MY PORTFOLIO

Tuesday, September 17, 2013

#RazmanVSKJ: AGAK-AGAK BERAPA BAHAGIAN KENAL RAZMAN? #PemilihanUMNO

Seperti apa yang aku tuliskan sebelum ini - KRITERIA PENTING UNTUK MENJADI KETUA PEMUDA UMNO. BUKAN HANYA POPULARITI DI FACEBOOK SAHAJA!!

Jika Razman masih mahu meneruskan hasrat untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda  yang disandang Khairy Jamaluddin sekarang, dinasihatkan supaya simpan saja lah. Sedangkan anak Sanusi Junid, Akramsyah yang punya 'PAYUNG BESAR' pun, masih kecil lagi ruang untuk dia kecapi kemenangan. Lagilah Razman?? Hanya popular di laman sosial, tetapi tidak di 'underground'. Agak-agak berapa bahagian kenal Razman??

" Seorang lagi mungkin akan mencabar jawatan Ketua Pemuda Umno semasa pencalonan Sabtu ini. 
Razman Hakimi Abdullah, merupakan seorang blogger dan bekas ketua unit komunikasi korporat sebuah kementerian pada Isnin berkata, beliau akan menyertai pertandingan itu sekiranya pencabar Akhramsyah Sanusi Akhramsyah Muammar Ubaidah tidak meneruskan hasratnya untuk menentang penyandang Khairy Jamaluddin bagi jawatan itu. 
"Saya tunggu Akhramsyah membuat pengumuman dulu. Jika beliau tidak bertanding, Insya-Allah saya akan mengumumkan hasrat dan niat saya melalui Facebook dan laman sosial. 
"Saya perlu tunggu dia kerana dia adalah senior dan saya hormat kepadanya. Lagipun kami mempunyai prinsip perjuangan yang sama di dalam Pemuda. Jika dia bertanding, saya akan membantu kempennya di akar umbi," kata Razman kepada Bernama. 
Razman pernah mengganggotai Unit Media Pemuda UMNO Malaysia ketika Pilihan Raya Kecil Manek Urai pada 2009. 
Jawatan ketua pemuda sebelum ini seolah-olah lesu tanpa pertandingan kini menjadi hangat apabila anak bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Sanusi Junid dilapor menawarkan diri Sabtu lepas. 
Akhramsyah mengesahkan untuk bertanding melalui blognya, http://www.thoughtsintangents.blogspot.com. 
Ketika dihubungi Bernama pada Isnin, Akhramsyah anggota Umno Cawangan BendangBaru, bahagian Langkawi itu berkata pengumuman rasmi mengenai niatnya itu akan dibuat dalam masa sehari dua lagi. 
Beliau berkata, persediaan rapi perlu dibuat dari segi mental dan fizikal sebelum boleh mengadakan sidang akhbar untuk membuat pengumuman rasmi itu. 
Khairy ketika diminta mengulas niat pencabarnya itu bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen. 
Tumpuan dan fakta lanjut mengenai pertandingan dua atau tiga penjuru ini hanya boleh diketahui jika kesemua calon telah mengambil dan menyerahkan borang pencalonan. 
Borang-borang itu boleh didapati mulai Sabtu lepas, di kaunter yang dibuka di Aras 4 Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), atau pejabat bahagian masing-masing sehingga Jumaat ini, sebelum tarikh untuk menyerahkan borang pendaftaran calon pada Sabtu ini. 
Sebelum ini, tiada anggota Umno yang dilaporkan akan mencabar Khairy, yang juga Menteri Belia dan Sukan, sebagai Ketua Pemuda yang disandangnya sejak 2009. 
Pada pemilihan parti 2009, Khairy memperoleh 304 undi dengan mengalahkanDatuk Seri Dr Mohd Khir Toyo (254 undi) dan Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir (232 undi). 
Pemilihan jawatan tertinggi sayap Pemuda akan diadakan pada 12 Oktober ini. - mStar "

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang komen yang boleh mengguris perasaan pihak lain dan komen yang berunsur provokasi dan yang boleh mencetuskan kontroversi. Terima kasih.

Sebarang kemusykilan emailkan kepada muhamadhafizzudin@gmail.com.

THANKS!