Malah si janda bersama Kit Siang dan Tian Chua cuba merendah-rendahkan semangat pasukan keselamatan serta anggota polis, selain berusaha memutarbelitkan kenyataan sebenar yang berlaku di Lahad Datu.
Si janda seolah-olah menutup mata dengan usaha dan pelbagai cara, kaedah telah digunakan oleh pihak kerajaan, antaranya melakukan rundingan demi rundingan dengan ketua penceroboh bersenjata bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Tambahan sekiranya isu ini tidak ditanggani dengan cara yang berkesan, ia boleh mengugat hubungan dunia hala antara kerajaan Malaysia dan Filipina.
Namun semua pendekatan telah diambil untuk mengelakan pertumpahan darah, namun pihak penceroboh tetap berkeras dan enggan menerima keputusan kerajaan. Kerajaan sebelum ini bertegas meminta mereka pulang ke negara asal sekaligus menghormati kedaultanan sesebuah negara.
Penceroboh bersenjata di Lahad Datu, Sabah telah terlebih dahulu memulakan serangan terhadap pasukan keselamatan Malaysia apabila mereka mara 1.5 kilometer dari tempat mereka berkampung sebelum ini.
Perdana Menteri telah memberi mandat kepada Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera untuk mengambil sebarang tindakan terhadap kumpulan penceroboh bersenjata itu dan tiada kompromi lagi.
Baca lagi banyak pendedahan di blog KAKI RAYAU KB
Kalu filem perang aku fikir tak laku tapi kalu filem lucah aku fikir boleh dapat juta-juta dan sure box-office pecah punggung.
ReplyDeleteTakkan demo tak paut blog kawe di blog hebat demo bro?
ReplyDeleteTakkan demo tak paut blog kawe di blog hebat demo bro?
ReplyDeletedah paut lama dah bohhh!!
ReplyDelete