Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, sebagai bukti, kemelut itu berlaku di beberapa negara termasuk Mesir dan adalah tidak mustahil akan turut melanda Malaysia jika rakyatnya berbeza fahaman dan terlampau taksub dalam berpolitik
"Gejala seumpama itu juga sudah pasti akan menghancurkan perpaduan kalangan umat Islam hanya disebabkan fahaman politik sempit," katanya ketika berucap dalam mesyuarat dengan Penyelaras Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kuala Besut di Balai Raya Kampung Beris Lampu, dekat sini hari ini.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah seterusnya meluahkan rasa bimbang dengan masalah itu yang akhirnya merugikan rakyat khususnya umat Islam sendiri.
Yang hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha (Sosioekonomi) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Zubir Abdul Ghani dan Ketua Pengarah Kemas, Datuk Hassan Mohd. Amin.
Mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut, Mohd. Shafie berkata, seluruh jentera BN dan UMNO perlu bergerak dan diselaraskan mulai sekarang bagi memastikan kemenangan BN di kawasan itu.
Beliau risau sekiranya penyelarasan tidak dilakukan, matlamat untuk mempertahankan kekuasaannya di Kuala Besut tidak akan dicapai.
"Penyelarasan di segi gerak kerja perlu dibuat dengan bersungguh-sungguh, saya bimbang sangat kalau kita tidak ada penyelarasan.
"Usaha ini penting untuk membolehkan kita menyelami kehendak dan keperluan rakyat seperti berkunjung dari rumah ke rumah," ujarnya.
Sehubungan itu, beliau berharap seluruh penggerak jentera parti jangan membuang masa untuk memulakan gerak gempur bagi memastikan kemenangan BN dengan majoriti lebih besar pada 24 Julai ini. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang komen yang boleh mengguris perasaan pihak lain dan komen yang berunsur provokasi dan yang boleh mencetuskan kontroversi. Terima kasih.
Sebarang kemusykilan emailkan kepada muhamadhafizzudin@gmail.com.
THANKS!