MY PORTFOLIO

Tuesday, July 31, 2012

Promosi 'Syawal Ceria' Bersama Beer Hanya Di Pulau Pinang!










GEORGE TOWN, 31 Julai -- Replika susunan botol arak gergasi yang dipamerkan ditempat awam bersebelahan dengan perhiasan mempromosikan bulan Syawal di sini, hari ini.


Orang ramai terutama umat Islam yang melalui kawasan pusat membeli-belah di Pusat Bandar George Town akan terkejut melihat replika susunan botol arak gergasi yang dipamerkan ditempat awam bersebelahan dengan perhiasan mempromosikan bulan Syawal.



Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengecam tindakan pengurusan sebuah pusat beli-belah terkenal di bandar raya Georgetown yang mempromosikan minuman keras sempena sambutan Aidilfitri.

Presidennya S M Mohamed Idris berkata pihaknya kesal dengan pihak pengurusan pusat-beli belah itu kerana mempamerkan kira-kira 480 botol bir kosong di bawah kain rentang tertera "Syawal Ceria"."Perkara ini jelas menunjukkan sikap tidak peka pihak tertentu yang tidak menghormati bulan Ramadan dan umat Islam yang sedang menjalani ibadah puasa.

Umum mengetahui bahawa Islam mengharamkan minuman keras."Kita tidak tahu apakah niat sebenar mereka mengadakan promosi minuman keras pada bulan mulia ini," katanya dalam kenyataan kepada Bernama di Georgetown, hari ini.Mohamed Idris menggesa pihak berkuasa terutama Majlis Perbandaran Pulau Pinang agar menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang melanggar syarat perlesenan penjualan minuman keras.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Kassim gagal dihubungi Bernama bagi mendapatkan maklum balas mengenai isu berkenaan.- Bernama


P/S : Untunglah Pulau Pinang, negeri lain sebok promosi balang kuih raya, dia sebok promosi botol beer. Hahaha 

Friday, July 13, 2012

Uncle Seekers Ditahan Semula!

Polis tahan semula Uncle Seekers bawah Akta Hasutan

JOHOR BAHRU - Polis menahan semula pengkaji aktiviti paranormal Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas bagi membantu siasatan berhubung penulisan di blognya www.uncleseekers.blogspot.com yang didakwa memfitnah Sultan Johor Sultan Ibrahim, selepas tempoh remannya berakhir semalam.

Bukan Akta Hasutan dah mansuh ke?!

Akta Keharmonian Nasional ganti Akta Hasutan

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan Akta Hasutan 1948 akan dimansuhkan dan digantikan dengan akta baharu yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat bagi mencari mekanisme yang dapat menentukan keseimbangan terbaik antara keperluan menjamim kebebasan bersuara setiap warga negara dan keperluan menangani kompleksiti kemajmukan yang wujud di negara ini. "Dengan adanya akta baharu ini, kita akan lebih bersedia untuk menguruskan tahap kesilapan negara. Ia juga akan membantu mengukuhkan dan melindungi perpaduan negara serta memupuk keharmonian agama," katanya pada majlis makan malam Jabatan Peguam Negara bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini malam ini.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Dr Ali Hamsa dan Peguam Negara (AG), Tan Sri Abdul Gani Patail.

Najib berkata, tanpa keseimbangan yang ideal, ia mungkin merencatkan hak bersuara yang dijamin Perlembagaan Persekutuan, menumpulkan daya kreativiti serta sifat inovatif atau membebaskan semangat cauvinisme dan ekstremisme.

Katanya, keseimbangan itu perlu dicapai dalam persekitaran masyarakat yang lebih terbuka dengan akses kepada maklumat yang boleh menyebabkan limpahan maklumat, taraf pendidikan dan sosio ekonomi yang semakin tinggi serta tahap harapan yang semakin meningkat.

"Peruntukan yang dicadangkan dalam Akta Keharmonian Nasional ini akan memberi penekanan kepada pemupukan semangat harmoni dan saling menghormati dalam masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama," katanya.
Beliau berkata, rang undang-undang baharu itu akan bersifat lebih spesifik dan membolehkan kerajaan bertindak terhadap mana-mana pihak yang menggunakan isu-isu sensitif untuk memecahbelahkan perpaduan nasional.

Perdana Menteri berkata, kerajaan akan memastikan peruntukan akta itu tidak akan menjejaskan kuasa untuk menangani perbuatan seperti mendatangkan kebencian dan penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia kepada Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Raja.

"Ia juga meliputi perbuatan untuk menimbulkan permusuhan antara kaum dan mempersoal apa-apa hak, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang dilindungi dalam Perlembagaan," katanya.

Najib berkata, sebelum menggubal rang undang-undang Keharmonian Nasional ini kerajaan ingin menjemput pandangan dan pendapat rakyat Malaysia sama ada individu mahupun pertubuhan mengenai perkara yang perlu ditangani dalam merangka perundangan ini.

"Jabatan Peguam Negara telah ditugaskan sebagai agensi yang bertanggungjawab untuk mendapat sudut pandangan semua 'stakeholder' (pihak berkepentingan)," katanya.

Najib berkata, kerajaan sedar ada pihak menganggap Akta Hasutan sebagai alat untuk merencatkan tindakan dan pandangan yang tidak sealiran dengan kerajaan, namun menegaskan anggapan itu tidak berasas sama sekali.

"Lantaran itu, peruntukan baharu ini tidak akan menghalang rakyat untuk mengkritik kerajaan dan pentadbiran keadilan. Sebarang perbuatan menghina mahkamah akan dikendalikan sendiri oleh pihak kehakiman melalui peruntukan di dalam Kaedah-Kaedah Mahkamah sedia ada," katanya.

Najib juga berkata, kerjaan mengambil keputusan menguatkuasakan serta-merta semua akta baharu dan pindaan terhadap akta-akta sedia ada yang yang diumumkan dalam Pelan Transformasi Politik termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas), Akta Mesin Cetak dan Penerbitan serta Akta Universiti dan Kolej Universiti.

"Melalui pemansuhan dan penggubalan rang undang-undang yang sedang berjalan, kerajaan mahu memastikan ruang demokratik yang mencukupi disediakan untuk perbezaan pendapat serta persaingan idea.

"Pucuk pangkalnya, kita mahu mencipta sebuah Malaysia yang mana prinsip hak asasi manusia dijunjung, kebebasan individu untuk menyatakan pendapat secara terbuka diraikan, seraya kepentingan individu dan komuniti diimbangi," katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata Jabatan Peguam Negara boleh diibaratkan sebagai kompas yang memberi petunjuk bagi memastikan prinsip keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang sentiasa dijunjung.

"Saya amat berbangga kerana warga Jabatan Peguam Negara tidak pernah leka dengan sanjungan dan pujian serta tidak melatah setiap kali diasak dengan tohmahan dan fitnah," katanya. - BERNAMA

" Dengan adanya akta baharu ini, kita akan lebih bersedia untuk menguruskan tahap kesilapan negara " - PM Malaysia


P/S : aku mintak maaf la update blog macam haram lately ni. Busy bro banyak hal. Apa-apa pun terima kasih sb masih sokong tenteramaya. Aku update pun pakai handphone je ni harap ampun kalau ada yg tak puas hati.

Thursday, July 12, 2012

UMB Tubuh Unit Reka Fitnah?!

Haaa siapa yang buat fitnah sekarang ni? Jangan fitnah orang bro. Tak de bukti jangan main sedap mulut je. Boleh saman bro!

@realDrMAZA mem-'BALA'kan @tunfaisal

Aku bukan nak back up @tunfaisal dalam isu ni tapi aku terfikir sendiri sejak bila seorang ulama' ataupun mufti yang mungkinnya lebih arif tentang agama, boleh di'naikkan darjat' menjadi TUHAN untuk menentukan bala seseorang?! Siapa yang syirik kat sini? Aku ke Dr Maza @realDrMAZA ni sendiri?!

Aku masih ada rasa hormat kepada ulama' negara dan orang yang lebih arif perihal agama tetapi sewajarnya issue politik tidak dicampur adukkan dengan emosi. Be professional @realDrMaza , people judge....

Berdasarkan print screen yang ada ni, aku tak nampak Tun Faisal melatah. And it starts dengan questions je. Yang Dr Maza ni nak gelabah tak tentu pasal ni apehal eh? Aku malas nak ulas panjang lah. Ada akal fikir sendiri. Sejak bila ulama' ada kuasa mem-bala kan orang, nanti aku cari lah kalau-kalau ada dalil ke apa2 yang aku jumpe aku share lah ye dengan korang. Adiosa

Saturday, July 7, 2012

Uncle Seekers Isap Dadah!

Keluar kat berita yg polis sah kan Uncle Seekers kita ni ambil dadah. Sebab tu la kot dia sampai meracau hina Sultan. Aku malas nak ulas panjang tentang 'rakan blogger' aku ni. Korang baca sendiri.

Thursday, July 5, 2012

UNCLE SEEKERS KENE SUMBAT MASUK LOKAP!




Pengamal aktiviti paranormal kononnya, Uncle Seekers atau nama sebenar Syed Abdullah Hussein Al Attas dengan awek nya Siti Nadhirah Mohd Zain telah ditahan reman di Mahkamah majistret Johor Bahru hari ni atas tuduhan menghina Sultan Johor di laman blognya.


Drama bersiri yang dicipta oleh Uncle Seekers ni dah berjilid-jilid dah aku tengok.

Ceita penuh atau summary untuk semua post-post dia ni korang boleh baca kat sini - Berita Semasa





Nape Ek Artis Nak Islam Perlu Masuk PAS???








Alamakk.. meleleh lagi la lebai Pas kali nih.. ada janda cun lagi yang masuk Pas pulakk..

Baca story yang MPP bubuh ni..

Gua dimaklumkan..., penyanyi cantik ni akan join Pas tak lama lagi kerana beliau dah insaf dan memilih untuk bertudung.. Korang kenal tak beliau? Noryn Aziz lahhhh.....

Gua pun pelik dengan sebilangan artis ni.., asal bertobat je masuk Pas.. Apasal dorang tak masuk pondok je hah?

Fikir punya fikir.., gua dapat satu kesimpulan.. Sebenarnya artis ni tak boleh berpisah dengan dunia glamour dorang beb.. Kemana dorang pergi, mesti dorang nakkan publisiti.. Dah nama pun artis kannn...

So.., itulah sebab sebilangan artis yang dah mula 'tak laku' pilih untuk join Pas.. Sebab utamanya ialah.., dalam parti haprak tu dorang tau akan disanjung dan dipuja oleh penganut jumud Tok Gundu..

Selain dari dapat populariti yang selama ni makin kurang.., artis yang join Pas jugak dapat cari income lebih dengan merapu atas pentas ceramah...

Alahhhh..., bukannya susah pun nak ceramah depan puak-puak dunggu Pas beb.., kutuk je kerajaan BN..

Lepas tu mengaku je selama ni dizalimi oleh pemimpin Umno..., confirm 'terpancut-pancut' puak karat hijau tu KLIMAKS kat tengah padang...

Tambah-tambah pulak yang berceramah tu artis cantik macam Abby Abadi.., sure terbawa-bawa dalam mimpi beb rasa terangsang dorang tu.... Hahahahaha....

SUMBER : MTK

Psst: feweeet...kalau artis luar negara nak taubat perlu ker jumpa Nik Aziz dan masuk PAS..tak kan...alahahahai

Wednesday, July 4, 2012

PANAS!!! [CERITA LENGKAP]5 Adun DAP Digantung 6 Bulan Hadiri Sidang Dewan Melaka





MELAKA – Lima anggota Dewan Undangan Negeri wakil DAP, digantung daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri Melaka, selama enam bulan kerana mengingkari dan menimbulkan kekecohan pada persidangan dewan pada Rabu.
Speaker DUN Melaka Datuk Wira Othman Muhamad membuat keputusan penggantungan itu terhadap Betty Chew Gek Cheng (Kota Laksamana); Goh Leong San (Kesidang); Khoo Poay Tiong (Ayer Keroh); Tey Kok Kiew (Banda Hilir) dan Lim Jak Wong (Bachang) berkuatkuasa hari ini.
Ia berikutan kekecohan yang ditimbulkan pada persidangan hari ini yang bermula dengan Betty Chew, isteri Ketua Menteri Pulau Pinang, meminta Adun Duyung yang juga anggota Exco Kerajaan Negeri Datuk Gan Tian Loo untuk menarik balik kenyataan yang disifatkan peribadi oleh Gan terhadapnya.
Sejurus persidangan bermula pada kira-kira pukul 9.30 pagi, selepas doa, ucapan aluan dan agenda persidangan yang memasuki hari ketiga hari ini, Betty Chew bangun menyatakan bahawa tohmahan telah dibuat oleh Gan berhubung isu seorang wanita yang dikaitkan dengan suaminya.
“Atas kenyataan Adun Duyung pada persidangan dewan pada Isnin lepas, saya rasa beliau (Gan) melakukan fitnah dan tuduhan peribadi ke atas saya dan suami saya. Saya meminta beliau (Gan) menarik balik tuduhan itu,” katanya. – BERNAMA

HOT!! OSTAZAH ABBY KAWEN DENGAN YB KELANTAN?!!!!!!









Tadi aku terjumpa satu artikel dari blog Mamu House PK. Kat blog dia tu ada buat kenyataan dan kemukakan persoalan betul ke madu Memey a.k.a janda Norman Hakim dah kawen lain?

Tak silap aku Ostazah Abby Abadi tak main tackle setakat pak lebai PAS biasa-biasa ni, haruslah cari pemimpin besar kat Kelantan tu. Tp bukan Pok Nik ye. Pok Nik I pandang pun tak selera nyah! 

Aku pun tak sure gossip ni betul ke tak tapi dah bising sana sini orang cakap pasal benda ni.

Ostazah Abby, muslimah sejati yang memperjuangkan agama Islam patutnya tak terlibat dengar gossip-gossip liar macam ni. Tapi kalau betul tahniah lah. Masa tak join PAS dulu tak laku. Ops. HAHA

Tapi kalau semua ni fitnah belaka aku harap Ostazah dapat tampil kehadapan and clarify sebaiknya kepada umum. jangan sorok2 macam bekas laki kau dulu tu ye. Hehe. PEACE!











Tuesday, July 3, 2012

Anwar failed to shut Mahathir up







Kuala Lumpur:  Last week, outspoken former prime minister Dr Mahathir Mohamad complained that he was not allowed to be outspoken enough, blaming this state of affairs on his former deputy Anwar Ibrahim. Mahathir said the latter had been busy filing lawsuits to silence him.
“He sued me, as you know, and for four years I could not open my mouth,” said Mahathir.
We let readers to conclude whether Mahathir had indeed been mum about the man he once sacked and jailed.
Is this why he has been commenting on other subjects, ranging from tolls to the Arab Spring? The following statements by Mahathir were uttered very recently.
On why prime minister Najib Razak is struggling

The old leader was replaced with a new leader who is trying hard but it is not easy. He (Najib) is being pressured from all sides. If he concedes to one group, other groups are unhappy. In the end the minority prevails.
On his children, Marina and Mukhriz

I do hope she (Marina) will realise what she is doing is not good for herself, not good for the government party at least. She should also be sensitive about her brother (Mukhriz) who is contesting in the election.
On next GE
But there’s a possibility, if the government allows a longer time to lapse (before calling for the next general election), they may face all kinds of demands, and threats of no support if the demands are not met.

On abolishing tolls and cash aid

If highway tolls are abolished, the poor people won’t benefit as they don’t travel much and if pet­rol is (heavily) subsidised, the rich will benefit. Direct cash aid, like BR1M, goes directly to those in need… In rural areas, you give RM500, they appreciate it but in urban areas, the RM500 may be spent on a night’s dinner

On racism
In this country, we are very racist, even more than before. The next election is going to be about race. Who gives what, who gets what based on race. When the government is weak, it caters to demands which are not going to be good for the country in the long run.
On Malays
They never dreamt that they would be split as they are today. The majority has split itself into three and become the minority. These three small Malay parties need the support of the Chinese in order to win the elections. Whichever party gets the support of the Chinese will win the elections.
On non-Malays
If Malays are split into three… for your own sake, the non-Malays must support a party that can deliver, and of course the party that can deliver is BN.

On privileged non-Malays
Non-Malays are still privileged. Only in this country do people who still identify themselves in their country of origin… and are allowed to have their language, their culture, their school system

On democracy
We (Malaysia) have not reached that stage yet. We are false but we are a little bit less false than they (the US) are.
On Arab Spring
Is our government autocratic? Is it not giving attention to the people, not developing and advancing the country?
On vernacular school
We have accepted from the very beginning that vernacular schools could be set up by the different communities, which has resulted in our young people not being together. If we recognise Chinese education and their certificates, etc, we will have three different people, each talking in a different language. I think we will not be able to even live together if we don’t understand each other.
On Felda listing
Do not sell it immediately to make a quick profit….The next thing is to manage it well…if management is efficient, we will see Felda settlers enjoying satisfactory returns. - Harakah Daily

PANAS!!! [GAMBAR BUKTI!] @hairieothman SERTAI PAS SEBAB NAK JADI MENTERI!


PENGAKUAN TERBUKA!


Aku malas nak cakap banyak. Korang pun tak buta huruf nak baca sendiri. Korang pun boleh nilai sendiri. Kalau ada rasa nak putar belit fakta boleh la leave comment banyak mana pun hangpa nak leave. Tp ni semua aku ambek direct dari Twitter @hairieothman ni sendiri. So aku mmg takdak buat cerita ka apa. 




- Hairie Othman mengaku dibayar PAS RM50k sekali ceramah? Well bro lepas ni jangan nak putar belit cerita la. Lu sendiri mengaku lu dibayar dengan amount itu. Bukan je kitorang 'buat-buat' cerita -



- MENGHINA! Ini yang dia belajar sejak sertai PAS ni. Hina rakan artis hina rakan sendiri. Ye lah awok je hebat ork sebab awok join PAS. Sebab awok bagi ceramah awok la paling mulia dalam kalangan artis. Yedok? LOL! -

- EH, tak risau aih, mana ada hang mintak duit BN, hang kan duk sedap makan duit PAS dapat 50k sekali bagi ceramah. kan? HAHAHA -

- Astaghfirullah. Benda macam ni pun buat main ye Ustaz Hairie? -



WAAAAAAAAAAA NAK JADI MENTERI! PATUT PUNNNNNNNN!


Monday, July 2, 2012

JOHOR LAKSANA HUDUD - NIK AZIZ DAH GABRA!

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong penuh cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat supaya Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hukum hudud di Malaysia.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, beliau amat bersyukur dengan cadangan itu walaupun ia datang daripada orang Umno.

“Pada saya, saya bersyukur sangat-sangat atas kesedaran ini. Tidak perlu cabar-mencabar, saya menyokong sepenuh hati.

“Kelantan atau Johor dahulu tidak penting. Kelantan telah menghadapi halangan untuk laksanakan hudud. Jika Johor mendahului Kelantan, silakan. Insya-Allah giliran Kelantan akan tiba juga,” kata beliau menerusi tulisannya di Facebook pada Isnin.

Halangan dari sapa tu?? Dari DAP??

Beliau mengulas mengenai kenyataan Ayub di sebuah portal pada Sabtu lalu mencadangkan supaya Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hukum hudud.

Nik Aziz berkata, beliau berharap agar cadangan ADUN Kemelah itu tidak akan ditarik balik dan menjadi kenyataan.

“Mari kita bekerjasama memperlihatkan Islam yang sebenar kepada masyarakat Malaysia. Tahniah kepada Umno Johor dan saya menunggu langkah yang seterusnya,” kata beliau.

Dalam laporan itu, Ayub berkata, beliau mahu melihat Johor mendahului negeri lain melaksanakan hukum hudud “sebenar” yang menurutnya berbeza daripada hudud PAS.

ADUN Kemelah itu berkata, perbezaan paling ketara adalah hukum sebenar meliputi semua kaum dalam sesuatu negara berbanding hudud PAS yang hanya tertakluk kepada orang Islam.

Beliau turut mencabar PAS menyokong cadangan hukum hudud walaupun ia datang dari Umno sekiranya mereka benar-benar ikhlas mahu memartabatkan Islam.

“Apabila Umno sebut tentang hudud, PAS kena sokong jugalah,” katanya lagi yang dipetik dalam laporan itu. -mstar


Jika makbul cadangan Johor menjadi negeri pertama laksanakan Hudud, Nik Aziz & PAS akan malu selama 7 keturunan...

Sumber : http://1peluru.blogspot.com/2012/07/johor-laksana-hudud-nik-aziz-nyatakan.html?m=1

Dr Mahathir Sound Marina Setepek Depan Khalayak!

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berharap anaknya, Datin Paduka Marina Mahathir tidak meletakkan diri terlalu rapat dengan Bersih 2.0 atau gerakan lain yang antikerajaan kerana ia tidak baik untuk dirinya.

Dalam satu wawancara khas bersama The Malaysian Observer (MobTV), Dr Mahathir berkata, beliau tidak bersetuju dengan beberapa perkara yang dilakukan anaknya itu sejak akhir-akhir ini dan berharap Marina sedar akan kesilapannya.

Pada Bersih 2.0 tahun lalu dan perhimpunan Bersih 3.0 April lalu, Marina dilihat bersama dengan puluhan ribu demonstran lain menuntut lapan tuntutan yang mahukan pilihan raya umum yang bersih dan adil.

“Bersih telah dirampas oleh pemimpin pembangkang, saya tidak suka beliau meletakkan dirinya dekat dengan gerakan itu.

“Beliau tidak pernah katakan ini, tapi Bersih dan beberapa gerakan lain didakwa ada kaitan dengan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Dia tidak pernah kata sokong lelaki kahwin lelaki, perempuan kahwin perempuan dan saya harap dia maksudkannya,” katanya.

Katanya lagi, Marina perlu mewujudkan sempadan berkenaan isu LGBT iaitu sejauh mana beliau memberi sokongan kepada golongan itu dalam sebuah negara seperti Malaysia.

“Memang beliau seorang aktivis yang menolong ramai orang termasuklah golongan ini, tapi dia perlu jelaskan pendiriannya,” katanya.

Selain itu, Dr Mahathir turut berharap Marina menyedari apa yang dilakukannya sekarang boleh menjejaskan peluang abangnya, Datuk Mukhriz Mahathir memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

“Saya rasa beliau bukan ahli, tetapi beliau perlu lebih sensitif mengenai nasib abangnya,” katanya.

Ditanya mengenai khabar angin yang mendakwa Mukhriz bakal dicalonkan menjadi Menteri Besar Kedah sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya menawan semula negeri tersebut, Dr Mahathir menegaskan ia terpulang kepada keputusan parti.

Katanya, isyarat bahawa Mukhriz mungkin menjadi calon Menteri Besar apabila parti memilihnya untuk menjadi calon Dewan Undangan Negeri (Dun) dan bukannya calon Parlimen.

“Saya akan tolong dan menyokong apa yang dilakukan Mukhriz, tetapi segalanya terpulang pada parti. Walaupun beliau tidak dipilih jadi Menteri Besar, saya akan tetap sokong,” katanya

Sumber : http://www.klxpress.com.my/