MY PORTFOLIO

Tuesday, April 16, 2013

#PRU13: #ManifestoBN #AkuJanji BAKAL BUAT NIK AZIZ CIRIT!!! #TukarKelantan


MANIFESTO atau aku janji Barisan Nasional (BN) Kelantan yang dilancarkan kelmarin bagaikan kunci yang menutup pintu-pintu dusta dan mulut-mulut nista yang mendakwa menukar pemerintahan Pas kepada BN di negeri itu hukumnya haram.

Dengan intipati pembangunan berpaksikan Islam, tidak mustahil Kelantan yang digelar sebagai ‘Serambi Mekah’ akan maju dengan berteraskan kemajuan fizikal dan modal insan di bawah BN.

Walaupun Pas mempunyai ramai ‘tok guru’, BN juga pada masa yang sama ditunjangi ramai ilmuwan Islam yang boleh merealisasikan matlamat memantapkan institusi pengajian al-Quran dan menubuhkan pusat latihan yang melahirkan para pendakwah dan imam yang berwibawa.

Pemerhati politik di negeri itu berpendapat, berdasarkan manifesto BN Kelantan yang mencakupi pelbagai perkara seperti memantapkan institusi agama, pusat kecemerlangan ilmu dan mementingkan kebersihan, Kelantan berupaya menjadi hab Islam yang boleh dicontohi.

Sungguhpun demikian, kebajikan masyarakat bukan Melayu turut diberikan perhatian dengan menyediakan pelbagai bantuan seperti memberi geran tahunan untuk Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil serta menyediakan tapak perkuburan Cina, India, Sikh, Kristian, Siam dan Orang Asli.

Antara kekuatan manifesto BN Kelantan ialah agenda mensejahterakan rakyat dengan menyelesaikan masalah bekalan air bersih, kesukaran mencari pekerjaan, menangani gejala sosial, keperluan kepada rumah rakyat dan menghidupkan semula khazanah budaya yang ‘terkambus’ selama 23 tahun di bawah Pas.

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang komen yang boleh mengguris perasaan pihak lain dan komen yang berunsur provokasi dan yang boleh mencetuskan kontroversi. Terima kasih.

Sebarang kemusykilan emailkan kepada muhamadhafizzudin@gmail.com.

THANKS!