Polis tetap tidak membenarkan perhimpunan ‘Blackout505’ yang dirancang pembangkang di Padang Merbok, di sini, Sabtu ini, kerana lokasi itu tidak dibenarkan digunakan pemiliknya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Justeru, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad, memberi amaran kepada penganjur dan peserta supaya tidak meneruskan perhimpunan itu atau polis terpaksa mengambil tindakan tegas.
Katanya, keputusan polis itu selaras dengan pendirian DBKL menerusi kenyataan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib, baru-baru ini.
Milik DBKL
Beliau berkata Padang Merbok adalah milik DBKL dan menjadi hak pihak berkuasa itu untuk memberi kebenaran atau tidak kepada mana-mana pihak yang membuat permohonan bagi menggunakan lokasi berkenaan.
“Datuk Bandar menyatakan keputusan pihaknya (DBKL) untuk tidak membenarkan penganjur mengadakan perhimpunan pada Sabtu ini.
“Oleh itu Seksyen 10C Akta Perhimpunan Aman (APPA) 2012 yang memperuntukkan setiap penganjur perlu mendapatkan kebenaran pemilik untuk mengadakan perhimpunan itu,” katanya pada sidang media selepas pertemuan pegawai polis kanan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dengan Pengerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Wira Ayub Yaakob, di sini, semalam.
BH sebelum ini melaporkan pertemuan antara pihak penganjur perhimpunan dengan Ahmad Phesal minggu lalu gagal mencapai kata sepakat kerana kedua-duanya tetap dengan pendirian masing-masing.
DBKL terpaksa menolak permohonan penganjur untuk mengadakan perhimpunan di lokasi berkenaan berikutan ia sudah ditempah oleh pihak lain.
Zainuddin berkata, sehingga kini perhimpunan berkenaan masih tidak mendapat kebenaran dari pihaknya jika ia diteruskan polis akan mengambil tindakan seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang. -BH
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang komen yang boleh mengguris perasaan pihak lain dan komen yang berunsur provokasi dan yang boleh mencetuskan kontroversi. Terima kasih.
Sebarang kemusykilan emailkan kepada muhamadhafizzudin@gmail.com.
THANKS!