MY PORTFOLIO

Monday, May 27, 2013

TAHNIAH! @PDRMsia DAH KENALPASTI SUSPEK KES BEDIL PASIR PUTIH..


Suspek kes tembak peraih ikan yang baru selesai menunaikan solat Isyak berjemaah di Masjid Nurul Anuar, Mukim Dalam Rhu, Pasir Putih malam Khamis lalu telah dikenal pasti.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abd. Rahim, memberitahu, pihaknya kini sedang giat berusaha mengesannya.

“Polis telah mengenal pasti suspek kejadian ini dan saya berharap semua bersabar,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Sebelum ini, Jalaluddin di dalam kenyataannya memberitahu, polis masih menyiasat motif kejadian ada kaitan dengan unsur balas dendam.

Sinar Harian semalam menyiarkan, Zahari Razak, 57, mati ditembak sejurus keluar dari pekarangan masjid dengan memandu kereta BMW seorang diri.

Mangsa yang berasal dari Kampung Pachakan, Jalan Semerak merupakan peraih ikan di Kuala Besut, Terengganu dan mangsa dikatakan ditembak beberapa das dari jarak dekat oleh seorang lelaki yang menunggu di motosikal.

Tembakan itu menyebabkan kenderaan itu terbabas beberapa meter ke kawasan lapang di bahu jalan sebelum berhenti.

Kejadian berlaku selepas Zahari selesai menunaikan solat Isyak dan hendak pulang ke rumah yang terletak kira-kira satu kilometer dari masjid itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang komen yang boleh mengguris perasaan pihak lain dan komen yang berunsur provokasi dan yang boleh mencetuskan kontroversi. Terima kasih.

Sebarang kemusykilan emailkan kepada muhamadhafizzudin@gmail.com.

THANKS!