Timbalan Pengarah Kastam (Bahagian Perkastaman dan Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim maut selepas ditembak dari jarak dekat, dipercayai oleh penunggang superbike pagi ini.
Kejadian berlaku sekitar pukul 8.30 pagi di persimpangan lampu isyarat Lebuh Wawasan dari arah Dengkil bersebelahan IPD Putrajaya.
Mangsa yang ketika itu dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja bersama pemandunya telah dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Putrajaya sebelum disahkan meninggal dunia jam 9.20 pagi.
Allahyarham berasal dari Negeri Sembilan dikenali sebagai seorang yang tegas dan berani bersuara.
Menurut maklumat awal yang diperoleh daripada rakan yang berada di Hospital Putrajaya, suspek menaiki superbike jenis Honda datang melepaskan tiga das tembakan ketika mangsa berhenti di lampu isyarat. Salah satu daripada tembakan itu mengenai kepala mangsa.
Mayat mangsa akan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang komen yang boleh mengguris perasaan pihak lain dan komen yang berunsur provokasi dan yang boleh mencetuskan kontroversi. Terima kasih.
Sebarang kemusykilan emailkan kepada muhamadhafizzudin@gmail.com.
THANKS!