Pagi tadi, PM kita DS Najib Tun Razak dengan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor selamat mendarat di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa lebih kurang jam 0900HRS.
Pada jam 1000HRS, PM kita telah diiringi oleh Tok Pa dan Datuk Makhtar Mustapha iaitu Pengarah Jabatan Pembanguban Perseketuan Negeri Kelantan ke MRSM Kuala Krai untuk bersama masyarakat disana di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat. Selepas tamat majlis di MRSM Kuala Krai, beliau telah ke Masjid Batu 11, Tanah Merah menunaikan sembahyang Jumaat bersama rakyat dan diikuti dengan Jamuan Rakyat yang berlangsung pada pukul 1500HRS di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah 1.
Sekarang ini jam 1700HRS, PM akan ke Kota Bharu untuk merasmikan Majlis Pecah Tanah Perumahan Mesra Rakyat di Wakaf Mek Zainab sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang komen yang boleh mengguris perasaan pihak lain dan komen yang berunsur provokasi dan yang boleh mencetuskan kontroversi. Terima kasih.
Sebarang kemusykilan emailkan kepada muhamadhafizzudin@gmail.com.
THANKS!