MY PORTFOLIO

Sunday, May 6, 2012

Perakam Video Seks Azmin Ali Akan Didedahkan Dalam Masa Terdekat.


Azmin Ali tidak perlu marah-marah atau kecil hati pasal penyebaran beberapa foto aksi panas lelaki mirip beliau dengan wanita melakukan oral seks dalam tandas yang ‘semakin panas’ selepas Anwar Ibrahim mempertahankan lelaki itu bukan Azmin.

Timbalan Presiden PKR itu harus faham perumpamaan – ada ubi ada batas ada hari kena balas!

Beliau dan pengikut-pengikut tegarnya boleh menuduh UMNO dan BN punya kerja.

Jawapan itu sudah sinonim dalam kamus pembangkang malah jika dunia ini kiamat sekalipun, pembangkang akan salahkan UMNO dan BN.

Jika itu bukan Azmin seperti mana penafian beliau, biarkanlah.

Pergilah mereka berdua ke nama ceruk rantau berceramah untuk bersihkan diri masing-masing selagi masa mengizinkan.

Dalam masa sama, ramai bertanya mana Wan Azizah Ismail, Nurul Izah, Tian Chua serta komander-komander PKR lain ketika sidang media beberapa kerat ahli parlimen PKR mempertahankan Azmin, pada Jumaat.

Sesungguhnya, episod itu tidak akan berakhir di tengah jalan kerana semua itu hanya permulaan bagi satu perjalanan yang semakin jauh buat ahli parlimen Gombak itu.

Ramai ingin tahu betulkan rakaman dan penyebaran gambar itu dibuat orang dalam PKR yang sudah muak dengan cara politik Azmin dan Anwar.

Mereka hanya pentingkan diri sendiri sedangkan ada pemimpin dan ahli-ahli yang terpaksa berjuang siang malam demi parti akhirnya diketepikan sebab Azmin adalah angsa bertelor emas milik Anwar.

Azmin dan Anwar juga boleh nafikan itu kerja orang dalam PKR tetapi bagi Datuk Zulkifli Noordin, bekas rakan dan peguam Anwar, dulu bersama-sama dalam PKR sebelum sedar nawaitu perjuangan Ketua Pembangkang itu bagai api dalam sekam, beliau yakin itu kerja dalaman (PKR), tak ada kena mengena dengan orang luar.

Saya tahu siapa yang rakamkan video ini, bila tiba masa nanti, saya akan dedahkan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah umum Pendedahan Eksklusif Wajah Sebenar Anwar Ibrahim di Kampung Sungai Kiat di Terengganu, Sabtu.

Zulkifli berkata, dalam masa terdekat juga akan ada beberapa lagi video aksi panas membabitkan pemimpin pembangkang yang lain akan didedahkan.

"Ada beberapa video lagi membabitkan pemimpin pembangkang lain dan 'pelakonnya' memang orang yang tak disangka-sangka," katanya.

Beberapa blog sebelum ini membayangkan ada lagi video aksi panas babitkan dua pemimpin PKR dan masing-masing seorang daripada PAS dan DAP. - Agenda Daily

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang komen yang boleh mengguris perasaan pihak lain dan komen yang berunsur provokasi dan yang boleh mencetuskan kontroversi. Terima kasih.

Sebarang kemusykilan emailkan kepada muhamadhafizzudin@gmail.com.

THANKS!