MY PORTFOLIO

Monday, March 4, 2013

#PrayForSabah: HOT! Bekas Anggota @PDRMsia Bangkit Tentang @tianchua !! #TolakTianChua


Bertempat di Tugu Negara tepat jam 10.00 pagi, Yayasan Pengaman Malaysia yang dipengerusikan oleh Tan Sri Samshuri Arshad telah mengadakan satu perhimpunan aman untuk mengutuk dan memprotes kenyataan biadap ADUN Batu, YB Tian Chua yang telah menghina pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan mengatakan kematian Insp Zulkifli dan Koperal Sabaruddin dari Unit 69 Komando itu adalah telah dirancang supaya tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dapat dilengahkan. Secara amnya, kenyataan beliau ini juga telah menaikkan kemarahan dari ramai pihak.

Seramai 150 orang yang terdiri daripada bekas anggota PDRM daripada Unit Komando 69 (VAT69), Unit Tindakan Khas (UTK) dan anggota-anggota lain telah turun bersama-sama di perhimpunan ini bagi menjayakan satu ,isi, iaitu bagi mendesak Tian Chua menarik semula kata-katanya dan memohon maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia, PDRM, dan yang paling utamanya keluarga Allahyarham.

Senarai VIP yang turut sama-sama turun padang:
1.Tun Mohd Haniff Omar Mantan KPN (Penasihat Yayasan Pengaman Malaysia)
2. Tan Sri Abd Rahim Noor, Mantan KPN
3. Tan Sri Norian Mai, Mantan KPN (Timbalan Pengerusi Yayasan Pengaman Malaysia)
4. Tan Sri Mohd Bakri Omar, Mantan KPN
5. Tan Sri Musa Hassan, Mantan KPN
6. Tan Sri Samshuri, Mantan Timb/KPN (Timbalan Pengerusi Yayasan Pengaman Malaysia)
7. Tan Sri Mohd Jamil Johari, Mantan Timb/KPN (Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pengaman Malaysia)
8. Tan Sri Mohd Najib Mantan,Timb/KPN (Bendahari Yayasan Pengaman Malaysia)
9. Tan Sri Husin Ismail, Mantan Timb/KPN (Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pengaman Malaysia)
10. Tan Sri Mohd Zaman Khan, Mantan Pengarah JSJ.
11. Tan Sri Yuen Yet Leng Mantan CP Sarawak.
12. Wakil Pesara Vat 69, Sqd 69, PBPM, Pesara Cawangan Khas, Pesara PPH, Yayasan Pengaman Malaysia & Respa.
Tan Sri Samshuri ditemuramah wartawan

Tugu Negara menjadi 'wallpaper' sebagai tanda cintakan negara

Sepanduk yang dibawa sudah cukup untuk insafkan Tian Chua!!

Disini saya lampirkan salinan kenyataan media sewaktu ucapan pengerusi Yayasan Pengaman Malaysia sewaktu disana:

KENYATAAN MEDIA YPM  
Al-Fatihah,
Mantan KPN, Mantan Timbalan KPN, Mantan Pengarah-Pengarah PDRM Yayasan Pengaman Malaysia bersama seluruh warga PDRM yang sedang berkhidmat dan telah bersara turut sama bersedih di atas terkorbannya dan tercedera beberapa anggota VAT 69 dan Cawangan Khas dalam gerakan terhadap pencerobohan bersenjata di Lahad Datu Sabah. Ini adalah tindakan aggression dan waging war terhadap negara. Insyaallah kami mempunyai keyakinan penuh terhadap kepimpinan Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Bersenjata Malaysia. Bahawa kami yakin PDRM dan angkatan tentera mempunyai keupayaan kepakaran strategi, taktik dan teknik untuk menghadapi cabaran ini. Track record kedua-dua pasukan ini jelas melalui darurat 1948-1960 dan lain-lain peristiwa yang mengancam ketenteraman negara. Terkorban dan cedera dalam mempertahankan kedaulatan negara adalah occupational hazards yang terpaksa dihadapai PDRM dan angkatan tentera. Pegawai dan anggotanya jelas risiko yang terpaksa mereka terima dan akur kepadanya. Kami berterima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerajaan dan rakyat yang telah menzahirkan dan memberi sokongan moral dan material doa restu kepada pegawai dan anggota PDRM yang terkorban dan cedera. Ini semua mempunyai erti yang sangat besar kepada keluarga, sanak saudara dan moral anggota yang berkhidmat lebih-lebih lagi yang sedang menjalankan gerakan di Lahad Datu. Hidup mati adalah ketentuan Allah SWT. Yang mati tidak akan kembali. Lagi nyawa tidak boleh digantikan dengan wang ringgit dan segala perhiasan dunia. Sungguhpun begitu kami dan seluruh warga PDRM yang telah bersara dan yang masih berkhimat sangat terkilan dan merasa kesal di atas ulasan yang telah dibuat oleh beberapa manusia yang kami sifatkan tidak berhati perut langsung tiada perasaan belas kasihan manusia. Menghina dan memperlekehkan pengorbanan pegawai dan anggota yang terkorban dan cedera.  
Penghinaaan pertama: 
Kematian dianggap sebagai satu sandiwara. Alangkah rendah hemah manusia ini. Ia sanggup mempermainkan kematian sebagai satu sandiwara. Kematian bukan satu permainan manusia. Setiap yang hidup pasti mati. Ketentuan Allah SWT. Sungguh kami rasa terhina lebih-lebih lagi balu, anak-anak dan saudara mara pegawai dan anggota yang terkorban. Sampai hati manusia ini berkata sedemikian.   
Penghinaan kedua: 
Di facebook terdapat posting berikut “dua polis anjing UMNO mampus” di post oleh seorang mengenal diri sebagai Jonathan Lin.  
Terdapat kira-kira 160,000 ribu pesara dan bekas polis dan 140,000 yang masih berkhidmat tidak termasuk PVR. Kira-kira 2 juta suara warga polis ini tidak termasuk saudara mara mereka dekat dan jauh sahabat kenalan mereka dekat dan jauh dan rakan seperjuangan dalam angkatan bersenjata dan veteran angkatan bersenjata dan lain rakyat jelata silent majoriti yang cintakan keamanan dan pandai berterima kasih kepada PDRM dan pasukan keselamatan di atas segala pengorbanan mereka dahulu dan sekarang akan bersama warga PDRM menolak kumpulan ini. Barisan pesara PDRM tetap bersama Ketua Polis Negara dan pucuk pimpinan PDRM dan seluruh anggota bersedia menawarkan apa juga bentuk kepakaran, pengalaman dan trade craft yang kami ada hasil perkhidmatan masing-masing lebih 35 tahun dalam pdrm.

P/S : Sepatutnya Cina Tian Chua ni kita hantar balik China jer.... 
  

2 comments:

  1. Salam. Sedikit pembetulan. Yayasan Pengaman Malaysia dipengerusi kan oleh Tan Sri Samshuri Arshad, dan Timbalan Pengerusinya ialah Tan Sri Norian Mai. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Salam, sedikit pembetulan. Yayasan Pengaman Malaysia dipengerusikan oleh Tan Sri Samshuri Arshad. Timbalan Pengerusi ialah Tan Sri Norian Mai. Cuma perhimpunan tadi diketuai oleh Tan Sri Zaman Khan. Terima kasih.

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang komen yang boleh mengguris perasaan pihak lain dan komen yang berunsur provokasi dan yang boleh mencetuskan kontroversi. Terima kasih.

Sebarang kemusykilan emailkan kepada muhamadhafizzudin@gmail.com.

THANKS!