Dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 malam itu, ketegangan itu bermula apabila lebih kurang 15 penyokong Pas bertindak membaling telur ke arah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungi Lui, Datuk Zainal Abidin Ahmad di pentas ceramah BN.
Selain terkena lengan zainal, ia juga terkena badan Presiden Pertubuhan Gerakan Memartabat Perjuangan Negara (GMPN), Mejar (B) Razali Zakaria yang turut sama berada di situ.
Ekoran kebiadaban dan provokasi keterlaluan penyokong-penyokong Pas itu, para penyokong BN pula membalas dengan membaling botol mineral dan objek lain.
Akibatnya, pihak polis terpaksa memanggil pasukan dari Unit Tindakan Ringan (LSF) untuk mententeramkan keadaan di lokasi tersebut.
Kira-kira 30 minit kemudian, polis telah mengarahkan ceramah di kedua-dua pentas tersebut dihentikan dan semua penyokong diminta bersurai.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Supritendan Hamzah Alias berkata:
"Saya minta kedua-dua ceramah ini dihentikan serta-merta. Penyokong Pas diminta bersurai terlebih dahulu dan tinggalkan lokasi. Saya minta semua bersurai untuk elak kekecohan berterusan," tegasnya.
Ceramah anjuran Pas di sini sepatutnya dihadiri oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua. Bagaimanapun kelibatnya tidak kelihatan sehingga ceramah itu diarah dihentikan. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang komen yang boleh mengguris perasaan pihak lain dan komen yang berunsur provokasi dan yang boleh mencetuskan kontroversi. Terima kasih.
Sebarang kemusykilan emailkan kepada muhamadhafizzudin@gmail.com.
THANKS!