MY PORTFOLIO

Thursday, May 24, 2012

PANASS!! AMBIGA DISAMAN!!


Jumlahnya agak kecil RM122,000…tidaklah sampai RM100 juta,angka yang menjadi kegilaan untuk saman orang sekarang.

Kecil tetapi ia simbolik dalam ketegasan kerajaan sekarang untuk bertindak terhadap perhimpunan haram dan yang langgar peraturan.

Sekarang ini tidak ada lagi main amaran…amaran…buat salah saja kena tak kira siapa.

Sehari selepas tiga pencetus kekacauan masa perhimpunan Bersih 3.0 ,Datuk Seri Anwar Ibrahim,Azmin Ali dan Badrul Hisham Shahrin didakwa di mahkamah,petang Rabu kerajaan menghantar surat saman pada penganjurnya Bersih pula.

Saman itu ditujukan kepada Datuk S Ambiga dan 9 orang ahli jawatankuasa badan tidak berdaftar itu kerana gagal mengawal perhimpunan hingga menyebabkan kerajaan mengalami kerugian.

Sembilan orang ahli jawatankuasa itu ialah Maria Chin Abdullah, Zaid Kamarudin, Haris Fathillah Mohamed, Arumugam a/l Kalimuthu, Arul Prakkash a/l Sinnappan, Wong Chin Huat, Dr Ahmad Farouk Musa, Toh Kin Woon dan Andrew Khoo.

Saman itu diserahkan pada Ambiga jam 3.25 petang.

Jumlah yang dituntut kerajaan ialah RM 122,000.

Ia melibatkan kerugian untuk memperbaiki 15 kenderaan yang kebanyakan milik polis mengikut taksiran JKR

Kos membaikinya adalah antara RM2,000 hingga RM16,000

Tindakan itu adalah dibawah Seksyen 6(2)(g) Akta Perhimpunan Aman yang diluluskan di Parliimen baru-baru ini.

Dalam samannya mereka didakwa membawa peserta perhimpunan yang terlalu ramai tetapi gagal untuk mewujudkan/mengadakan kawalan yang efektif dan secukupnya;
,gagal mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memastikan perhimpunan tersebut berjalan dengan aman dan gagal melantik bilangan orang yang perlu untuk bertanggungjawab bagi mengendalikan perhimpunan dengan teratur.

Kes itu akan disebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 13 Jun ini. - Blog Rasmi UMB

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang komen yang boleh mengguris perasaan pihak lain dan komen yang berunsur provokasi dan yang boleh mencetuskan kontroversi. Terima kasih.

Sebarang kemusykilan emailkan kepada muhamadhafizzudin@gmail.com.

THANKS!