Terdapat perkembangan positif dalam kes siasatan pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman Dan Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.
Katanya, polis sedang mencuba sedaya upaya untuk menyelesaikan kes itu dan yakin dapat dilakukan dalam masa terdekat.
Bagaimanapun Ismail enggan memberikan butir lanjut mengenai dalang yang terbabit dalam pembunuhan tersebut walaupun 35 orang telahpun disoal siasat dan seorang ditahan bagi membantu siasatan.
Ismail berkata, "Daripada taklimat yang diberikan itu, saya tengok ada kemajuan siasatan dan kita tidak berhenti menyiasat. Kes ini saya anggap sebagai satu kes yang serius kerana melibatkan cubaan untuk menakutkan pegawai awam, saya tidak mahu ini berlaku."
Beliau berkata kepada media selepas merasmikan kompleks ibu pejabat polis daerah Yan, di Yan, Kedah, hari ini.
Menurut Ismail lagi, polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba mengugut dan menakut-nakutkan penjawat awam terutamanya anggota keselamatan.
Pada Jumaat lepas seorang lelaki berusia 56 tahun di tahan di Petaling Jaya bagi membantu siasatan kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam itu.
Dalam insiden 26 April lalu, Shaharuddin maut akibat ditembak dua lelaki bermotosikal semasa dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya.
Sementara itu dalam perkembangan lain, Ismail turut menasihatkan orang ramai dan memberi amaran tegas agar mana-mana pihak tidak lagi menganjurkan perhimpunan tanpa kebenaran pihak polis.
"Jangan mencabarkan keutuhan undang, jangan mencabar keutuhan undang-undang, jangan mencabar keutuhan undang-undang melalui tindakan-tindakan provokasi desakan atau tomahan-tohmahan yang tidak berasas semata-mata nak membangkitkan perasaan marah dan sebagainya, ini tidak betul," kata Ismail.
Katanya, polis tahu bagaimana untuk menangani pihak-pihak yang cuba mencetuskan kekacauan dan menggangu gugat keselamatan serta keamanan yang sedia ada di negara ini. - AWANI
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang komen yang boleh mengguris perasaan pihak lain dan komen yang berunsur provokasi dan yang boleh mencetuskan kontroversi. Terima kasih.
Sebarang kemusykilan emailkan kepada muhamadhafizzudin@gmail.com.
THANKS!