Kerajaan Arab Saudi meminta Malaysia mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan rakyat negara ini tidak terlibat dalam sebarang demonstrasi atau perhimpunan haram di Mekah dan Madinah seperti mana yang berlaku di kedua-dua kota suci umat Islam itu pada 26 April lepas.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, perkara itu dinyatakan kerajaan Arab Saudi menerusi satu nota diplomatik bertarikh 3 Mei, yang dikeluarkan oleh kedutaannya di sini.
"Dalam surat itu juga, kita telah diminta supaya menasihatkan rakyat kita agar mematuhi undang-undang dan norma-norma tempatan Arab Saudi," katanya pada sidang media di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri di sini, semalam.
Media melaporkan pihak berkuasa Arab Saudi sedang menjalankan siasatan terperinci terhadap penganjuran perhimpunan itu, yang didalangi pembangkang, di Mekah dan Madinah.
Anifah kesal dan kecewa kerana perhimpunan haram itu bukan sahaja mencemarkan imej Malaysia malah mengancam kuota haji serta penghormatan dan layanan yang dinikmati umat Islam negara ini ketika menunaikan ibadat itu di sana. - utusan
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Dunia... Dunia... Apa sudah jadi??
ReplyDeleteYang Mendedahkan Kemaksiatan Dicerca... Yang Melakukan Kemaksiatan Terus Dipuja...