTAZ KAZIM DI KILANG E'DEN?


Majlis ilmu bersama Datuk Ustaz Kazim Elias anjuran syarikat air mineral Eden dengan kerjasama NGO-NGO Melayu Islam petang tadi berjaya menarik hampir 1000 hadirin memenuhi ruang khemah dalam perkarangan kilang Eden yang terletak di Rembau.

Selain Ustaz Kazem Elias, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia(PPIM), Dato Paduka Nadzim Johan turut bertindak sebagai panel bagi membicarakan topik khas bertajuk, 'Peranan Ummah Memartabatkan Ekonomi Bangsa'.

Program berkenaan diadakan bagi memberi kesedaran kepada pengguna Melayu Islam agar mengutamakan produk keluaran usahawan Melayu Islam bagi memastikan ekonomi umat Islam seiring dengan golongan bukan Islam.

Sdr Yusuf Azmi antara panel sessi pertama program.

Berdasarkan situasi ekonomi ketika ini, jelas menunjukkan orang Melayu masih jauh ketinggalan serta gagal bersaing dengan golongan bukan Melayu.

Selain tiada kesedaran, kegagalan orang Melayu bersaing berpunca kerana kelemahan pihak yang dipertanggungjawabkan untuk membantu orang Melayu.

Menurut seorang hadirin yang juga warga tempatan, mereka menyambut baik program berbentuk ilmu dianjurkan kerana ia dapat mendidik serta membangkitkan kesedaran dalam diri mereka.

Pihak Eden bersama Buletin Usahawan Melayu merakamkan sepenuh penghargaan kepada semua hadirin serta NGO-NGO yang turut memberi sokongan sekaligus memastikan program ilmu yang diadakan petang tadi mencapai matlamatnhhhya.

Untuk gambar-gambar sekitar progtam berlangsung sila rujuk laman Buletin Usahawan Melayu.

Pautan: http://www.usahawanmelayu.my/2015/03/majlis-ilmu-bersama-ustaz-kazim-elias.html?m=1

Friday, March 13, 2015

ISU SURAT FBI: SIAPA DALANG YANG BOCORKAN SURAT SULIT INI? @PDRMsia SILA SIASAT!! @KBAB51


Pada entri saya sebelum ini (SINI), saya telah jelaskan bahawa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi telah dijadikan kambing hitam untuk menandatangani surat yang berstatus sulit kepada FBI setelah diyakinkan oleh Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail dan Peguam terkenal, Tan Sri Shafee Abdullah.

APAKAH KAITAN TAN SRI SHAFEE ABDULLAH DENGAN PAUL PHUA WEI SENG?


Saya juga ada menceritakan bahawa Paul Phua adalah merupakan klien guaman kepada peguam terkenal tersebut. 

Oleh kerana disurat itu punyai tandatangan Zahid, maka Zahid disalahkan dan dituduh membela Raja Judi dan Kongsi Gelap (Paul Phua). Sedangkan Zahid cuma menafikan kewujudan Kongsi Gelap 14K Triad di Malaysia.

Isu ini tercetus apabila South China Morning Post mendedahkan surat tersebut pada 31 Disember tahun lepas, dan telah hangat diperkatakan terutamanya di media sosial. 

Ironinya, perkara rahsia sebegini tidak patut terdedah kepada umum sekiranya tiada 'musang berbulu ayam' yang gedik untuk mendedahkannya. Jelas tindakan mendedahkan surat berstatus rahsia kepada umum adalah salah disisi undang-undang.

Disini saya desak supaya pihak polis menyiasat siapakah dalang yang telah mendedahkan surat tersebut kerana ianya telah menjejaskan reputasi kerajaan.

Persoalannya disini adalah  SIAPAKAH 'ORANG DALAM' YANG TELAH DEDAHKAN SURAT TERSEBUT? PDRM SILA SIASAT!!!

Untuk penjelasan, sila baca dibawah:

Surat Sulit kepada FBI : Siapa orang dalam yang bocorkan surat berstatus rahsia kepada South Morning China Post? 
1. Isu surat sulit kepada FBI mula didedahkan oleh South China Morning Post pada 31 Disember kembali hangat diperkatakan. 
2. Sebelum ini, pada 24 Januari, kami mendedahkan Paul Phua Wei Seng yang sedang dibicarakan di Amerika Syarikat merupakan klien kepada TS Shafee Abdullah. 
3. DS Zahid Hamidi selaku Menteri Dalam Negeri mengeluarkan dan menandatangani surat berkenaan atas permintaan firma guaman milik TS Shafee Abdullah iaitu Tetuan Shafee & Co. sendiri. 
4. Memandangkan akhbar South China Morning Post merupakan pihak pertama yang mendedahkan surat berstatus rahsia dari kerajaan Malaysia kepada umum. 
5. Pihak PDRM wajar membuat satu siasatan, bagi menyiasat siapakah pegawai yang membocorkan surat berstatus rahsia kepada South China Morning Post? 
6. Surat kepada FBI yang ditandatangani oleh Menteri Dalam Negeri adalah surat berstatus sulit, pasti penyebaran surat berkenaan dilakukan oleh orang dalam KDN sendiri. 
7. Selain itu, pihak PDRM juga harus menyiasat adakah benar dakwaan TS Shafee Abdullah bertanggungjawab mempengaruhi Menteri Dalam Negeri supaya mengeluarkan surat berkenaan? 
8. Apakah kepentingan TS Shafee Abdullah sehingga sanggup mempengaruhi Menteri Dalam Negeri mengeluarkan surat kepada FBI bagi membawa pulang ahli kongsi gelap 14k ke Malaysia? 
9. Rakyat mahukan kepastian tidak mahu melihat individu yang diamanahkan untuk menjaga soal keselamatan negara mencabuli tanggungjawab yang diberikan kepada mereka. 
10. Justeru, PDRM dituntut agar segera membuka kertas siasatan berhubung isu surat sulit kepada FBI.





ISU SURAT FBI: BENARKAH ZAHID KENA KENCING DENGAN PEGUAM PAUL PHUA?




Berikut adalah sedikit penjelasan mengenai isu surat FBI yang ditandatangani oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi yang dikatakan telah membela Raja Judi Paul Phua Wei Seng.

Menurut sumber, Zahid telah dijadikan 'kambing hitam' untuk menandatangani surat rasmi itu setelah 'diauta' dan diyakinkan oleh Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail dan Peguam terkenal, Shafee Abdullah.

Tidak ramai yang mengetahui bahawa Paul Phua adalah merupakan klien guaman bagi peguam itu. 

Untuk ulasan terperinci, sila baca dibawah:

 Sumber
Surat Sulit Kepada FBI : DS Zahid Hamidi diyakinkan oleh Ghani Patail, Paul Phua Klien Kepada Shafee Abdullah? 
1. Pada 31 Disember 2014, South China Morning Post mendedahkan terdapat satu surat sulit yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia kepada pihak FBI menafikan Paul Phua Wei Seng merupakan ahli kongsi gelap 14K. 
2. Menurut laporan tersebut, Paul Phua yang berdepan tuduhan menjalankan operasi perjudian di Caesar's Palace Hotel, Las Vegas ketika perlawanan bola sepak Piala Dunia pertengahan 2014 sedang dibicarakan di mahkamah Amerika Syarikat. 
3. Namun mengikut isi kandungan surat sulit kepada pihak FBI yang ditandatangi oleh Menteri Dalam Negeri, DS Zahid Hamidi. Kementerian Dalam Negeri menafikan penglibatan Paul Phua dengan kongsi gelap 14K malah kerap membantu kerajaan Malaysia. 
4. Perkara ini mengejutkan dan heboh diperkatakan ramai pihak terutama di media sosial. Ramai bertindak menyalahkan Menteri Dalam Negeri selain menuduh DS Zahid Hamidi terlibat melindungi ahli kongsi gelap. 
5. Kerana heboh diperkatakan ramai pihak, Shafee Abdullah tiba-tiba mendakwa berlaku kesilapan oleh pasukan Polis sehingga surat sulit tersebut dikeluarkan. 
6. Sebenarnya tiada kesilapan berlaku, sebaliknya Shafee Abdullah mengenali Paul Phua kerana Paul adalah klien kepada Shafee Abdullah yang turut mempunyai 'hubungan' dengan Ghani Patail. 
7. Bagi menjaga kepentingan bersama Paul Phua, Shafee Abdullah dan Ghani Patail bertindak menyakinkan DS Zahid Hamidi supaya menandatangani surat tersebut. 
8. Boleh dikatakan DS Zahid Hamidi sebenarnya telah ditipu oleh Ghani Patail sebagaimana Ghani menipu DS Hishammuddin Hussein ketika memegang portfolio KDN dan DS Najib Razak bagi memastikan ISA dimansuhkan. 
9. Justeru, kami mahu mendesak agar Shafee Abdullah serta Ghani Patail tampil membuat penafian di atas dakwaan dan maklumat yang disalurkan oleh seorang individu berpengaruh. 
10. Rakyat Malaysia tidak wajar menghukum DS Zahid Hamidi kerana Menteri biasanya menandatangani setiap surat setelah diperiksa atau selepas dirujuk oleh pihak berkenaan. 
Konklusi: DS Zahid Hamidi adalah 'kambing hitam' Ghani Patail dan Shafee Abdullah.

Tuesday, March 3, 2015

PANAS! CEO ANAK SYARIKAT FELDA DITAHAN! KENAPA @SPRMMalaysia SOROK?

Saya mendapat berita bahawa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Felda Investment Corporation (FIC) -  Mohd Zaid Abdul Jalil (gambar) telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Difahamkan bahawa Saudara Zaid ditahan selama seminggu bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan yang berlaku dalam FIC dan ENCORP BERHAD.



Saya hairan mengapa SPRM menyembunyikan berita penahanan ini daripada mendapat liputan media? Mengapa? Mengapa?

Walhal, jika individu yang 'bukan orang besar' ditahan, tiga hari tiga malam berita tak henti keluar di kaca televisyen.

Lihat contoh dibawah:




Ini satu lagi kes penyelewengan yang melibatkan CEO -  PANAS! CEO PUTRAJAYA HOLDINGS KANTOI MAKAN RASUAH!!

Disini, saya mendesak supaya SPRM tampil untuk berikan penjelasan mengenai apa yang berlaku. Rakyat nak tahu juga perkara yang sebenar, adakah Saudara Zaid ditahan untuk membantu siasatan atau disyaki terlibat. Bukan apa, tidak semestinya individu itu bersalah jika ditahan. Imej atau integriti individu tersebut juga perlu dijaga. Betul tak?

Saya harap supaya SPRM jangan cuba main aci nyorok dan 'double standard' untuk melaporkan berita. FAHAM?

Nanti bila orang dah tahu, kan lagi buruk jadinya.

TUNGGU ARTIKEL SETERUSNYA JIKA NAK TAHU SIAPA YANG TERLIBAT... ADAKAH ENCORP BERHAD?

TATA!!

Thursday, January 22, 2015

DEDAH: NASIB PENIAGA MELAYU DI TANAH MELAYU.. APA KESUDAHANNYA?

NASIHAT TUN MAHATHIR MOHAMAD KEPADA MELAYU BERKAITAN PERNIAGAAN/PENJANAAN PENDAPATAN/SARA HIDUP.

Makan gaji VS Bisnes?
Nota: Berniaga adalah merupakan faktor utama mengapa kaum selain melayu, terutamanya kaum cina berjaya kuasai ekonomi.

Artikel 'panas' ini telah dikongsikan oleh laman Usahawanmelayu.my bertajuk 'Usahawan Melayu Di Malaysia: Selamatkah Mereka?'.


Antara pendedahan yang menarik adalah nasib kesudahan peniaga melayu di Tanah Melayu.

Sedar atau tidak, Menara berkembar KLCC yang dipekik-pekik sebagai hak MELAYU (PETRONAS) adalah merupakan 'tindasan halimunan' yang paling berkesan.

HAKIKAT SEBENAR

Sebanyak hampir 95% premis perniagaan disana adalah milik peniaga BUKAN MELAYU/BUMIPUTERA.

Mengapa ini berlaku? Kemana perginya peniga melayu dalam kawasan melayu tersebut? Difahamkan, 'mangsa' terakhir adalah restoran KELANTAN DELIGHT.

Berikut adalah antara petikan artikel yang saya maksudkan dari laman Usahawanmelayu.my , baca dibawah:

Lagi nasib si peniaga Melayu 

CABARAN dan tekanan yang dihadapi oleh peniaga Melayu di Kuala Lumpur bukan calang-calang. Ia adalah realiti.
Saya tidak mengharapkan usahawan Melayu akan terus bertongkat sepanjang masa. 
Namun, kita harus sedar kita bukan seperti peniaga Cina, yang dibantu oleh masyarakat dan mentor-menti mereka sendiri. 
Cara mentor-menti peniaga Cina itu lebih berkesan daripada yang dilakukan oleh sistem kerajaan. Oleh kakitangan kerajaan yang memakan gaji. 
Ikuti keluhan seorang peniaga Melayu, bekas wartawan dan kemudian berjinak-jinak dengan bisnes, yang bukan besar pun. Dia cuba bertahan berniaga di pusat beli-belah Alamanda, Putrajaya – tapi akhirnya gagal lalu mati. 
“Sedekad lalu saya pernah menghadiri satu majlis di restoran Kelantan Delights di Suria KLCC dan menemui secara peribadi  pemiliknya, Juhaidi Yean Abdullah. Itu ialah hari terakhir beliau berniaga di pusat beli-belah gred A itu sebelum diarah keluar dan diambil alih sebuah restoran makanan Korea. 
Acara makan itu agak emosional dan Juhaidi kelihatan sebak apabila ramai rakannya termasuk dari kelompok yang dilabel ‘ultranasionalis’ UMNO datang memberi kata-kata semangat. Namun hakikatnya nasib beliau tiada siapa yang peduli. 
Maklumlah BN baru saja menang besar PRU-11 pada 2004 ekoran rakyat teruja melihat peralihan kuasa daripada Tun Mahathir Mohamad kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi. 
Apabila saya ceritakan kepada Juhaidi bahawa isteri saya baru membuka sebuah kedai telekomunikasi Celcom di Alamanda Putrajaya, yang turut diuruskan Suria KLCC; beliau bangga kerana ada juga anak Melayu memasuki kompleks gred A. Tetapi Juhaidi memberi nasihat agar ‘bersiap sedia’ untuk menjadi seperti beliau.

Baca lagi --> Klik SINI

Disamping itu, artikel berikut juga turut mendedahkan bahawa Projek Legoland (milik syarikat melayu) bakal dikuburkan oleh pihak tertentu..

Sejauh manakah kebenarannya?

Untuk sambung bacaan --> Klik SINI

P/S: Hurm... Siapa salah?


Tuesday, January 20, 2015

#AktaHasutan: SIAPA TAK BUAT KERJA? @PDRMsia ATAU PEGUAM NEGARA?

Kes Tan Lai Soon (perwakilan parti Gerakan) bukti Pejabat Peguam Negara membuat pendakwaan berpilih.

1. Pada 19 Oktober 2014, Tan Lai Soon perwakilan dari parti Gerakan telah mengeluarkan kenyataan bahawa orang Melayu adalah pendatang.

2. Ekoran daripada kenyataan yang menimbulkan rasa tidak senang kaum Melayu. Beberapa laporan polis telah dibuat pelbagai pihak.

3. Kes tersebut mula disiasat oleh pihak PDRM dan Pejabat Peguam Negara di bawah Akta Hasutan 1948.

4. Pada 19 Disember 2014, pihak Jabatan Siasatan Jenayah PDRM telah memaklumkan bahawa siasatan kes bernombor 'JSJ/PEM.3/Pin.1/2013' telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya.

5. Di mana, Timbalan Pendakwaraya telah memutuskan bahawa "KES TIDAK DITERUSKAN" tanpa memberi sebarang alasan.

6. Justeru, rakyat berhak tahu apakah justifikasi dan alasan kukuh Pejabat Peguam Negara dalam membuat keputusan untuk tidak meneruskan kes berkenaan?

7. Kes Tan Lai Soon adalah salah satu bukti bahawa kepincangan dalam sistem perundangan disebabkan pihak Pejabat Peguam Negara yang enggan membuat pendakwaan walaupun PDRM menyiapkan kertas siasatan!

#TanyaAG

Sunday, January 18, 2015

#Banjir: LIM KIT SIANG JUGA TERLIBAT DENGAN #Balak ???


Saya agak tertarik dengan apa yang dilapor dari blog My Massa ini. Ulasan mudah untuk diterangkan adalah:

JIKA NGEH DAN NGA TERLIBAT, TAKKAN LIM SIANG TIDAK?


PROKSI LIM KIT SIANG; KEUNTUNGAN HENDAKLAH DISALUR KEPADA DAP!
DAP SIAPA PUNYA ANAK-BERANAK?

Keceluparan Lim Kit Siang dalam bencana banjir besar di Kelantan sangat luar biasa.

Rupa-rupanya Lim Kit Siang berusaha menyembunyikan penglibatannya dalam pembalakan haram di Kelantan, patutlah dia menghentam semacam saja semua orang dengan harapan tidak akan ada pihak akan perasan penglibatannya. Walaupun penama dalam konsesi Pembalakan di 10,526 ekar tanah di Kelantan diberikan kepada Nga Kor Ming dan Ngeh Kor Ham, mereka hanya Proksi Lim Kit Siang sahaja!.

Mereka ini dan DAP mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit tetapi NYAWA rakyat Kelantan terkorban. DAP sangat-sangat tak berhati perut, DAP makan darah rakyat Kelantan dan tidak memberi apa-apa bantuan sedikitpun daripada keuntungan bisnes balak itu. Keuntungan Balak itu rupa-rupanya mereka berjoli sakan di Eropah.
RAKYAT KELANTAN DERITA BANJIR BESAR, BALAK & BUKIT-BUKAU GONDOL, DAP DAPAT KAUT UNTUNG BALAK, RAKYAT KELANTAN MENANGIS AIR MATA DARAH

Sangat menyakitkan hati melihat Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang bersenang-lenang melancong di Eropah dengan kapal first class, sangat menyakitkan hati melihat isteri Lim Guan Eng bergayashopping sakan sambil menunjuk-nunjuk beg jenama mahal Gucci Bamboo berharga 2240 pound. Sangat menyakitkan hati melihat Lim Kit Siang dan keluarganya, Lim Guan Eng dan isterinya enjoy berhabis.

Lim Kit Siang lupa Kelantan dikuasai Pakatan Rakyat yang turut dianggotai DAP. Kerajaan Pakatan Rakyat betul-betul Total Failure dan gagal mengurus bencana banjir di negeri yang mereka perintah! Bagaimana nak tadbir negara kalau negeri sendiri tak boleh tadbir?

Kita mencadangkan lebih baik Lim Kit Siang dan DAP membuat Latihan dan belajar pengurusan bencana kebakaran Ladang Babi sebelum menunjuk-nunjuk konon pandai mengurus bencana negara!

Bacaan Tambahan :-
Proksi Lim Kit Siang di sini
Keuntungan DAP di sini
Proksi DAP di sini

WAUW FIRST CLASS YOU ! RAKYAT KELANTAN MENANGIS DARAH HUTAN GONDOL BANJIR BESAR, AHLI-AHLI DAP GEMBIRA SHOPPING BERGEMBIRA



Tuesday, January 6, 2015

#PrayForPantaiTimur: PESANAN BUAT SUKARELAWAN, SAMPAIKAH BANTUAN ANDA SEMUA KEPADA MANGSA BANJIR?

Salam sahabat sukarelawan,

Seperti mana kita tahu, bahawa Kelantan merupakan negari paling teruk terjejas akibat bencana banjir.

Gua Musang, Kuala Krai, Jeli, Machang, Tanah Merah, Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Tumpat, Pasir Mas, Rantau Panjang mencatat jumlah mangsa yang ramai.

Kawasan Gua Musang dan Kuala Krai adalah kawasan yang musnah teruk. Segala infrstruktur asas musnah. Ribuan telah kehilangan tempat kediaman.

Kita seperti tidak percaya melihat Gua Musang dan Kuala Krai seperti dilanggar garuda. Rumah atas rumah, kereta atas kereta serta lumpur tebal memenuhi ruang kediaman.

Sebagai warga Msia, kita semua mengambil tanggungjawab segera dengan mengumpulkan barangan keperluan untuk mangsa banjir di Kelantan.

Pelbagai barangan keperluan beras, gula, lampin, tuala wanita, pakaian, berjaya dikumpul hasil sumbangan orang ramai.

Tetapi apakah barangan keperluan yang kita berikan itu benar-benar sampai kepada mangsa yang memerlukan?

Berdasarkan pengalaman saya sendiri yang berada di Kelantan sejak 31hb Disember 2014, pahit untuk saya katakan bantuan kita tidak berjaya sampai secara menyeluruh.

Sebabnya, kita bergerak mengikut haluan masing-masing. Sukarelawan A dengan caranya, manakala sukarelawan B ada cara sendiri.

Kita gah berkonvoi, kononnya kedatangan kita meringkan beban mangsa tetapi pernahkah kita bertanya adakah sumbangan kita mencapai matlamat?

Adakah sumbangan barangan, makanan, pakaian serta tenaga yang dihulurkan sampai kepada mangsa yang benar-benar terbeban?

Dalam ghairah membantu, kita sebenarnya terleka, menyebabkan ada mangsa menerima bantuan berkali-kali, ada mangsa langsung tidak menerima bantuan.

Tidakkah segala usaha berhari-hari dengan meredah lumpur, debu untuk membantu mangsa menjadi sia-sia?

Ini kerana ada kalangan sukarelawan bertindak parking di tepi-tepi jalan, mengharapkan kedatangan mangsa beratur lalu kita serahkan barangan.

Berapa ramai dari kita pasti pihak yang beratur itu adalah mangsa banjir. Percayalah ramai yang ambil kesempatan kerana ada golongan yang pantang melihat barang percuma.

Selain itu, ada juga yang menurunkan barangan di pusat pemindahan. Walhal tidak semua mangsa berpindah di pusat pemindahan.

Ramai mangsa masih berteduh di khemah dibina sendiri dan berapa ramai dari kita yang bergerak rumah ke rumah?

Pernah saya temui warga emas di Kg. Laut, dia pasrah bergelumang lumpur kerana kudrat tidak mengizinkan untuk dia membersihkan rumah.

Kita harus berlapang dada, keprihatinan kita membantu mangsa banjir menjadi sia-sia jika kita tidak perbetulkan dari sekarang.

Kenapa keadaan ini berlaku?

Kerana kita tidak diselaraskan, tiada satu SOP untuk pasukan sukarelawan. Sepatutnya, MKN mengambil tanggungjawab mewujudkan centre untuk dirujuk sukarelawan.

Selain itu, MKN disaran menubuhkan jawatankuasa penyelarasan untuk sementara bagi memudahkan bantuan dari pihak sukarelawan dapat diagihkan kepada mangsa banjir.

Kerana mangsa memerlukan tempoh yang panjang untuk pulih dari trauma sementara menunggu rumah kekal siap dibina.

Ini sekadar pandangan, saya berharap sukarelawan terus memberi sumbangan kerana mangsa memerlukan sokongan sebelum dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

- SMKKK1-
6 Januari 2014.
Kuala Krai

**Copy paste dari group sebelah

MY SLIDESHARE UPLOAD