Dipercayai gambar itu telah dimuatnaik dari laman facebook seorang aktivis tegar MNLF dan mendakwa dirinya adalah Nur P.Misuari, iaitu pengerusi MNLF.
Disini dilampirkan screenshot:
Dilaman FB ini, pelbagai hasutan telah dilakukan supaya dapat menarik rakyat Sabah untuk bersama mereka. Nasib baik tiada yang termakan dengan kata-kata syaitan darinya itu.
Disini pula adalah gambar yang telah dimuatnaik ke lamannya:
Gambar diatas berjaya memikat hati rakyat Malaysia bahawa Kerajaan Malaysia ialah penipu kerana menyatakan itu bukan mayat anggota PDRM. Kebetulan pada hari tersebut, kenyataan Ketua Polis Negara ada menyatakan bahawa jumlah keseluruhan kematian Penceroboh Sulu tidak akan diumumkan sehingga Ops Daulat selesai. Ketika ini, media pembangkang tak henti-henti menyebarkan fitnah ini. Adakah mereka ada menerima elaun khas daripada MNLF? Atau mereka takut Anwar dipenjarakan lagi?
Hakikatnya, gambar diatas adalah bukan mayat anggota PDRM. Jangan jadi bodoh percaya kepada mereka. Sedangkan sudah angkat bendera putih pun sempat lagi ambil kesempatan untuk bunuh Komando VAT69 kita, lagikan pula isu gambar yang sekecil pajera hadapan senjata mereka?? Fikir-fikirkan sejenak la yer... Takkan dah lupa?
Ini adalah gambar yang membuktikan bahawa gambar diatas adalah fitnah:
Gambar kecil itu adalah gambar Penceroboh Sulu yang mati ditembak ditempat lain, dan 'gambar yang difitnah' itu pula menunjukkan bahawa mayat itu cukup sifat berpakaian ketenteraan Sulu.
Antara yang dinafikan daripada gambar asal:
- Kasut but operasi yang dipakai adalah sama, manakala kasut but operasi pasukan PDRM tidak ada yang Issue. Yang ada dijual di Malaysia hanyalah jenama SWAT, MAGNUM, 5.11
- Stokin yang dipakai adalah sama dengan anggota Ketenteraan Sulu yang lain (Stokin pun Issue?).
- Pasukan PDRM memakai tali pinggang operasi, manakala mayat ini tidak memakainya.
- Terdapat mayat yang memakai but issue dari Angkatan Ketenteraan Filipina, manakala pasukan PDRM tidak mempunyai but operasi issue, kecuali but kawad sahaja.
Sememangnya pembangkang ni suka memecahbelahkan sesama kita. Blah la wei!!
Kekeke... Mcm2 ler macai2 ni... Apa lg lawak sengal diaorg ni. Ituler, byk sgt surf internet dn dpt info palsu. Cuba turun padang sesekali, leh dpt picture sebenar...
ReplyDelete