MY PORTFOLIO

Wednesday, August 21, 2013

#PemilihanUMNO2013: ZED ZAIDI SEMBILU MAHU BERTANDING EXCO PEMUDA ATAS PLATFORM SENIMAN?

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Jamil mengesahkan akan bertanding jawatan Exco Pergerakan Pemuda Umno pada pemilihan parti itu.

Katanya, keputusan itu diambil setelah beliau mendapat sokongan padu daripada ahli di 191 bahagian pergerakan itu di seluruh negara untuk bertanding jawatan tersebut.

“Saya lihat mereka bersungguh-sungguh memberikan sokongan penuh kepada saya untuk bertanding khususnya sebagai Pengerusi Biro Kebudayaan dan Kesenian pergerakan itu.

“Pada masa ini saya hanya menggalas jawatan timbalan pengerusi sahaja, kalau boleh mereka mahu saya pegang portfolio lebih tinggi supaya peranan artis lebih berkesan dalam Umno dalam memulihkan imej menjelang PRU14,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas hasratnya yang ingin bertanding jawatan Exco Pergerakan Pemuda Umno pada pemilihan parti itu pada Oktober depan.

Dalam pada itu katanya, penglibatan penggiat seni dalam BN itu sekali gus memulihkan imej parti pemerintah itu yang dikritik teruk pembangkang pada PRU13 lalu yang memanipulasikan golongan artis untuk kepentingan politik pembangkang.

“Sekurang-kurangnya apabila wakil Seniman diangkat dalam pergerakan itu, kita dapat melahirkan satu pemimpin dalam industri seni dalam Umno itu sendiri dan dapat menyerang balas kritikan serta hentaman artis pro-pembangkang pada pilihan raya lalu,” katanya.

Selain itu jelasnya, pembabitan penggiat seni dalam parti itu dapat menaikkan imej Umno di mata rakyat dengan menjadikannya sebagai alat propaganda untuk menarik minat masyarakat untuk kembali menyokong Umno-BN menjelang PRU14 akan datang.

“Pembangkang sudah mulakan dulu (lahirkan perintis), kalau kita tidak ada, macam mana kita hendak hadapi PRU14 nanti.

"Kita perlu mulakan dari sekarang, sekurang-kurangnya di bawah Biro Kebudyaan dan Kesenian ini, kita dapat menaikkan imej Umno di mata rakyat,” katanya lagi.

Pendaftaran penamaan calon untuk pergerakan sayap pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri parti itu akan dilakukan pada 21 September depan. - SINAR HARIAN

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang komen yang boleh mengguris perasaan pihak lain dan komen yang berunsur provokasi dan yang boleh mencetuskan kontroversi. Terima kasih.

Sebarang kemusykilan emailkan kepada muhamadhafizzudin@gmail.com.

THANKS!