MY PORTFOLIO

Thursday, August 29, 2013

#SheikhNafiq4Exco : BERI RUANG KEPADA BEKAS TOKOH BELIA SHEIKH NAFIQ GALAS TUGAS SEBAGAI EXCO PEMUDA!

[KEMASKINI]

Sheikh Nafiq Alfirdaus (Setiausaha Umno Bahagian Pulai, ) mencuba mesin pengimbas keahlian UMNO yang disediakan di hadapan kaunter pendaftaran, di lobi PWTC semasa Perhimpunan Agung UMNO tahun lepas.


Aku difahamkan hampir 200 orang menawarkan diri untuk mengisi tempat sebagai Exco Pemuda UMNO Malaysia. 

Tapi yang aku tahu terbukti berjaya melaksanakan tugasan atas kapasiti pemuda adalah saudara Armand Azha yang lain aku belum yakin mereka merupakan pemuda yang berkesan di peringkat bahagian.

Persoalan aku, adakah individu yang menawarkan diri bertanding EXCO tu merupakan jentera yang terbukti melaksanakan tugasan mereka atas kapasiti pemuda di peringkat bahagian?

Jawapannya ialah TIDAK SEMUA!!

Menurut pemerhatian, aku cuma nampak selain Armand Azha yang namanya sudah cukup dikenali, antara calon yang betul-betul berpotensi ialah Sheikh Nafiq Alfirdaous, siapa dia ni? baca dibawah:

TRANSFORMASI 13:


Menjelang pemilihan UMNO 2013 selain kerusi nombor dua dalam Pergerakan Pemuda UMNO, antara yang menarik perhatian ramai pihak adalah perebutan jawatan Exco Pemuda UMNO Malaysia.

Sehingga ke hari ini penulis difahamkan lebih 80 individu dikatakan menawarkan diri untuk memegang jawatan exco dalam pergerakan pemuda.
Kali ini penulis tertarik dengan Sheikh Nafiq yang juga Tokoh Belia Negara 2009 yang turut menawarkan diri bertanding jawatan exco pemuda.

Penulis akan dapatkan perincian gerak kerja yang telah dilakukan oleh Sheikh Nafiq sebagai Pengerusi Biro Ekonomi & Keusahawanan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pulai, Johor. 
Jika diteliti dari profil yang diberikan, penulis merasakan Sheikh Nafiq antara salah seorang individu yang perlu diberi ruang untuk memegang jawatan exco pemuda UMNO.
Facebook Sheikh Nafiq Alfirdaous [KLIK]

Kebanyakan  calon yang menawarkan diri untuk bertanding EXCO merupakan orang yang tidak buat kerja di peringkat bahagian. Bukan niat nak naikkan Si Sheikh Nafiq Alfirdaous ini, tapi jika difikir secara logik, dia merupakan Mantan Ikon Belia 2009, wajar tak kalau dia merupakan jentera yang 'pemalas' di peringkat bahagian? sememamangnya TIDAK!

Dengan latar belakang (rujuk gambar) yang sangat positif dan proaktif, aku yakin dia patut diberi ruang untuk menggalas tanggungjwab sebagai Exco Pemuda UMNO Malaysia.



No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang komen yang boleh mengguris perasaan pihak lain dan komen yang berunsur provokasi dan yang boleh mencetuskan kontroversi. Terima kasih.

Sebarang kemusykilan emailkan kepada muhamadhafizzudin@gmail.com.

THANKS!