MY PORTFOLIO

Saturday, May 12, 2012

#UMNO66 : Kehadiran 120,000++ Peserta #GelombangMerah Adalah Bukti #UMNO Ialah Pilihan Rakyat!! @NajibRazak

"Nak tunjuk hebat, tak perlu merusuh. Buat mcm UMNO & kumpul 100ribu dlm stadium secara aman" - Presiden UMNO

Itu adalah kata-kata yang dilafazkan dari mulut DS Najib Tun Razak semasa Perhimpunan Gelombang Merah di Stadium Nasional Bukit Jalil malam semalam. Aku dapat info mahal ni dari Twitter anak Tun Mahathir, Mukhriz.

Bagi aku, kata-kata ini tersangat pedas didengar dan tersangat kuat impaknya untuk diterima oleh puak pembangkang, khususnya demonstran perhimpunan 'aman' Bersih yang telah merosakkan keamanan dinegara kita ini.

Walaupun aku tak berkesempatan untuk bersama-sama dalam perhimpunan ni semalam, tapi aku dapat rasakan kekuatan aura gelombang ni. Seriously! Kalau korang ahli UMNO sejati, confirm korang akan rasakan apa yang aku rasakan semalam. Aku tengok ramai ahli gelombang merah tak berkesempatan untuk masuk stadium semalam, sebab stadium dah betul-betul packed! Hebat! Final bola pun tak macam ni!

Apa-apa pun aku ucapkan tahniah kepada semua sahabat seperjuangan. Dengan kehadiran lebih 120,000 orang semalam, ianya berjaya membuktikan bahawa tohmahan pembangkang adalah tipu semata-mata. Ini merupakan satu bukti kukuh bahawa UMNO ialah pilihan di hati majoriti rakyat kat Malaysia ni! TAHNIAH!!!

P/S : Terima kasih UMNO kerana membela rakyat selama 66 tahun ini!! Selamat ulangtahun UMNO!!




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang komen yang boleh mengguris perasaan pihak lain dan komen yang berunsur provokasi dan yang boleh mencetuskan kontroversi. Terima kasih.

Sebarang kemusykilan emailkan kepada muhamadhafizzudin@gmail.com.

THANKS!