Memorandum yang diserahkan oleh Pengerusi Waris Wawasan Mohd Noraizat Norazam itu antara lain mendakwa Khalid Mohd Ismath yang telah banyak kali bertindak di luar batasan telah membawa satu perjuangan yang bertentangan serta boleh memudaratkan keharmonian kampus UiTM dan negara.
Selain menyerahkan memorandum kepada Nasib Canselor UiTM, Noraizat turut menyerahkan dua lagi memorandum iaitu kepada Yang di Pertuan Agung serta Menteri Besar Selangor.
Sementara itu, Naib Canselor UiTM ketika ditemui pemberita mengakui bahawa tindakan pelajar Tahun 2 Jurusan Undang-Undang iaitu Khalid Mohd Ismath itu telah mencemarkan nama baik UiTM.
"Berdasarkan laporan yang diterima, jelas Khalid melakukan perkara yang salah serta bertentangan dengan undang-undang yang termaktub, jadi kita akan siasat dan lihat apa tindakan seterusnya" katanya kepada para wartawan. - PH
BAUANG.. BUANG.
ReplyDeleteSATU KENA BUANG, 1000 NAK MASUK.
Bukan masalah tu je. Puak-puak "Syiah" ni perlu di benteras dari awal-awal lagi. Kalau tidak, kudis akan menjadi barah.
ReplyDelete