FILEM HIJACKED YANG PERNAH POPULAR DULU |
BABAIIII..........
AZWAN BRO (CALON NKP) |
Baca entri yang aku petik dari blog DOUBLE-Y ni:
" Lain orang punya program, lain orang dapat nama, lain orang yang diberikan penghargaan...
Terlebih dahulu saya mohon maaf jika tulisan ini mengguris hati sesetengah daripada sahabat-sahabat saya. Semalam saya difahamkan satu program sessi perkenalan calon-calon yang bakal bertanding dalam Pemilihan UMNO 2013 Oktober ini bersama para pemuda dan perwakilan Johor.
Antara yang hadir ialah calon Majlis Tertinggi yang mendapat pengesahan sebulat suara daripada Pemuda sebagaimana diumumkan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin iaitu Tun Faisal dan Dato Sohaimi Shadahan, dua calon Naib Ketua Pemuda iaitu Khairul Azwan Harun serta Jamawi Jaafar dan beberapa calon exco.
Walaupun tuan punya badan tidak merungut atau berkecil hati, tetapi sebagai ahli pemuda yang mempercayai kebolehan Azwanbro saya terkilan melihat program sessi pengenalan calon yang dianjurkan oleh beliau, tetapi calon-calon yang turut serta tidak memberi penghargaan atau pun ucapan terima kasih kepadanya sebaliknya penghargaan diberikan kepada UMNO Perhubungan Negeri Johor.
Saya komen berdasarkan ucapan yang ditinggalkan di laman instagram oleh beberapa calon yang hadir, di mana mereka seolah-olah tidak mengetahui program semalam merupakan anjuran Azwanbro :
Bukan semua tidak menghargai serta tidak mengucapkan terima kasih kepada Azwanbro, ada juga yang menyampaikan penghargaan tersebut antaranya Tun Faisal, Onn Hafiz dan Armizam. Tetapi calon-calon lain mungkin belum sempat mengucapkan penghargaan kepada calon Naib Ketua Pemuda UMNO Azwanbro.
Tetapi anehnya terima kasih mereka kepada seorang lagi calon Naib Ketua Pemuda iaitu Jamawi Jaafar dan Pemuda Negeri Johor boleh pula mereka sampaikan.
Hahaha...
Jika difikirkan dengan segala kos perbelanjaan yang digunakan untuk bertemu sahabat dan perwakilan negeri Johor, sepatutnya Azwanbro menggunakan platform semalam secara peribadi bagi membolehkan beliau menyampaikan inti pati yang beliau ingin bawa jika diberikan peluang menduduki kerusi nombor dua dalam pemuda.
Dek kerana atas semangat kekeluargaan maka Azwanbro tidak memaklumkan bahawa program tersebut anjurannya, tetapi malangnya adik-beradik yang lain terlalu malu untuk menaikkan namanya di laman facebook serta instagram masing-masing.
Pendek kata dalam bahasa mudah faham Azwanbro tidak berkira jika ada pihak lain yang diberikan ruang untuk memperkenalkan diri walaupun ia sebenarnya peluang untuk dia berkempen 100% bersama perwakilan pemuda negeri Johor.
Mungkin Azwanbro berpegang atas semangat perlawanan kekeluargaan lalu beliau turut menjemput calon-calon yang lain termasuk calon yang bakal bersaing dengannya turut bersama dalam program yang dianjurkan untuk beliau bersama perwakilan pemuda negeri Johor.
Bagi saya Azwanbro merupakan pemuda yang patut diberikan peluang, semangat kekeluargaan yang dipegang Azwanbro membuatkan saya kagum, sikap beliau yang tak kisah walaupun pihak lain yang diberikan penghargaan oleh calon-calon yang hadir semalam perlu ada pada setiap pemimpin pemuda.
Azwanbro merupakan individu yang tidak sombong, ego dan bangga dengan program yang dianjurkan secara peribadi olehnya tetapi turut digunakan oleh calon-calon lain yang bakal bertanding, orang macam Azwanbro patut kita di akar umbi pemuda beri peluang menggantikan Datuk Razali Ibrahim."

No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang komen yang boleh mengguris perasaan pihak lain dan komen yang berunsur provokasi dan yang boleh mencetuskan kontroversi. Terima kasih.
Sebarang kemusykilan emailkan kepada muhamadhafizzudin@gmail.com.
THANKS!