Usia kematangan sayap Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sebagai salah satu sayap utama parti UMNO di dalam mengharungi juga meniti titian masa selaku pemimpin anak muda bagi pembela serta memacu kemajuan nusa dan bangsa dapat disaksikan setiap tahun.
Hari ini 26 Ogos 2013, sayap Pergerakan Pemuda UMNO telah mencapai usia 64 tahun. Bermula dari era Kapten Hussein Onn, kini legasi sayap Pergerakan Pemuda UMNO diteruskan pula oleh YB Khairy Jamaluddin yang juga merupakan Menteri Belia Dan Sukan Malaysia. Telah banyak perubahan dan barisan kepimpinan yang lahir dari sayap Pergerakan Pemuda UMNO.
Kita tidak pernah leka dan sentiasa berdiri teguh di barisan hadapan bagi menempuh dan menangkis serangan rangkaian pembangkang yang sentiasa menunggu peluang ke atas setiap langkah yang sumbang mahupun perancangan yang kurang sempurna. Disamping itu, saya yakin kita tidak akan berganjak barang seinci pun di dalam istiqamahnya menunaikan janji dan harapan membela nasib anak-anak bangsa dan watan buat kemakmuran seluruhnya.
Kita kini berada di medan perbatasan yang menuntut kepekaan kita untuk menangani hambatan arus cabaran dalam persaingan politik semasa. Arus persaingan politik masa kini bukan sahaja mencakupi batas pertempuran kita dengan pihak pembangkang bahkan tuntutan pengisian zaman.
Doa dan harapan saya biarlah Pemuda UMNO zaman kita dikenali sebagai pemuda yang memimpin, pemuda yang mengasihi rakyat dan pemuda yang menjadi denyut nadi perjuangan agama, bangsa dan negara. Untuk itu, pelbagai program dan aktiviti Pemuda UMNO harus terus dirancang dan dilaksanakan dengan perencanaan berorientasikan mesra rakyat dan penuh inklusif seperti program BN Pilihan Orang Muda dan banyak lagi. Pemuda UMNO harus sentiasa prihatin dengan nasib dan perihal rakyat dan perlu menjuarai sesuatu isu. Inilah peranan dan fungsi pengisian Pemuda UMNO yang kita ingin suburkan di dalam jiwa dan roh perjuangan ahli kita semua. Dalam pada Pemuda UMNO mendepani isu-isu yang melibatkan kepentingan semua. - BLOG AZWAN BRO
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang komen yang boleh mengguris perasaan pihak lain dan komen yang berunsur provokasi dan yang boleh mencetuskan kontroversi. Terima kasih.
Sebarang kemusykilan emailkan kepada muhamadhafizzudin@gmail.com.
THANKS!