PM bagi 'RASUAH' lagi! Bila PM bagi memang panggil RASUAH, kalau tak bagi kate abaikan rakyat. Bila PR barulah bagi namanya kebajikan! Kan? Haha
Subsidi TR1Ma bernilai lebih RM1 juta telah diberi demi melindungi lebih 10, 000 pemandu teksi diseluruh negara melalui Skim Insuran Perlindungan Kemalangan Diri.
‘‘Pemandu teksi boleh mendapat satu set tayar percuma di 300 pusat servis tayar buatan Malaysia yang dikenal pasti, boleh pilih antara Goodyear atau Continental.
‘‘Kita nak jaga kebajikan pemandu teksi, keselamatan mereka dan penumpang. Jika memandu teksi menggunakan terus tayar ‘botak’ boleh membahayakan. Jadi saya harap lepas ini gantilah tayar masing-masing,’’ - ujar Perdana Menteri Malaysia, @NajibRazak
Baucer bernilai RM520 telah diberikan setiap seorang kepada 66, 538 pemandu teksi seluruh negara untuk menggantikan tayar kenderaan kenderaan ( teksi ) mereka di bawah inisiatif program TR1Ma.
Mengumumkan demikian ketika himpunan terbesar pemandu teksi di Bukit Jalil di sini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemberian subsidi itu melibatkan dana sejumlah RM35 juta melalui Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk tempoh dua tahun.
Menurut beliau, langkah itu dibuat sebagai menjaga kebajikan pemandu teksi, sekali gus memastikan keselamatan perjalanan mereka termasuk kira-kira 40,000 penumpang setiap hari.
P/S : Entah kali keberapa tah PM kita ni bagi 'rasuah' tapi semua utk kesenangan rakyat. Janji Ditepati , Rakyat Didahulukan. PR apa ada? Janji Janji Janji, Ditepati tak pernah.
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang komen yang boleh mengguris perasaan pihak lain dan komen yang berunsur provokasi dan yang boleh mencetuskan kontroversi. Terima kasih.
Sebarang kemusykilan emailkan kepada muhamadhafizzudin@gmail.com.
THANKS!