MY PORTFOLIO

Sunday, April 21, 2013

[INFO] #PRU13: APA YANG ANDA PATUT TAHU TENTANG #PPA1M ?? DAH APPLY BELUM??


RUMAH merupakan aset kehidupan yang takkan merugikan dan takkan membuatkan korang tampar dahi. RUMAH sangat penting bagi setiap individu bujang ataupun yang sudah berkeluarga. Kerajaan memahami apa yang rakyat mahukan, dan kerajaan sedar akan RUMAH adalah ibarat 'HAK ASASI' setiap insan berkemampuan. Atas konsep RAKYAT DIDAHULUKAN, PPA1M (PERUMAHAN PENJAWAT AWAM 1 MALAYSIA) diperkenalkan dan ianya sangat berpatutan dan yang paling penting ianya berkarakter "MAMPU MILIK"

SEDIKIT INFO TENTANG PPA1M:
  • Sebanyak 1,256 unit rumah di Presint 17 dan 256 unit di Presint 11 Putrajaya akan dibina bawah program PPA1M khusus buat kakitangan awam.
  • PPA1M adalah tanda keprihatinan Kerajaan terhadap kakitangan awam yang menghadapi kesukaran untuk mendapatkan rumah mampu milik.
  • CUEPACS menyambut baik usaha ini dan berharap kerajaan BN diberi mandat untuk teruskan pembangunan dan menjaga kebajikan penjawat-penjawat awam.

Dari AGENDA SEMASA:

Kerajaan bakal melancarkan Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) yang menyediakan rumah mampu milik berharga RM 150,000 hingga RM 300,000 untuk kakitangan perkhidmatan awam.Rumah tersebut berkeluasan di antara 1,000-1,500 kaki persegi dilengkapi kemudahan asas akan dibina di atas tanah kerajaan dan ditawarkan pada harga 20 % hingga 30% lebih rendah dari harga pasaran. 
Info Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M): 
Harga : RM 150,000 – RM 300,000
Luas : 1,000 – 1,500 kaki persegi
Unit : Sebanyak 10,000 unit akan dibina di Putrajaya sebagai Projek Perintis
Sebagai projek perintis, 10,000 unit tumah mampu milik kakitangan awam ini nanti akan dibina di Putrajaya dan akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.Pada pendapat kami, PPA1M ini memang satu langkah yang baik buat kakitangan awam untuk memiliki rumah sendiri yang pertama.Mungkin bagi kakitangan awam yang ditempatkan di bandar-bandar besar, projek PPA1M ini merupakan yang terbaik buat mereka. 
Kita semua sedia maklum bahawa harga rumah di bandar-bandar besar sudah melonjak naik hingga 300% sejak kebalakangan ini.Peluang untuk memiliki rumah di bandar-bandar besar memang terhad, dan kadang-kalanya kakitangan awam yang bergaji RM 3,000 ke bawah, tidak mampu untuk membeli rumah.Jadi, langkah kerajaan untuk melancarkan Projek PPA1M ini memang langkah yang baik.

Ini pula dari MStar:
PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) dengan harga di antara RM150,000 dan RM300,000 di sini pada Khamis. 
Kira-kira 10,366 unit rumah dengan keluasan di antara 1,000 meter persegi dan 1,500 meter persegi itu akan dibina dalam beberapa fasa. 
Najib berkata, fasa pertama akan dibina di Presint 11 dan Presint 17 yang dijangka siap dalam tempoh 18 bulan. 
"Rumah tersebut bukan saja selesa tapi berkualiti baik. 
"Kakitangan awam perlu membayar RM2,000 sebagai deposit dan mula membuat bayaran sebaik saja berpindah masuk ke rumah itu," katanya pada majlis pelancaran program itu di sini, Khamis.



No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang komen yang boleh mengguris perasaan pihak lain dan komen yang berunsur provokasi dan yang boleh mencetuskan kontroversi. Terima kasih.

Sebarang kemusykilan emailkan kepada muhamadhafizzudin@gmail.com.

THANKS!