Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhamad Rahimi Osman akan mendedahkan hubungan bekas majikannya itu dengan rakan-rakan berpengaruh dari Filipina yang mungkin mempunyai kaitan dengan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF).
Menurut Rahimi, beliau akan membuat pendedahan itu sejurus kemelut pencerobohan sempadan negara oleh pengganas Sulu di Lahad Datu itu reda bagi menghormati tugas pasukan keselamatan negara.
Kata beliau, Anwar dikatakan mempunyai beberapa rakan dari Filipina yang berpengaruh dan mempunyai kaitan dengan politik pembangkang di negara jiran itu serta pembangkang di negara ini.
"Saya dalam proses mencari lebih banyak bukti dan maklumat mengenai perkaitan dan perhubungan Anwar dengan rakan-rakannya yang mempunyai kaitan dengan MNLF.
"Apa yang pasti, empat hingga lima rakan Anwar dari Filipina itu telah membantunya pada Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008 yang lalu. Rakan-rakan Filipina Anwar ini ada kemungkinan mempunyai hubungan rapat dengan MNLF,'' katanya kepada Utusan Online, ketika dihubungi hari ini.
Rahimi dalam blog AnwarAIDC sebelum ini mengesahkan Ketua Pembangkang itu pernah menggunakan khidmat empat pengawal keselamatan yang berasal dari Filipina.
Keempat-empat individu itu adalah Daniel Cruz, Noel Del Rosario, Alfred Sese serta Bong Oteyza dan anggota-anggota itu terlatih setanding pasukan komando dan pelbagai kepakaran lain. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang komen yang boleh mengguris perasaan pihak lain dan komen yang berunsur provokasi dan yang boleh mencetuskan kontroversi. Terima kasih.
Sebarang kemusykilan emailkan kepada muhamadhafizzudin@gmail.com.
THANKS!