MY PORTFOLIO

Friday, June 8, 2012

#PTPTN : TERBAIK!! Rafizi Kena 'Canai' Dengan Khalid Samad !!


Tindakan Pakatan Pembangkang yang ingin menghapuskan pemberian bantuan pinjaman kewangan PTPTN kepada mahasiswa adalah bukti mereka tidak mengutamakan kepentingan masyarakat Melayu.

Tindakan itu juga membuktikan bahawa Pakatan Pembangkang hanya memberikan keutamaan kepada perjuangan parti semata-mata dan bukannya demi kebajikan rakyat.

Tidak mustahil sekiranya kelak mereka berjaya menawan Putrajaya, mereka akan turut menganiaya dan menzalimi Kerajaan Negeri yang tidak menyokong mereka.

Membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Khalid Gereja sebelum ini, dia jugak jelas telah melempang muka mereka yang beria - ia sangat nak hapuskan pinjaman PTPTN ni kelak.

Mengambil contoh di UNISEL, Khalid kata pelajar di Universiti tersebut terdiri daripada 90 peratus Melayu, maka pinjaman yang tidak diluluskan dianggap mengkhianati dan menganiaya orang Melayu.
“Pelajar Unisel itu lebih 90 peratus Melayu, apabila pinjaman tidak diluluskan, ia sedang mengkhianati dan menganiaya orang Melayu,” tegasnya.
Jadi, bagaimana mungkin dia juga bersetuju dengan cadangan Pakatan Pembangkang untuk menghapuskan pinjaman PTPTN jika ianya dianggap menganiaya orang Melayu?

Tidakkah kenyataan Si Khalid Gereja tu dilihat bertentangan dengan apa yang diperjuangkan oleh puak - puak Mahasewel yang didalangi oleh PKR sebelum ini?

Atau adakah itu tujuan sebenar Si Khalid Gereja ni? Adakah dia sebenarnya nak menyindir perjuangan yang jelas membuangkan masa oleh puak - puak tersebut?

Kalau Si Khalid Gereja tu anggap pembekuan PTPTN ni sebagai satu kezaliman, maka dia wajar menganggap tindakan menghapuskan PTPTN sebagai satu tindakan yang zalim juga.

Namun, persoalannya, kenapa dia tidak pulak menyuarakan pandangan dan menentang cadangan yang dibuat oleh puak - puak Mahasewel dan jugak PKR tu sebelum ini?

Apa yang jelas, sekarang puak - puak Pakatan Pembangkang tu memang dah terkena peluru yang mereka sendiri tembak sebelum ini kepada Kerajaan. Nak pulak buat Si Rafizi Jambu tu.

Itulah. Orang dah pesan banyak kali. Kalau nak buat satu perkara tu fikir dulu dengan Kepala Otak. Jangan buat ikut sedap hati je. Bila dah jadi macam ni, tau pulak diorang nak marah tak tentu arah. Habis, siapa suruh diorang berfikir guna Kepala Lutut!!! - Semut Hitam

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang komen yang boleh mengguris perasaan pihak lain dan komen yang berunsur provokasi dan yang boleh mencetuskan kontroversi. Terima kasih.

Sebarang kemusykilan emailkan kepada muhamadhafizzudin@gmail.com.

THANKS!