MY PORTFOLIO

Tuesday, September 24, 2013

#OneBro4NKP: SATU PUJIAN PATUT DIBERIKAN, @AzwanBro TEGAS DAN PROFESSIONAL TANGANI ISU RASUAH PAFA!


Timbalan Presiden PAFA merangkap pengurus pasukan Perak, Khairul Azwan Harun mengumumkan penggantungan tugas semua pegawai pasukan, termasuk jurulatih berkuatkuasa selama dua minggu.

Menurut beliau, Jawatankuasa Darurat dan Jawatankuasa Pengurusan pasukan mengesyaki wujud elemen sabotaj dan rasuah, bermula pada empat perlawanan yang lepas di mana kemuncaknya adalah kekalah teruk di tangan Sarawak 6 – 1 di Stadium Kuching.

Beliau berkata, sebuah Jawatankuasa Khas akan diwujudkan dan diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAFA, Datuk Ismail Saffian dan serta seorang peguam untuk melakukan siasatan terhadap isu ini untuk tempoh dua minggu.

“Kami memandang serius perkara ini, dan jika mendapati ada pegawai dan juga pemain yang bersalah, kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sekeras mungkin," katanya pada sidang media di Pejabat PAFA di Ipoh hari ini.

Beliau memberitahu, laporan polis terhadap isu ini sudah dibuat di Balai Polis Sungai Senam tengahari tadi, diikuti laporan kepada SPRM.

“Tindakan ini diambil dengan persetujuan Setiausaha Agong FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin serta tiga kelab penyokong kuat skuad bola sepak Perak yang berdaftar,” ujarnya.

Berhubung pergantungan pegawai pasukan, Azwan berkata, pihaknya telah melantik Marshall Sopper dan Sayudin Mat Isa sebagai jurulatih dan pembantu jurulatih sementara pasukan.

“Para pemain perlu melaporkan diri 25 September ini kepada Marshall dan Sayudin untuk menjalani latihan seperti biasa kerana mereka masih tertakluk kepada baki kontrak,” - 
PERAK NEWS

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang komen yang boleh mengguris perasaan pihak lain dan komen yang berunsur provokasi dan yang boleh mencetuskan kontroversi. Terima kasih.

Sebarang kemusykilan emailkan kepada muhamadhafizzudin@gmail.com.

THANKS!