Jambatan Sultan Yahya Petra II dibuka kepada pengguna jalanraya sekitar jam 6.30 petang oleh Dato Sri Mustapa Mohamed yang melakukan pelepasan sebagai simbolik pembukaan jambatan tersebut disaksikan beberapa pemimpin tempatan.
Pembukaan laluan sehala jambatan tersebut yang menghubungkan Tumpat ke Kota Bharu itu dilihat mampu mengurangkan kesesakan lalu-lintas yang dialami oleh rakyat Kelantan sejak sekian lama.
Projek Jambatan Kedua Sultan Yahya Petramerupakan pembangunan yang dibawa oleh kerajaan pusat untuk rakyat Kelantan sekaligus menafikan dakwaan kononnya Kelantan dianak-tirikan sebagaimana didakwa kerajaan negeri PAS Kelantan.
Jambatan ini mula boleh digunakan untuk laluan sehala, penulis tertanya-tanya apa yang terjadi dengan Jambatan Palekbang yang diumumkan pembinaannya oleh kerajaan PAS Kelantan kerana lebih 17 tahun ia masih belum siap sepenuhnya.
Bukan sahaja tidak siap sepenuhnya, batu asas projek jambatan tersebut kini dianggap 'tugu' keramat oleh pemuja-pemuja nombor ekor di Kelantan.
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang komen yang boleh mengguris perasaan pihak lain dan komen yang berunsur provokasi dan yang boleh mencetuskan kontroversi. Terima kasih.
Sebarang kemusykilan emailkan kepada muhamadhafizzudin@gmail.com.
THANKS!