MY PORTFOLIO

Monday, July 2, 2012

JOHOR LAKSANA HUDUD - NIK AZIZ DAH GABRA!

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong penuh cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat supaya Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hukum hudud di Malaysia.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, beliau amat bersyukur dengan cadangan itu walaupun ia datang daripada orang Umno.

“Pada saya, saya bersyukur sangat-sangat atas kesedaran ini. Tidak perlu cabar-mencabar, saya menyokong sepenuh hati.

“Kelantan atau Johor dahulu tidak penting. Kelantan telah menghadapi halangan untuk laksanakan hudud. Jika Johor mendahului Kelantan, silakan. Insya-Allah giliran Kelantan akan tiba juga,” kata beliau menerusi tulisannya di Facebook pada Isnin.

Halangan dari sapa tu?? Dari DAP??

Beliau mengulas mengenai kenyataan Ayub di sebuah portal pada Sabtu lalu mencadangkan supaya Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hukum hudud.

Nik Aziz berkata, beliau berharap agar cadangan ADUN Kemelah itu tidak akan ditarik balik dan menjadi kenyataan.

“Mari kita bekerjasama memperlihatkan Islam yang sebenar kepada masyarakat Malaysia. Tahniah kepada Umno Johor dan saya menunggu langkah yang seterusnya,” kata beliau.

Dalam laporan itu, Ayub berkata, beliau mahu melihat Johor mendahului negeri lain melaksanakan hukum hudud “sebenar” yang menurutnya berbeza daripada hudud PAS.

ADUN Kemelah itu berkata, perbezaan paling ketara adalah hukum sebenar meliputi semua kaum dalam sesuatu negara berbanding hudud PAS yang hanya tertakluk kepada orang Islam.

Beliau turut mencabar PAS menyokong cadangan hukum hudud walaupun ia datang dari Umno sekiranya mereka benar-benar ikhlas mahu memartabatkan Islam.

“Apabila Umno sebut tentang hudud, PAS kena sokong jugalah,” katanya lagi yang dipetik dalam laporan itu. -mstar


Jika makbul cadangan Johor menjadi negeri pertama laksanakan Hudud, Nik Aziz & PAS akan malu selama 7 keturunan...

Sumber : http://1peluru.blogspot.com/2012/07/johor-laksana-hudud-nik-aziz-nyatakan.html?m=1

3 comments:

  1. kalau kat johor halangan daripada MCA la! umno tak nak laksana hudud sebab (1) mahathir kata hudud cuma rekaan manusia (2) tentangan parti komponen lain. (2) bla bla bla...

    ReplyDelete
  2. sila komen entri ini http://omakkau.blogspot.com/2012/07/biar-rakyat-baca-fikir-dan-nilai-suatu.html

    ReplyDelete
  3. nak buat tu pun sebab tanggungjawab dan iman ke sebab nak mencabar kelantan?

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang komen yang boleh mengguris perasaan pihak lain dan komen yang berunsur provokasi dan yang boleh mencetuskan kontroversi. Terima kasih.

Sebarang kemusykilan emailkan kepada muhamadhafizzudin@gmail.com.

THANKS!